PENIPUAN KEWANGAN : Di mana Hendak Mengadu ?

Hai semua ….salam hujung minggu. I’m back…. 😀 heheh

Hari ni nak berbicara sikit tentang mentaliti nak cepat kaya tanpa kerja keras dalam kalangan masyarakat kita ( maaf bangsaku sendiri, orang Melayu lah juaranya… ).

Siapa yang tak nak kaya kan ? Hidup senang lenang  dalam bungalow mewah, ada 4,5 buah kereta besar Brabus, Bentley etc menjalar di halaman rumah…perghh orang tengok pun kecut. Hujung minggu pula  terbang ke Paris, Hong Kong, Dubai… Belum lagi cerita tentang senarai aset hartanah, perniagaan dan sebagainya. Pendek kata, kaya sebenar-benar kaya !

Nak mencapai ke tahap itu, bukanlah mudah-mudah je. Jerih-perih berusaha makan masa bertahun-tahun, barulah hasilnya kelihatan. Itu pun bergantung juga kepada nasib dan rezeki masing-masing.

Namun bukan semua orang sanggup bersusah-susah dahulu, bersabar bertahun-tahun apalagi berpenat lelah,bersengkang mata…….

Keinginan untuk cepat kaya membutakan mata dan hati sesetengah manusia. Demi nak cepat kaya, sanggup buat apa saja. Pantang dengar program pelaburan 4D yang dikaburi dengan istilah ‘ dana’, ‘ geran’ dan sebagainya. ” Duduk Diam-diam Dapat Duit ”  dengan pulangan berkali ganda   tiap-tiap bulan , maka leburlah rantai, gelang tangan anak isteri hatta tanah sekangkang kera  di kedai pajak gadai atau di kaunter bank. Apalagi kalau bukan untuk dijadikan modal pelaburan cepat kaya.

Ada juga yang tega melakukan perbuatan khurafat seperti menarik duit dari bank alam ghaib dengan bantuan bomoh sebagai perantara… konon-kononnya. Kisah ini ada diceritakan dalam majalah Mastika sebulan dua lepas, maaflah tak ingat pula keluarannya. Sah-sah menyeleweng dari segi akidah dan kena kencing pulak dengan si bomoh. Ho ho ada ke pulak bank alam ghaib ? Sendiri mau fikir laa…Orang kita ni kadang kala mudah sangat diperbodoh-bodohkan. Apalah nak jadi…..

Diberitakan  bahawa antara tahun 2008 – 2010, jumlah kerugian rakyat Malaysia kerana terpedaya dengan pelbagai skim cepat kaya dianggarkan mencecah sehingga RM 3 bilion. Bukan kecil-kecil angka tu.

Kata orang sudah terhantuk baru nak terngadah. Apabila menyedari diri sudah tertipu, mulalah sasau, tak lena tidur.Berdiri salah, duduk tak kena.Kepada siapa dan di mana  hendak mengadu selain daripada membuat laporan polis ?

Sebenarnya, beberapa hari lepas saya ada membaca mengenai isu penipuan skim cepat kaya dan perniagaan online  dalam  segmen Bijak Urus Wang sebuah majalah untuk wanita, so saya kongsikan di sini beberapa maklumat tentang kepada siapa atau di mana hendak mengadu jika anda adalah salah seorang mangsanya.

1. Melalui pautan online, E-Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pembangunan ( KPDNKK ).

2. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia  ( TTPM )

TTPM menyediakan alternatif kepada pengguna atau mangsa untuk menfailkan sebarang ganti rugi dan pampasan terhadap pihak yang menganjurkan perniagaan atau pelaburan yang berbentuk skim cepat kaya  secara online dengan menyatakan alasan untuk mendapat balik modal. Walau bagaimanapun, kejayaan atau penyelesaian adalah bergantung kepada banyak faktor

3. Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ( NCCC)

Alasan sama yang dikemukakan melalui TTPM boleh digunakan ketika berhubung dengan pusat ini. Seperti dinyatakan di atas, penyelesaian adalah bergantung kepada banyak faktor. Namun cubalah dulu untuk memberi momentum serta menunjukkan kesungguhan anda untuk mendapat keadilan. Mangsa juga boleh cuba untuk menghubungi talian rasmi mereka di 03- 78779000

4. Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM )

Anda boleh menghubungi persatuan ini di talian 03-42577222  / 03-42566618 atau melalui e-mel : info@muslimconsumer.org.my

5. 1 Lagi Pautan Online – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ( klik pada tab  yang mengandungi keyword ” cara buat aduan “. E-mel aduan juga boleh dihantar ke cau@seccom.com.my

5 pautan yg disenaraikan di sini juga boleh digunakan untuk membuat aduan berkaitan  penipuan jual beli produk di talian dan kedai fizikal. Harap2 info yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu. Cuma perlu diingat, anda juga harus menyediakan resit-resit, dokumen berkaitan penipuan kewangan dan bukti bertulis aduan kepada pihak polis, SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia ) dan KPDNKK.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tips atau konsultasi berkaitan pengurusan kewangan, saya syorkan anda dapatkannya terus dari laman ini http://www.suntharasegar.com

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

11 Comments

  1. memang masih ramai yang tak mahu sedar
    tak ada cara mudah untuk jadi kaya

    duit yang senang diperolehi akan senang juga untuk habis
    hukum alam dah memang begitu

  2. salam..bila tertipu mmg sapa2 sakit hati.. kena waspada baik iklam spam sms ker yahoo ker jgn percya bila kita guri mmg tak ada pkra blh batu kita dptkan wang2 tu semula.

    jadi jgn mudh terpengaruh.

