Ahad lepas, ada saya tulis satu entri berkaitan peluang kerja dengan Jobdirumah. Com. Walaupun artikel nya agak panjang,namun masih ramai lagi pembaca yang masih keliru tentangnya.
So, salah faham tentang job di rumah akan cuba saya perbetulkan di sini. Please, please, please.. baca betul2 ye..
Jobdirumah.com bukan bertindak sebagai majikan yang memberi peluang kerja. JDR hanya beroperasi sebagai perantara atau orang tengah dalam pelbagai jenis kerja online.
JDR merupakan penyedia latihan asas serta panduan untuk anda mencari dan memilih kerja-kerja online yang bersesuaian dengan kemahiran,pengetahuan dan minat anda.
Bayaran RM 50 yang dikenakan untuk menyertai JDR adalah sebagai bayaran latihan, video tutorial dan sumber lain yang disediakan untuk memudahkan anda mencari, memilih dan membida tawaran kerja.
Apabila anda mendaftar dan kemudian membuat pembayaran, anda diberi akses ke laman JDR untuk melihat , memilih dan membida mana-mana kerja dari pelbagai pihak yang bekerjasama dengan JDR , bersesuaian dengan kebolehan anda.
Kerja-kerja online yang berjaya diselesaikan mengikut kehendak atau syarat akan dibayar oleh pihak majikan yang menawarkan kerja2 tersebut. JDR tidak bertanggungjawab untuk membayar kerja2 tersebut.
Cara memohon (membida) tawaran kerja tersebut akan diajar sepenuhnya melalui pakej latihan serta video tutorial oleh pihak JDR.
Email makluman yang akan dihantar kepada anda setiap pagi tidak semestinya mengandungi tawaran kerja yang bersesuaian dengan anda. Jika itu berlaku, anda perlu menunggu tawaran sesuai melalui email berikutnya.
Terdapat sesetengah jenis kerja yang ditawarkan oleh rakan kerjasama JDR memerlukan sedikit bayaran untuk kos operasi dan sebagainya. Ingat, sesetengahnya saja ye.
Secara peribadi, bagi saya tak salah untuk anda mencuba. Dalam keadaan sekarang, peluang kerja agak terhad dek kerana ramainya cerdik pandai yang masih menganggur. Tidak boleh lah nak menunggu kerja makan gaji saja.
Lihat saja begini. Nak membuang kat tandas pun perlu bayar, apalagi nak cari sesuap nasi untuk diri sendiri, anak isteri dan keluarga. Seorang petani perlu beli biji benih, baja dan sebagainya sebelum dapat menuai hasilnya. Begitu juga apabila bakal guru hendak masuk ke maktab perguruan, ada yuran pengajian perlu dibayar, ada buku rujukan yang perlu dibeli sebelum tamat latihan dan menjadi seorang guru.
Ringkasnya, ada harga yang perlu dibayar jika kita berkehendak akan sesuatu. Mentaliti subsidi perlu dikikis, sebab ia kadang2 tak membawa kita ke mana-mana pun.
Diharapkan penjelasan ini akan dapat membantu menjawab kemusykilan anda 🙂 Berminat untuk cuba ? Sila daftar dan dapatkan maklumat lanjut di laman rasmi Jobdirumah.Com
kebanyakan mereka kurang faham..saya sering mendapat persoalan ini melalui email..harap akan ada faham
hope sesiapa yang menyertai akan faham tentang jdr nih
tak faham, kena tanya. Jangan diam aje..hoho
Yup..perlukan modal dan usaha untuk berjaya..
Ye, usaha tanpa jemu pasti berjaya
Maklumlah! ramai buaya berkeliaran diluiar sana sentiasa siap sedia membaham mangsanya yang leka di zaman ini.
Baru la clear lepas nie. dengar tue semua
Yup jdr hanya orang tengh jer..
Tak slaah mencuba…belum cuba belum tahu jadi baik cuba.
Org yg gagal adalah org yang takut mencuba … betul Mr Daddydee ?
good, sebuah penerangan yg baik
TQ… bukannye apa Juan. Nanti dituduhnye pula kita blogger ni tak bertanggungjawab, beri maklumat tak betul …
harap2 lepas ni makin ramai yang faham
kalau tak faham juga, tak tahu la aku nak kata macam mana lagi
Itu lah dia … baca betul2
sa nak join jga…tapi blum brapa faham lgi….
ramai lagi yang kurang faham macam mana kerja dari rumah berfungsi.. nak kena usaha lebih baru lah boleh berjaya…kalau rajin insyaAllah ada bahagian untuk kita nanti
Ya betul tu Mr Ismail … ramai yang salah faham