Tudung kanak-kanak
PETUA MUDAH AWET MUDA – Kongsi Macam2 Cerita

PETUA MUDAH AWET MUDA

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu

Dah ada plan ke mana-mana hari ni ? Kalau tak ada, moh baca cerita-ceriti kat blog ni dulu 🙂

Ok, untuk bacaan santai hujung-hujung minggu ni moh kita tengok petua mudah awet muda. Untuk awet muda @ sentiasa kekal muda, cubalah amal-amalkan petua-petua di bawah ni ye. Senang je …

Amalan Pemakanan

  1. Hindari air batu sama sekali
  2. Hindari sebarang minuman berkarbonat atau minuman manis ( Dikatakan gula yang diambil berlebihan boleh menjejaskan kulit dan mempercepatkan penuaan )
  3. Minum banyak air kosong atau lebih baik jika ambil air suam
  4. Jauhi sama sekali makanan segera, makanan berjeruk dan yang ditinkan. Maksudnya ambil makanan segar
  5. Contohi tabiat pemakanan Nabi. Jika hari ini makan ikan, usah dicampur dengan daging atau ayam
  6. Lebihkan ulam-ulaman terutama pegaga, ulam raja,  pucuk gajus, dan lain-lain yang bersesuaian
  7. Minum air rebusan pucuk gajus 3 atau 4 kali seminggu
  8. Makan daun pudina mentah sebagai ulam setiap hari
  9. Elakkan makan nasi atau sebarang hidangan berat sambil bersulam air
  10. Elakkan makan nasi sejuk / nasi dingin
  11. Minum air rebusan halia 2 atau 3 kali seminggu. Begitu juga dengan campuran jus kunyit hidup, air rebusan kurma Cina dan jus delima
  12. Makan 2 biji telur penyu mentah yang telah dicampur sebati dengan air perahan 2 biji limau kasturi, sesudu besar madu lebah dan sebiji telur ayam kampung setiap pagi sebelum sarapan
  13. Minum segelas air suam sebaik bangun tidur dimulai dengan lafaz selawat ke atas junjungan sebanyak 3 kali.
  14. Makan apa sahaja hidangan sekadar perlu sahaja.Berhenti sebelum kenyang
  15. Banyakkan makan kismis dan kurma
  16. Hadkan makan makanan terlalu pedas

Amalan Kerohanian

  1. Tepati waktu solat. Jangan lewat-lewatkan
  2. Tunaikan solat 5 waktu, solat sunat, solat taubat dan tahajud
  3. Banyakkan membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat di mana saja saat terlintas di fikiran
  4. Banyakkan amalan bersedekah
  5. Biasakan diri dalam keadaan berwuduk sama ada sebelum tidur atau sebelum keluar rumah

Gaya Hidup & Lain-lain

  1. Hindari tabiat berhasad dengki dan iri hati
  2. Hindari percakapan sia-sia serta maki hamun dan penggunaan kata kesat,kata-kata lucah dan sebagainya
  3. Senyum selalu walau dihina atau dicerca
  4. Sabar sesabarnya tidak kira bila
  5. Elakkan tidur terlalu lewat atau tabiat berjaga.
  6. Kurangkan tidur pada waktu tengah hari atau petang
  7. Bangun awal sebelum masuknya waktu Subuh
  8. Amalkan bangun awal sebelum Subuh dan dapatkan beberapa titis embun yang mungkin terdapat pada tumbuhan tidak beracun dan sapukan pada wajah

Sebenarnya ada banyak lagi amalan yang dilakukan oleh orang tua-tua untuk kekal awet muda dan bukan sekadar awet muda saja tapi yang lebih penting sihat fizikal dan rohani.

Mana-mana petua mudah awet muda yang dirasakan sesuai bolehlah kita cuba amalkan sedikit demi sedikit. Usah terlalu taksub dan memaksa diri. Ambil masa untuk mencuba. Tak ada ruginya pun kan ..

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

9 Comments on "PETUA MUDAH AWET MUDA"

  1. memang tak ada rugi apa pun
    untuk kelihatan awet muda
    sihat selamat dan hidup penuh berkat

  2. tq for sharing kak, sebenarnya semua tips ni utk kurus juga kan, kalau buat ni memang byk manfaatnya, disiplin2 😉

  3. artikel menarik! saya kasi 3/5 bintang
    tapi ada satu soalan.. masalahnya saya tak suka makan sayur dan telur penyu mentah tu… hahahah tolong!!!!!!!!!

  4. Ok..ini dah cukup baik untuk diamalkan..terima kasih kak..

  5. Terima kasih. Banyak sangat petua yang boleh diikuti. Kalau berkesempatan, lawati blog kindhearty.blogspot.com.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me