Assalamualaikum semua,
Apabila bercakap tentang usaha memulakan bisnes sendiri ,saya percaya bukan saya seorang sahaja yang tercari-cari bagaimana formula atau resepi yang boleh digunapakai dalam mengejar impian memiliki perniagaan sendiri seterusnya mencapai impian bergelar usahawan berjaya.
Tak kiralah sama ada perniagaan sendiri tu dilakukan secara offline atau online, panduan memulakan bisnes sendiri amat perlu ada bagi memastikan setiap langkah dari permulaan lagi seperti menentukan produk, menentukan nama perniagaan yang sesuai, menentukan skop pasaran dan sebagainya dapat dilakukan dengan betul seperti mana langkah yang diambil oleh usahawan-usahawan berjaya dan terkenal.
Terdapat banyak cara yang dilakukan oleh bakal peniaga dalam mendapatkan bimbingan atau panduan memulakan bisnes sendiri.
Ada yang hadir kelas bimbingan keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu secara berkala dan terarah. Ada juga yang telah sedia berniaga tapi masih lagi sanggup menghadiri bengkel-bengkel bisnes dalam usaha menambah ilmu untuk sukses dalam perniagaan. Sebahagian lagi pula, belajar daripada pengalaman menguruskan perniagaan kecil-kecilan keluarga sebelum membuka bisnes sendiri.
Apa pun usahanya, tak kira mana satu pun cara di atas ia memang perlu bagi membantu kejayaan seseorang dalam sesuatu perniagaan.
Yang malangnya ialah apabila memulakan bisnes secara ‘main terjah’ sahaja tanpa ilmu dan tanpa kemahiran. Ho ho ini memang sangat bahaya kerana risiko untuk gagal dalam bisnes sangatlah tinggi. Ibarat kita yang langsung tidak reti berenang, tanpa berfikir panjang terus terjun ke sungai atau laut yang dalam. Memang cari nahas !! :-
Tindakan sebegitu sangat tidak bijak. Apabila berniat memulakan bisnes, sekurang-kurangnya dapatkan lah sedikit panduan untuk memulakan bisnes sendiri. Jika segan bertanya dan belajar daripada mereka yang lebih berpengalaman atau mungkin tiada kemampuan dari aspek kewangan untuk hadir ke kelas usahawan, masih ada cara lain untuk belajar memulakan bisnes.
Di internet sahaja terdapat banyak info berkaitan tips perniagaan yang boleh ditemui. Tinggal untuk anda cari atau gali sahaja.
Atau boleh sahaja belajar daripada buku-buku yang berkaitan memulakan bisnes sendiri seperti buku ” Panduan Memulakan Bisnes Sendiri ” oleh Ainon Mohd di bawah ini.
Buku pre-order edisi kemas kini ini boleh dibeli pada harga RM 14 sahaja di mana-mana kedai buku berdekatan atau pun secara online di kedai buku online BookCafe . Terbahagi kepada 11 bab utama, ia menerangkan dengan jelas panduan memilih konsep bisnes, tips memilih rakan kongsi, memilih nama perniagaan dan pelbagai panduan penting yang sangat berguna kepada bakal usahawan tak kira sama ada yang mahu berniaga secara online atau offline.
Buku ini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya. Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.
Bahagian 1: Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri
- Kisah Benar Seorang Jutawan
- Bakat Bisnes
- Calon Isteri untuk Calon Usahawan
- Halangan Keluarga
- Rekod Sebelum Berniaga
- Menyediakan Anak Menjadi Usahawan
- Biasiswa dan Bisnes
Bahagian 2: Mitos dalam Dunia Bisnes
- Usahawan, Cinta dan Seks
- Formula Berjaya dalam Bisnes
- Orang Bisnes dan Risiko
- Pandai Bersaing
- Bisnes Part-Time
- Semua Orang Boleh
- Imej Penting untuk Bisnes
- Pelanggan Kaya
- Usahawan Cina Bunuh Melayu
- Berniaga dengan Keluarga
- Jurujual Hanya bagi Bisnes Besar
Bahagian 3: Memilih Syarikat dan Sektor Bisnes
- Memilih Jenis Syarikat
- Mencari Nama Syarikat
- Memilih Jenis Bisnes
- Bisnes Pengeluaran
- Bisnes Berdagang
- Bisnes Perkhidmatan
- Mulakan Secara Kecil-kecilan
Bahagian 4: Perkara Baik yang Membahayakan
- Duit Banyak
- Bisnes Terlampau Baik
- Bisnes Terlalu Laku
Bahagian 5: Motivasi Memulakan Bisnes
- Apa Sebab Hendak Berniaga
- Pandai Membuat Produk
- Menyelesaikan Masalah Kewangan
- Hendak Menjadi Jutawan
- Peluang Mendapat Bisnes
- Mempunyai Modal Berniaga
- Berniaga Sebab Diajak Berniaga
Bahagian 6: Latar Belakang Usahawan Baru
- ‘Orang Pandai’ Memulakan Bisnes
- Pekerja ‘Cemerlang’ Membuat Bisnes
- Orang Korporat Membuka Bisnes
- Lulusan Luar Negara Membuka Bisnes
- Isteri Orang Kaya Mahu Berniaga
- Anak Orang Kaya Mahu Berniaga
Bahagian 7: Politik dan Usahawan
- Berkawan dengan Orang Politik
- Bantuan Orang Politik
- Aiskrim Orang Politik
Bahagian 8: Memilih Rakan Kongsi
- Mencari Rakan Kongsi
- Memilih Rakan Kongsi
- Dua Rakan Kongsi
- Rakan Kongsi RM1
- Rakan Kongsi Tanpa Modal
- Rakan Kongsi Tidur
- Rakan Kongsi Suami Isteri
- Majikan Sebagai Rakan Kongsi
- Rakan Kongsi Nasi Padang
- Bercerai dengan Rakan Kongsi
Bahagian 9: Bagaimana Syarikat Dirompak
- Dirompak oleh Rakan Kongsi Sendiri
- Dirompak oleh Pengerusi Sendiri
- Dirompak oleh Kakitangan Sendiri
- Dirompak oleh Konsultan Sendiri
- Merompak Syarikat Sendiri
Bahagian 10: Perniagaan Gerai dan Restoran
- Membuka Kedai Makan
- Kalah Bersaing
- Menjaga Pembekal
- Menolong Jiran Niaga
- Memilih Kedudukan Gerai
- T.V, Radio dan Anak-anak
- Meja Restoran Cina
- Pinggan Restoran Cina
- Pinggan Restoran Nasi Padang
Bahagian 11: Gol Sebagai Senjata Kejayaan
Gol Sebagai Senjata Kejayaan
Pada harga serendah Rm 14 sahaja, buku Panduan Memulakan Bisnes Sendiri yang padat dengan pelbagai panduan berguna ini sangat berbaloi untuk dimiliki sebagai satu langkah kecil untuk anda mencapai impian memiliki bisnes sendiri dan bergelar usahawan berjaya.
Selamat memulakan bisnes sendiri 🙂
Wah, bagus sangat tips ni… Semoga bisa memotivasi semua orang yang ingin memulai bisnis sendiri..
Wah harga buku ni, memang harga kasih sayang la nampaknya
nak mulakan bisnes sendiri memang perlukan ilmu. ilmu pula diperolehi daripada orang yang berpengalaman. salah satunya adalah dengan memilik buku seperti ini