Salam sejahtera

Gagal mengekalkan momentum berblog akibat hal-hal tak dijangka memang ternyata mempengaruhi ranking Alexa. Akibatnya angka-angka cantik itu terus menjunam ke bawah. Apalah daya apabila hal-hal tak diduga seperti masalah kesihatan terus-menerus menguji, maka apa yang perlu dibuat adalah muhasabah diri. Mungkin ada waktu-waktunya kita terleka, alpa sekejap dengan nikmat diberi sehingga terlupa memanjatkan syukur.

Kata orang kesakitan adalah satu cara menghapus dosa selain daripada cara DIA menguji kita. Syukur justeru alpa itu tidak terus melalaikan.

Ok, bagaimana agaknya perjalanan cuti sekolah yang sudah memasuki fasa minggu ke-2 ? Sudah terisi dengan aktiviti-aktiviti yang sekian lama dirancang atau masih tiada sebarang perkembangan menarik ?

Jika tiada, hendak tak hendak perlu kita gerakkan diri untuk bermula. Bukan apa cuti panjang kali ini walaupun agak pendek, hanya sekitar 47 hari sahaja tapi kalau diisi dengan sesuatu yang bermanfaat, maka bermanfaatlah jadinya. Hendak tak hendak, semuanya terpulang kepada diri kita sendiri.

Mungkin ini masanya untuk memulakan sesi kelas tambahan bagi anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan-peperiksaan penting tahun hadapan. Jadi langkah awal memilih,meninjau pusat tuisyen mana yang sesuai berbaloi jika dimulakan dari sekarang.

Atau mungkinkah telah lama anda pendam hasrat untuk menguruskan badan, jadi mungkin inilah waktu paling sesuai untuk bertindak. Sedar-sedar saja, buka tahun depan, anda boleh muncul dengan imej lebih menarik. Mungkin lebih langsing, kelihatan lebih awet muda dan tampil lebih sihat ? Siapa tahu kan … tak ada sesuatu yang mustahil pun, jika anda mulakannya dari sekarang !

Mungkin juga anda ada target untuk meningkatkan simpanan masa depan dengan membuat kerja lebih masa tapi tak tahu bagaimana hendak bermula. Jika ini yang sedang bermain dalam fikiran anda, saya ada cadangan untuk anda. Mungkin anda boleh pilih untuk cuba menjadi agen jualan kuih raya. Atau jika ini nampak seperti kurang meyakinkan, anda mungkin boleh cuba bekerja mengurus email dari rumah. Pilihan kerja sambilan paling popular yang kian mendapat sambutan masa kini.

Apa-apa sekali pun pilihan anda, isikanlah musim cuti ini dengan sesuatu yang bermanfaat. Rugi 47 hari pejam celik -pejam celik tanpa berbuat apa. Sedar-sedar sesi baharu 2014 sudah hendak bermula. Anda masih di takuk lama. Masih comel dan bertambah comel, senarai penyakit terus bertambah sedang isi poket pula tak pernah bertambah-tambah malah kian menyusut pula

Rugi …

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

11 Comments

  1. sudah ada perancangan untuk kami sekeluarga cuti ini. yang pasti inilah pengalaman baru buat anak2, untuk akak selamat bercuti dehhh

  2. kalau saya selalu akan sakit pada pertengahan tahun mmg biasa mudah serang tapi untuk hujung tahu syukur antibodi saya ok.la baru saya perasan huhu

  3. cuti sekolah dah diisi dengan majlis kenduri dan percutian..tapi cuti sekolah masih banyak berbaki..cuma cuti perkhidmatan dah tinggal sikit ni…hehehe

  4. musim hujan sekarang ni
    seronok kalau dapat bergolek dalam selimut
    [perangai orang malas]

    molek sangat kalau dapat cari ilmu tambah pendapatan dengan hanya berada di rumah

  5. Emm alexa macam tu la kak..tak leh tgok orang nak senang sikit..hehe

    1. Author

      Emmm akak malas dah nak ambil tahu bab elexa tu.. biarlah ia nak beri nombor berapa pun huhuhu

  6. aritu beberapa bulan ciktom xupdate blog..menjunam jatuh alexa rank..ni br sebulan rajin update balik blog baru slow2 nak ok balik rank blog..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me