Penambahbaikan Blogging 2016
Hola … hola semua
Lama rasanya blog kongsi cerita ni tak ber update. Nak kata dah hilang semangat berblog tak adalah pulak sampai tahap macam tu. Busy ? Hmm busy la sangattt weihh 😀
Actually tak ada sibuk mana pun tapi 24 jam tu rasa cam tak pernah yang cukup. Walau pun dah ada break sikit ni pasal sekolah dah cuti tapi tetap jugak kena pi sekolah sebenarnya kalau korang nak tahu . Pi bertugas, pi kemas PSS, merekod stok yang backdated lah. Begitulah bila take over kerja orang yang tersadai bertahun-tahun. Hakak jugak yang jadi mangsa 😐
Sibuk ke, tak sibuk ke … sedar-sedar dah hampir ke penghujung tahun dah. Apabila flashback semua perkara yang dilalui ni tak terlepas juga dari memikirkan apa cara terbaik untuk buat penambahbaikan blogging 2016.
Penambaihbaikan blogging 2016 ni rasanya bukan saya sorang saja sebagai blogger yang memikirkannya. Blogger lain pun rasanya masing-masing tentu sedang rancak menyusun strategi untuk meningkatkan mutu blog masing-masing.
Penambahbaikan dalam blogging ni memang perlu terutama jika blog hendak dijadikan alat untuk meraih pendapatan tetap atau sampingan. Melainkan jika blog hanya sekadar dijadikan tempat untuk suka-suka meluah perasaan dan mengabadikan kenangan , mungkin ada blogger yang langsung tak kisah untuk membuat penambahbaikan ni. Apa-apa sekali pun itu adalah pilihan masing-masing ye dak.
Penambahbaikan dalam aktiviti blogging 2016 ni bagi saya sekadar satu harapan dan perancangan masa hadapan. Terlaksana atau tidak belum lah tentu kan ..sebab kita sebagai manusia ni hanya mampu merancang.
Sesekali jika difikirkan kembali sepanjang 3 tahun berblog secara serius ni, terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan. Apa daya , jika bermula dengan try and error begitulah jadinya. Belajar tanpa berguru , memang sesat jalan banyak kali lah 🙂 hihi.
Apa pun kesilapan-kesilapan tu menjadi pengalaman yang sangat berharga. Dan dari kesilapan itu jugalah saya belajar banyak perkara.
Alhamdulillah, hasil usaha try and error ni ada juga membuahkan hasilnya. Daripada penglibatan dalam pemasaran affiliates, iklan dan penulisan review, merasa lah juga pendapatan pasif secara kecil-kecilan yang kalau dihitung-hitung semuanya dapat juga menabung $$$$ untuk masa –masa terdesak.
Untuk 2016 yang bakal menjengah lebih kurang sebulan lagi ni, harap-harap mutu blog ni dapat ditingkatkan terutama dari segi content. Kalau content atau pengisiannya bermanfaat, insyaallah trafik blog boleh ditingkatkan dan pastu baru lah boleh berangan lebih banyak income yang masyukkk.
Satu perkara yang sangat-sangat perlu diperbetulkan atau mungkin juga perlu dibuang terus adalah ‘kegilaan’ saya menukar theme blog. Aduhaiii, ini memang sangat mencabar maa hihi.
Rasanya ramai rakan blogger yang rajin blogwalking ke blog ni perasan yang saya kerap menukar theme blog. Sangat-sangat kerap sebab saya ni orang yang jenis cepat jemu dalam bab-bab penampilan ni. Memang problem jugak ni. Ditambah pula kononnya nak cari theme yang responsive, SEO optimize, fast loading, clean code dan entah hapa- hapa lagi kan .. Walhal dah memang gitu la namanya pun pakej percuma. Memang akan ada terkurang sana-sini. Nak yang lengkap semua ada ciri seperti yang disebut nanti, kena cari yang premium punyalah heheh..
So, untuk penambahbaikan blogging 2016 nanti, saya mungkin juga akan cuba mendapatkan premium themes yang betul-betul berbaloi untuk blog ni. Tapi macam yang saya cakapkan tadi, semuanya masih dalam perancangan ..
Ok lah sampai di sini dulu entri merapu kali ini. Nak terus surfing untuk melihat kalau-kalau ada ‘lubuk’ baru yang boleh topup gaji tiap-tiap bulan . Huh mata duitan betul kan ..hihik.
Thanks ye korang sebab sudi baca.
elok guna tema yang responsif, ramai pengguna pakai mobil untuk baca blog 🙂
ciktom prasan asyik btukar theme..rs theme yg ni laju load compare yg 2 theme sblum ni kot…hehe
kalau skali dh masuk income mmg pasni akan senyum sokmo la akk..hehe…smoga blog makin sukses n masyuk utk thn 2016..
Saya menunggu WordPress theme Twenty sixteen yang baharu untuk bersalin kulit pada tahun 2016.
Harapan saya pun untuk tahun 2016 nak aktif blogging. Sama-samalah kita ye…good luck untuk tahun 2016
dah cukup bagus dah blog nih…mungkin dari segi minimalist theme diperlukan
harapan yang besar juga saya untuk 2016
mantapkan content blog je dulu..pasal theme tu 4 tahun sekali je tukar..cari yang senang dibaca, bukan apa yang kita rasa cantik..:D
ciktom dh bertahun tak tukar them blog dgn headernya sekali..rs dh sesuai sgt tukar utk thn 2016 kot..hehe