Hajat di hati nak masak singgang ikan untuk hidangan cuti hujung minggu . Kalau nak masak singgang tentu lah perlukan daun kesum, baru laa ump ye dak. Sekali check dalam peti, daun kesum yang dibeli sudah bertukar menjadi daun kusam huhuhu. Terpaksa la dulu kiv selera nak makan singgang 🙁 Malas pula nak keluar mencari kat gerai menjual barang basah sebab pada masa sama nak kena pantau juga si Hafiy yang bakal duduki UPSR esok. Mudah-mudahan segala urusan menjawab soalan dapat dipermudahkan oleh Nya..aminn!
Biasa makan daun kesum tak ? Ok, jika tak biasa meh sini nak bercerita sikit tentang khasiat daun kesum untuk wanita khasnya. Daun kesum disebut juga di sesetengah tempat sebagai daun cenohom atau rau ram namanya di Vietnam, phak phai @phrik maa ( Thailand ) adalah tumbuhan renek kategori herba berasal dari Asia Tenggara yang tumbuh meliar di kawasan-kawasan lembap seperti di tepi parit, sawah dan sebagainya. Ia mudah ditanam dan dijaga kerana sifatnya yang cepat membiak. Jika nak tanam, boleh tanam di dalam pasu bunga atau tin-tin biskut terpakai. Tak perlu tunggu duduk di kampung untuk menanamnya kerana tinggal di flat pun boleh tanam jika berminat !

Untuk pengetahuan anda, terdapat 2 jenis kesum yang biasa di dapati iaitu dari jenis menjalar dan menegak. Di Thailand ia banyak digunakan sebagai sebahagian daripada ramuan salad. Di Malaysia pula ia dijadikan sebagai bahan penambah perisa dalam makanan atau hidangan seperti laksa Penang selain dimakan mentah sebagai ulaman oleh mereka yang cenderung menjaga kesihatan secara alami.
Dipercayai ia kaya dengan beta kerotena,vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium,kalsium dan fosforus.
Dari aspek dunia perubatan Melayu,herba yang bersifat panas ini dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Antara kelebihan daun kesum ini ialah :
- Menguatkan daya penglihatan
- Mengatasi masalah kembung atau ketidakhadaman
- Mengharumkan tubuh
- Mengatasi masalah keputihan ( Entri berkaitan tips mengatasi keputihan telah pernah saya siarkan. Jika berminat anda bolehlah membacanya di sini )
- Mengatasi masalah kelemumur
- Baik untuk wanita lepas bersalin
Untuk mengatasi masalah ketidakhadaman,mengharumkan tubuh dan bagi wanita lepas bersalin – anda bolehlah cuba merebus daun ini dan minum air rebusannya ketika suam. air rebusannya juga boleh diminum untuk merawat masalah keputihan. Jika kurang suka dengan baunya, jadikan ulam yang dimakan mentah..
Walau bagaimanapun, anda harus berwaspada dengan kuantiti yang diambil justeru herba mempunyai kadar atau had tersendiri yang jika dimakan secara berlebihan mungkin akan menyebabkan timbulnya permasalahan lain pula.
Untuk mengatasi kelemumur, tumbuk sehingga lumat daun ini, tapis dan ambil patinya. Campurkan sedikit air lalu gosokkan perlahan-lahan pada kulit kepala selama 5 minit sebelum dibilas.
Ok, lepas ni bolehlah cuba ye 😛
good luck utk hafiy dan semua adik2 yg menduduki upsr hari ini ye, byk khasiat daun kesum ni ye kak, memang sedap kalau dimakan terutama dengan kuah laksa
Thanks Aju.. 🙂
Wah..byk khasiat rupanya..suka makan..tp ni barutau khasiatnyaa
Kalau suka makan,elok benor amik tahu
Ooo…ingat orang buat untuk masakan je daun ni..rupanya macam2 lagi kegunaannya ye?
baru tau khasiau daum kesum nie huhu selama ni tak tahu pun
Lahh kembung perut pun boleh gak daun kelsum ni yer?terima kasih kongsikan..hehe
Haa jgn tak tahu….silap2 boleh buat minyak ke apa hihi. Gurau je
Tq kak.baru tahu ada bnyk khasiat daun kesum..fav benda ni…
Welcome Shahmina … bukan sekadar sedap tapi banyak khasiat jugak
Asalamualaikum dek
Akak serch google nak cari kasiat kesum ..tersinggah ke blog adik
Terus baca yg lain-lainnya.. Alhamdulillah ..walaupun sikit ushakita tapi cukup membantu .. akak cuma nak minta izin untuk copy kasiat daun kesum .. untuk dimuatkan dalam artikel akak ..boleh kan .. InsyaAlah akak masukkakn link adik ..supaya kita sentiasa dapat berhubung …
saya ok je kak.. kalau bermanfaat untuk semua 🙂