Salam Ahad,
Cantik tak theme baru blog Kongsi Macam2 Cerita ni…? Ehehe .. theme Swift Basic dari Satish Gandham ni adalah theme asal yang saya guna pada awal penubuhan blog ni. Lepas tu ditukar kepada macam2 theme lain kerana beberapa masalah yang timbul. Akhirnya, berbalik semula kepada Swift. Moga-moga tak akan timbul lagi masalah seperti dahulu.
Ok, entri hari ini cukup ringkas sahaja. Ringkas kerana kebiasaannya blog saya pada hari Ahad agak kurang dikunjungi pembaca. Apa sebabnya, nanti bolehlah kita bincangkan pada entri akan datang Di sini saya ingin kongsikan beberapa tools percuma untuk pantau status SEO blog kalian yang ada di pasaran.
Saya tak akan mengupas tentang SEO kerana telah banyak ia diperkatakan oleh penulis-penulis blog yang popular dan kurang tidak popular seperti blog ini 😛 Lagipun, saya bukanlah orangnya yang layak untuk bercakap tentang SEO. Namun satu hal yang sedia diketahui, SEO memang sangat penting kepada mana-mana blog hatta blog yang tidak bermotifkan keuntungan sekalipun.
Nah,kalian boleh gunakan tools percuma seperti berikut untuk menyemak status SEO blog kalian:
Cukuplah sekadar 3. Jika nak lebih ,boleh tanya Mr Google … hihihi
Mengapa penting untuk menyemak status SEO blog ?
Dengan menyemak status SEO blog, kalian boleh melihat di mana atau apa kekurangan pada blog yang boleh diperbaiki untuk menjadikan blog kalian lebih baik pada masa hadapan. Kalian boleh melihat sama ada penggunaan H1, H2,H3 dan seterusnya pada blog kalian adalah betul dan tepat mengikut keperluannya atau mungkin sebaliknya.
Tools percuma untuk pantau status SEO blog ini juga boleh digunakan untuk menyemak sama ada blog anda ada menggunakan IFrame atau tidak. Mungkin ada yang belum mengetahui bahawa penggunaan IFrame pada blog boleh menjadi salah satu punca mengapa blog anda berat ataupun lambat proses loadingnya. Cerita tentang punca loading blog yang lambat ini pernah saya terbitkan dan kalian bolehlah membacanya di sini jika perlu.
Ok, lepas ni bolehlah cuba semak status SEO blog kalian. Oh ya, dikatakan bahawa status SEO yang bagus mestilah 80 % dan ke atas. Berdasarkan apa yang saya tahu le 😀 . Sejauh mana ketepatan keputusan yang terhasil daripada penggunaan tools ini juga tidaklah dapat dipastikan. Dan saya minta maaf jika apa yang saya catatkan di sini kurang tepat. Tapi tak ada salahnya untuk mencuba kan …
Saya telah cuba pantau SEO blog ni dengan menggunakan tools nombor 1. Dan hasilnya ada tertera di bahagian bawah sekali iaitu pada footer ke-4 blog ni. Tak tau betul atau tidak dan saya tidaklah mempercayainya 100% huhuhu… ( kes sedar diri ^_^ )
Selamat mencuba.
tq atas perkongsian ini kak, nanti saya try semak kesemuanya 😉
Sama2 Aju..cuba la nanti
Dah check, ok juga keputusannya. Tahu benda ini melalui blog Kak Ujie. Sebelumnya tak pernah peduli pun….
Tau benda ni masa tengah sibuk2 google untuk cari entry pasal themes blog yg mesra SEO 2 minggu lepas…masa tu le kebetulan jumpa. Betul, kat blog Kak Jie pun ada cerita benda ni
Saya tidak pernah guna tools ini. Satu info yang meanrik. Blog tanpa SEO biasanya akan mati.
T.kasih…sekadar berkongsi,lepas ni boleh pakat cuba semak. Memang SEO penting untuk blog 🙂
Google Webmaster Tools juga satu tool yang tak kurang hebatnya.
Betul tu cikgu… yg saya listkan tu hanya sebahagian kecil