    pst..haa sy jual online jer tudung labuh, pin lady bird ada, cekak bby adaer..thks sb sudi komen d blog sy


    1. Author

      Maaf lambat sikit respon… ok saya telah betulkan linknya. Srda /sdri Kyba boleh juga email ke ilmudigital@gmail.com atau SMS ke 017-8719444 untuk berhubung terus dengan beliau

  3. Assalam sis..sy nk tnye mcm mn kita nk buat Aduan ttg kes penipuan secara on9….
    Apa yg diperlukan dan bukti utk buat kita membuat report…sebenarnya mcm ni…
    Sy ada membuat pembelian kain pasang secara on9…sy order 5 pasang kain..tp sy mmg xpernah sangka lah yg sy telah diperdayakan sampai mcm tu skali..peniaga on9 tu ckp akan pos brg keesokan harinya stelah sy menunjukkan resit pmbayaran yg tlh dibuat…lpas tu keesokkannya dia trus snyap sampai skrg..xsangka btl..sbb first time sy order dgn peniaga on9 yg sama sy dpt brg yg diorder…tp stelah membuat repeat order yg kali-2… 5pasang kain tu sy xdpat brg(kain) tu sampai skrg…klau dihitung dh dkt 3mggu..tp brg still xdpt..sy dh Cuba msj melalui whatsapp xreply…sy call xangkat…sy Xth nk buat apa dh…sbb mmg sy xdpt info ape2 pn ttg brg tu.klu sikit duit tu xkisah la jgk tp ni rm2** …sis tlg sy…mcm mn sy nk buat report dgn masalah sy ni…sy risau kalau mgkin ramai lg yg akan menjadi mangsa seperti sy…tq..harap sis dpt membantu…

    1. Author

      Maaf lambat reply. Jika ada sebarang resit, SMS history dan sebagainya ..mungkin boleh dijadikan bukti untuk sokongan terhadap dakwaan Cik Liza ni. Ada buat semakan tak dengan poslaju untuk mengetahui lokasi parcel yang mungkin ada dihantar, tapi stuck dekat mana2 location ?

  4. saya baru tertipu dengan private seller ni pada 30/12/2015 masa hari rabu saya tertarik dengan iklan yang akak tuh letak kat MUDAH.my saya hubungilah kakak tuh untuk membeli gadget second tersebut dengan dia 2 hari saya bersembang dengan dia blah blah blah dan saya bank in duit sebanyak Rm230 untuk beli iP4 darinya..segala detail mngenai diri aku dah detail dia sikit dia saya dapat termasuk account bank dia..dan tempat kerja nya..dia kata hari RABU dia akan post barang saya ke Sabah dan akan bagi resit tapi sampai sekrang x bagi resit percuma saya memohon dgn dia tak juga dia balas..cuba telefon tapi hndphn Switch off…whatsapp xblas..lepas saya bagi resit pembayaran waktu magrib tuh dan bersembang dia untuk komfom kn barang untuk dpost pada hari keesokannya akak tuh dah xblas whatsapp saya..gmbr profile dia trus hilang..aku mngelebah dan cuba call dia tapi xjawap aku cuba mesej dia tapi mesej xdapat hantar “sehingga handphon penerima hidup, you mesej is not to react to nmbr as fon is switch off blah blha blah” barang bukti pmbyaran saya ada simpan lagi tmpt kerja dia pun saya tahu sebb dia describe dirinya di iklan MUDAH.my … “MUDAH.my mudah ditipu dan mudah tertipu” saya boleh buat aduan kah.sebb saya baru 19th dan saya dri sabah sy beli barang dari pahang malaysia??

  5. Assalam…sy tertipu dgn org yg sy kenal.melabur satu projek dgn keuntungan 10 ke 20% .Atas dasar percayakn kawan sy melabur.Dan skrg duit sy dah hangus atas alasan org atas telah melarikan duit.sy ada lg resit2 yg sy tranfer pada dia.Bole kah sy buat report dan buat aduan?sy buntu sbb membabitkn jumlah yg byk.Sy percaya…dia mesti telah mendapat keuntungan juga.Tetapi sy xdpt 1sen pon.modal pon lebur.Sy perlukan nasihat.terima kasih

  6. “Ada juga yang tega melakukan perbuatan khurafat seperti menarik duit dari bank alam ghaib dengan bantuan bomoh sebagai perantara… konon-kononnya. Kisah ini ada diceritakan dalam majalah Mastika sebulan dua lepas, maaflah tak ingat pula keluarannya. Sah-sah menyeleweng dari segi akidah dan kena kencing pulak dengan si bomoh. Ho ho ada ke pulak bank alam ghaib ? Sendiri mau fikir laa…Orang kita ni kadang kala mudah sangat diperbodoh-bodohkan. Apalah nak jadi…..”

    kalau orang tipu macam tuh melibatkan alam ghaib/ syirik boleh ke nak melaporkan pada polis? *urgent plz reply**

  7. Zuka properties, zuka care banglo power, juta kelulut resources, alfafa group ni semua masalah.
    Dah ambil duit cagaran dengan cara tergesa-gesa konon promosi hanya 3 hari.

    Pembinaan takkan wujud.

    Hanya 1-2 buah rumah menteri untuk kepercayaan pelanggan.
    Tetapi semua penipu belaka.

    Konon ada masalah dalaman syarikat.
    Alasan semata-mata semua nya..

    Hakikat nya menipu dan semua duit deposit dah habis.

    Ustaz yang semua nya bertopeng.

    Ustaz Bi
    Ustaz Norsham

    Hati-hati dengan penampilan.
    Semua penipu dalam negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me