Sudah hampir seminggu keputusan SPM 2014 dikeluarkan oleh KPM. Ramai yang melakar kegemilangan dengan mencatat sejarah pencapaian peribadi yang cemerlang setelah 5 tahun berada di alam sekolah menengah.
Kejayaan memperoleh 9 atau 10 A tentu saja membuatkan seluruh ahli keluarga terutama ibu bapa berasa gembira dan bangga.
Namun ada juga yang kurang bernasib baik, rezeki tidak menyebelahi mereka. Keputusan yang diperoleh tidak secemerlang seperti yang diharap-harapkan. Perasaan hampa, sedih dan kecewa pastinya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Namun, SPM bukanlah penamat segala. Kegagalan untuk memperoleh keputusan yang cemerlang tidak boleh dijadikan sebagai penghalang dalam usaha menuntut ilmu dan mencapai cita-cita.
Pilihan laluan kerjaya masa hadapan selepas keluarnya keputusan SPM masih terbentang luas kerana dewasa ini terdapat banyak pilihan institusi pengajian tinggi sama ada institusi pengajian tinggi awam ( IPTA ), atau swasta ( IPTS ). Satu kelebihan buat anak-anak lulusan SPM masa kini.
Permohonan Atas Talian UPU & IPTS Untuk Lulusan SPM 2014
Di sini saya kongsikan pautan IPTA & IPTS yang boleh dilayari oleh para ibu bapa dan lulusan SPM sendiri bagi melihat institusi mana yangboleh dipilih untuk memohon, bersesuian dengan keputusan SPM yang baru saja diperoleh.
Permohonan atas talian bagi IPTA:
** universiti-universiti, politeknik premier & konvensional, METrO dan ILKA
Tarikh tutup permohonan : 6 April 2015
Untuk mengetahui cara memohon atau panduan bagi mengisi permohonan, panduannya boleh dibaca di sini .
Sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi :
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
Tel: 03-88706755/6766
Faks: 03-88706864
Permohonan atas talian bagi beberapa IPTS :
PICOMS ( PUSRAWI INTERNATIONAL COLLEGE OF MEDICAL SCIENCES )
Kolej Sains Perubatan Antarabangsa yang dimiliki sepenuhnya oleh MAIWP – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini menawarkan beberapa kursus perubatan seperti :
- Diploma Farmasi
- Diploma Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
- Diploma Kesihatan Persekitaran
- Diploma Pembantu Perubatan
- Diploma Sains Fisioterapi
- Diploma Sains Perubatan
- Diploma Sains Kejururawatan
- Diploma Teknologi Makmal Perubatan
- Diploma Terapi Cara Kerja
Difahamkan sehingga entri ini ditulis bahawa pihak PICOMS ada menyediakan kemudahan asrama dan pengangkutan sepanjang tempoh 3 tahun mod pembelajaran sepenuh masa.
KOLEJ RISDA / KOLEJ UNIVERSITI AGROTEKNOLOGI MALAYSIA ( UCAM )
Antara program akademik yang ditawarkan ialah :
Sijil Kemahiran Malaysia
Sijil Sains Komputer
KP(JPS)(KR 9702)3/14, MQA A9702
Sijil Sains Pertanian
JPT/BPP(KA 10863)11/15, MQA A10863
Sijil Pengurusan Perniagaan
JPT/BPP(R/340/3/0216)02/18, MQA A8956
Diploma Elektronik Perniagaan (DEP)
JPT/BPP(N/340/4/0263)07/18, MQA PA2798
Diploma Rangkaian Komputer (DRK)
JPT/BPP(N/481/4/0109)07/19, MQA PA4666
Diploma Keusahawanan
JPT/BPP(KR10883)01/15, MQA A5691
Diploma Perakaunan
JPT/BPP(KR10882)01/15, MQA A5690
Diploma Perniagaantani
JPT/BPP(N/340/4/0081)10/16, MQA PA 0896
Diploma Pengurusan Ladang (DPM)
JPT/BPP(N/345/4/0380)07/18, MQA PA2795
Diploma Pengurusan Landskap
JPT/BPP(R/581/4/0041)01/19, MQA A8773
Diploma Sains Pertanian (DSP)
JPT/BPP(N/621/4/0005)05/18, MQA PA2779
Program Kerjasama UPM
Diploma Pertanian
KP(JPS)(KR 9701)03/14, MQA A9701
Diploma Pengurusan Perniagaan
JPT/BPP(R/340/4/0126)09/17, MQA A8273
Diploma Sains Komputer
JPT/BPP(R/481/4/0164)02/17, MQA A8272
Program Kerjasama UiTM
Diploma Pengurusan Ladang
JPT/BPP(R/621/4/0002)12/17, MQA A8772
Program Kerjasama UniKL
Sarjana Muda Teknologi Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Keusahawanan Komputer
JPT/BPP(N/345/6/0518)02/19, MQA PA4041
Prospek kerjaya bagi lulusan kolej universiti ini boleh anda baca di sini.
memang ramai anak2 yang bijak skrg ni kan kak, persaingan pun banyak, kepada yg layak cepat2 la memohon
Ye Aju, tak macam zaman kita dolu2 ( erk kita ke ? )
boleh x bg pencerahan utk diploma teknologi makmal perubatan di PICOMS… maaf da susahkn…