Salam Sejahtera

Berita baik untuk semua penerima bantuan BR1M. Bayaran pertama akan dilakukan seawal 28 Januari 2015 !

So, kepada semua bakal pemohon baru BR1M 4.0 2015  yang masih belum mengisi borang permohonan BR1M kali ini, anda  masih ada lebih kurang 2 minggu sahaja lagi untuk mengisi borang permohonan BR1M ini sebelum ia ditutup pada 31 Disember 2014. Jadi jangan teragak-agak untuk segera mengisi borang tersebut. Rezeki tidak datang bergolek. Walaupun ia adalah bantuan percuma, anda tetap perlu berusaha juga sedikit untuk mendapatkannya. Hurry up !

Kepada pemohon sedia ada ( penerima lama ), anda juga perlu mengemaskini maklumat peribadi terbaru bagi memudahkan pembayaran dibuat. Jika kemas kini tidak dilakukan, usah melenting dan marah-marah andai anda gagal menerima bantuan pada kali ini 🙂

Di sini saya kongsikan secara ringkas cara-cara memohon BR1M 4.0 2015 yang diharapkan dapat membantu anda mengisi borang dengan betul.

Panduan Atau Cara Memohon BR1M 4.0 2015

  • Pemohon baru boleh membuat permohonan bermula 1-31 Disember 2014.Manakala bagi pemohon sedia ada, anda dikehendaki mengemaskini semula segala maklumat peribadi.
  • Permohonan ( baru atau lama )  boleh dibuat melalui Portal Rasmi  BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDNM ) di alamat https://ebr1m.hasil.gov.my
  • Selain itu, pemohon juga boleh memohon dengan mengisi Borang BR1M 2015 ( BK-01) bagi pemohon baru atau menggunakan  Borang Kemas Kini ( bagi pemohon sedia ada )
  • Borang hendaklah diserahkan ke  mana-mana Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / UTC LHDNM atau pejabat daerah
  • Pihak Kerajaan Malaysia juga ada menghantar  Borang Kemas Kini ke alamat penerima sedia ada menggunakan maklumat  yang terkandung dalam rekod terdahulu sejak 24 November lalu.

Maklumat Pembayaran BR1M 4.0 2015

  1. Pembayaran BR1M 4.0 2015 akan dilakukan secara berperingkat.
  2. Pembayaran berperingkat 3 kali setahun  akan diterima oleh penerima kategori isi rumah .
  3. Bagi penerima kategori individu, pembayaran akan dilakukan sekaligus  bermula 28 Januari 2015.

 

Info Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) – Sehingga 2015

TAHUN

BR1M

JUMLAH
PENERIMA

NILAI

2012

BR1M 1.0

5.2 Juta

RM 2.6 Bilion

2013

BR1M 2.0

7 Juta

RM 3 Bilion

2014

BR1M 3.0

6.95 Juta

RM 3.64 Bilion

2015

BR1M 4.0

7.1 Juta * ( anggaran )

RM 5.29 Bilion

 

 apacerita.com

JADUAL PEMBAYARAN
BR1M 4.0 2015 MENGIKUT KATEGORI

KATEGORI
PENERIMA

NILAI
BR1M

FASA
1

FASA
2

FASA
3

Pendapatan

RM
3000 &  ke bawah

RM 950

RM 300

(28 Jan 2015 )

RM 300

(28 Mei 2015 )

RM 350

(28 Sept 2015 )

Pendapatan

RM
3000-4000

RM 750

RM 200

(28 Jan 2015 )

RM 200

(28 Mei 2015 )

RM 350

 (28 Sept 2015 )

Individu

 RM
2000 & ke bawah

RM 350

Bayaran sekaligus RM 350 pada 28
Januari 2015

apacerita.com

Semoga 2 jadual ringkas di atas ni berguna untuk bakal penerima bantuan BR1M. Dah terima bayaran  jangan lupa belanja saya makan mee udang 😀

p/s : Bersyukur dengan apa yang ada

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me