Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah setelah agak lama senyap, sekali lagi saya terima  dan nak kongsi cerita tentang Komisen kali ke-18 Panduan Putu Buluh atau dikenali juga sebagai putu bambu.

 photo ecc264a4-9c51-41c8-a2fa-6fdb60b6c3a1_zps6c72ls2c.png
Print screen Komisen Kali Ke -18 Panduan Putu Bambu

Komisen kali ke-18 Panduan Putu Buluh ini saya terima 4 hari lepas ketika masih lagi berada di kampung halaman suami di negeri penyu menangis ni.

 photo ff2f136b-eb7a-459c-b635-1df9a22e1aa5_zpsncieorvz.png

Komisen ke-18 Panduan Putu Buluh ini jika mengikut jumlah terkumpul semuanya bernilai RM 390 . Namun jika dilihat pada print screen di atas masih tercatat RM 370 kerana komisen terkini belum lagi dimasukkan ke dalam akaun. Jumlah yang sederhana sahaja, namun saya terima dengan rasa sangat bersyukur.

Jumlahnya tidaklah terlalu besar jika dibandingkan top affiliate yang lain, namun saya sangat berpuas hati kerana dengan perlahan-lahan penulisan blog yang pada asalnya hanya bertujuan untuk memenuhi minat dan menguji kemampuan diri, akhirnya berjaya menjadi alat atau medium untuk menjana sumber pendapatan sampingan.

RM20 nilai komisen yang dibayar untuk setiap satu naskah panduan yang terjual mungkin kecil sahaja bagi sesetengah pihak. Namun keseronokan kepada para pemasar affiliate seperti saya bukan terletak kepada besar atau kecil jumlahnya. Sukar diungkapkan bagaimana kegembiraan dan keseronokan tersebut melainkan anda sendiri pernah atau sedang terlibat dengan pemasaran affiliate. Bunyi notifikasi emel makluman saja sudah cukup menggirangkan hati apatah lagi jika ia kerap berulang-ulang. Hahah …. Ayat bukan kemain lagi ehh 😀

Dari satu sudut yang lain, penerimaan komisen seperti mana komisen kali ke-18 panduan putu buluh ini harapnya tidak keterlaluan jika boleh dijadikan penanda aras bahawa penulisan berkesan di blog juga mampu merangsang orang lain untuk berfikir dan mengambil tindakan lanjut sesuai dengan situasi yang mereka hadapi.

Opps, jangan salah faham …tidak sesekali saya maksudkan penulisan di blog ni sudah terlalu sempurna. Hakikatnya, masih terlalu banyak kelemahan di sana-sini dan saya masih belajar,belajar,belajar dan terus belajar untuk menguasai teknik menulis blog dengan baik.
Seperti juga blogger lain, blog walking adalah salah satu kemestian. Walau pun demikian, bukan setiap hari mampu dilakukan. Ia bergantung juga kepada kesempatan dan ruang yang ada.

Resepi Ubah Suai Putu Buluh Citarasa Moden

Semasa blog walking terutama ke blog- blog yang menggunakan platform blogspot, saya dapati sangat ramai blogger yang mampu menulis dengan baik. Walau pun bahasa dan ceriteranya biasa-biasa saja, saat membaca saya kerap tersenyum, adakalanya ketawa dan adakalanya tulisan mereka berjaya membuat saya tersentuh hati. Tidakkah itu membuktikan bahawa tulisan mereka berkesan ?

Pada pandangan saya blog-blog mereka bagus tapi sayang sekali tidak dimanfaatkan dengan betul. Usah kata review produk affiliate, iklan Nuffnang pun tidak dipasang sedangkan jumlah pembaca dan pengikutnya ramai. Sayang sekali kerana blog-blog itu tidak dimanfaatkan agar dapat memberi kebaikan atau pulangan berganda. Bak kata orang sekarang macam ‘2 in 1’. Keseronokan dapat, sumber sampingan pun dapat.

Ya betul … bukan semua blogger menulis kerana mahu tambah rezeki. Benar, ramai juga yang menulis hanya kerana mahukan keseronokan. Sama seperti saya, wang bukanlah segala-galanya. Namun andai tiba-tiba pada masa sama anda menulis untuk seronok-seronok, ada sale yang tidak dijangka terhasil , adakah anda mahu menolak ?!

Berbalik kepada sharing tentang komisen kali ke-18 panduan putu buluh ini, pendedahannya bukan bertujuan membangga-banggakan diri. Tidak ada gunanya menunjuk-nunjuk atau membangga-banggakan diri kerana yang hebat itu tidak lebih daripada Zat Yang Maha Esa.

Ia sebenarnya tidak lebih sebagai satu kegembiraan yang mahu saya kongsi dengan pembaca dan pada masa yang sama diharap boleh mendorong rakan blogger kategori kakak atau makcik macam saya ni untuk terus fokus menulis tanpa jemu dan menunggu ‘hasilnya’ masuk secara perlahan-lahan. Tak percaya , cubalah dulu …

Saya boleh maka korang pun tentu boleh ! 🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

1 Comment

  1. tahniah kak!! wow antara top affiliate tu, caiyok akak semoga terus berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me