Jualan Online Telekung Kanak-kanak Pra Ramadhan 2018

Setiap anak yang lahir dari rahim seorang ibu, sifatnya bersih dan suci. Sebaik menjenguk dunia, menjadi tanggungjawab kedua-dua ibu dan bapanya untuk mencorak dan mewarnakannya. Jika putih , putih lah jadinya. Jika hitam yang dipilih, maka hitamlah jadinya.

Sebagai seorang Muslim, mentarbiah anak  menjadi anak soleh dan solehah bermula seawal usia,  dari dalam kandungan lagi sebenarnya. Ramai yang terlepas pandang akan hal ini. Namun masih belum terlambat. Pada usia “golden age “ minda dan nurani mereka masih kosong. Jadi ambillah kesempatan pada usia begini untuk mendidik mereka mengerjakan solat.

Solat bagi seorang Muslim adalah tiang agama, tunjang utama dalam Islam. Untuk mendidik atau membiasakan si cilik mengerjakan solat, banyak cara boleh dilakukan. Menjadi role model pastilah wajib. Kalau tidak, mana mungkin ibadah solat jadi ikutan.  Ibu bapa juga boleh bercerita tentang keperluan solat dalam Islam, dosa dan seksaan meninggalkan solat, membawa mereka ke masjid dan bermacam-macam cara yang boleh mendorong keinginan mendirikan solat termasuk menyediakan kelengkapan solat seperti sejadah, songkok, jubah dan juga telekung.

Bercakap tentang menyediakan sejadah, songkok, jubah atau telekung untuk mengajar anak mendirikan solat , mungkin ada antara ibu bapa yang skeptikal tentang ini. Kelihatan seperti menyogok anak-anak dengan kebendaan untuk mendirikan solat, lalu ikhlaskah mereka beribadah ..

Benar ia kelihatan seperti mengumpan mereka dengan kebendaan, tetapi jangan lupa anak-anak dalam lingkungan 4 – 7 tahun tidak mampu melihat sesuatu perkara secara abstrak. Jadi pendekatan memberikan ganjaran dan keselesaan  perlu diambil sebelum mereka meningkat matang dan bersedia untuk berfikir dan menilai sendiri sesuatu perkara.

Hadiahkan sejadah & telekung. Jom didik mereka bersolat

Lebih kurang 2 minggu lagi Ramadhan 2018  akan menyusul. In Sha Allah tarbiah diri dan anak-anak untuk menjadi Muslim yang lebih baik bermula Ramadhan ini.

Terdapat sebuah kedai online yang kini rancak mempromosikan jualan online telekung kanak-kanak Pra Ramdhan 2018. 6 koleksi telekung kanak-kanak yang cukup menawan hati dijahit menggunakan material berkualiti tinggi, In Sha Allah akan membuatkan si cilik anda selesa  dan tak sabar menunggu saat solat fardhu dan tarawikh  berjemaah.

Telekung An-Najwa Aranda

  • Dihasilkan daripada kain Soft Jersey , material tahan lasak namun lembut dan halus pada kulit
  • Tidak mudah renyuk dan bersifat ringan , kerja menggosok menjadi sangat mudah buat si ibu
  • Mudah dibawa untuk travel, ke taska atau ke sekolah
  • Tali bergetah di bahagian kepala –strechable. Mudah dipakai sendiri tanpa bantuan ibu
  • Jahitan yang teliti dan kemas oleh tukang jahit berpengalaman luas
  • Koleksi warna yang catchy, sesuai dan sempurna untuk si comel

Telekung Silang Diadina dari My Little Pony

  • Koleksi warna-warni ceria seperti Pin Pinkie Pie, Blue Rainbow Dash, Purple Twilight Sparkle dan banyak lagi ….. 😀
  • Dihasilkan dari kain soft jersey
  • Saiz yang flexible
  • Rekaan unik awning bersilang
  • Jahitan kemas oleh tukang jahit berpengalaman
  • Amat mudah dipakai

Telekung Magic by Al Joofre

  • Material lycra sejuk, nyaman bak bayu senja 😛
  • Memang betul-betul magic, sehelai tanpa kain !
  • Sekali sarung, terus siap. Bukan itu sahaja, senang dilipat , disimpan atau dibawa ke mana-mana
  • Getah di pergelangan tangan , elakkan dari terselak atau tersingkap memperlihatkan bahagian aurat
  • Hiasan ruffle di bahagian tangan menambah seri
  • Lagi magic kerana ada poket tersorok , mudah simpan barang peribadi dan elakkan dari tercicir

Ok, selain dari itu terdapat juga Telekung Zipper, Telekung Hanna dan Telekung Cotton.

Untuk melihat koleksi penuh, warna yang ada serta size dan harga, ibu-ibu boleh terus ke laman ini ya. Kedai online ini bukan sekadar menawarkan telekung kanak-kanak berkualiti tinggi, malah memberikan jaminan sehingga 180 hari bagi setiap item. Tak puas hati, boleh tukar atau wang anda dikembalikan 🙂

Jom didik anak untuk bersolat

#tarbiahhati

#telekungkanakkanaksicomel

 

 

 

 

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me