57 Tahun Malaysia Merdeka : Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
Buat semua rakyat Malaysia yang cintakan negara ini, masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-57, semoga keamanan dan kemakmuran yang sedang kita kecapi ini dapat dipertahankan untuk generasi kita seterusnya.
Sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-57, saya ingin kongsikan dengan anda tentang penglibatan pihak sekolah dalam meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara. Boleh dikatakan hampir semua sekolah di Malaysia, baik sekolah rendah atau menengah mengadakan acara tersendiri dalam meraikan ulang tahun kemerdekaan negara sebagai salah satu usaha memupuk kesedaran dalam kalangan generasi pelajar tentang pentingnya menghargai nikmat kemerdekaan serta bagaimana kita sebagai warga Malaysia boleh mengisi kemerdekaan itu agar tidak kembali terjajah.
Oleh kerana sekolah tempat saya bertugas tidak turut serta dalam pertandingan sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang dianjurkan oleh salah sebuah agensi kerajaan negeri ini dek kekangan dalam beberapa aspek, maka saya kongsikan saja tentang apa yang berlaku di sekolah berhampiran.
SKST ,tempat Mr Hubby bertugas sehingga kini telah menyiapkan beberapa replika sebagai simbolik mercu tanda pembangunan Malaysia setelah 57 tahun bebas daripada belenggu penjajahan.

Projek Merdeka milik SKST ini adalah bersempena penyertaan mereka dalam salah satu pertandingan sempena kemerdekaan anjuran Jabatan Penerangan ,Perlis . Di sebalik menyahut cabaran sebagai motif utama penyertaan pertandingan ini, ia juga bertujuan mendidik generasi hari ini agar menghargai nikmat kemerdekaan yang sedia ada serta mengenang jasa bakti generasi terdahulu yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi sebuah kebebasan anak bangsa.



Mudah-mudahan generasi muda hari ini dapat menyemai semangat cintakan negara dan bersedia jiwa dan raga untuk terus mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan Malaysia daripada diragut oleh petualang bangsa.
Terima kasih atas ehsan Mr Hubby yang memberi kebenaran untuk saya memuat turun gambar-gambar sekitar pertandingan. Tahniah buat warga SKST .
Untuk melihat kejayaan dan pencapaian SKST sebagai salah sebuah sekolah luar bandar yang terbilang di negeri Perlis ini, anda bolehlah layari pautan rasmi sekolah ini.
Salam Merdeka untuk semua.
Selamat Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-57 cikgu..
beberapa hari lagi kita akan sambut hari malaysia pula
Sangat menarik sekali, selamat ulang tahun.