Dengan Nama Alah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Perniagaan adalah cabang utama rezeki. 9 daripada 10 rezeki, datangnya dari perniagaan.
Perniagaan atau kini lebih popular dengan sebutan ‘bisnes’ , mutakhir ini menjadi kerjaya pilihan yang popular. Perniagaan bagi kebanyakan orang membawa makna wang dan kekayaan. Hanya segelintir yang melihat perniagaan atau bisnes sebagai peluang untuk membina kemakmuran dan kesejahteraan hidup bukan saja untuk diri sendiri malah juga kepada orang lain di persekitaran mereka.
Tidak kira apa jua persepsi dan harapan yang digarap daripada perniagaan, cabang bisnes zaman moden kini berkembang pesat selaras dengan kemajuan teknologi. Perniagaan offline dan online berjalan seiring. Tidak kira sama ada peniaga jalanan ( bisnes pasar malam contohnya ) atau perniagaan berstatus korporat, kedua-duanya mampu melahirkan usahawan berjaya.
Walau bagaimanapun, untuk menjadi usahawan atau ahli perniagaan berjaya, ia bukanlah satu langkah mudah. Seperti mana kata Chef Li @ Dr Rusly bin Abdullah, penulis buku “ Menjejaki Jutawan Senyap “ serta pengasas Institut Kulinari Anjung Utara ( ITKAU )yang dulunya lebih dikenali sebagai Chef Li Training Centre …
Jika kita tidak berfikir secara usahawan, tidak menjalani hidup sebagai usahawan, tidur baring tidak sebagai usahawan dan berkawan tidak pula dengan kalangan usahawan, maka jiwa keusahawanan tidak akan tumbuh dalam jiwa kita. Hanya usahawan sahaja yang dapat memahami tindak-tanduk usahawan lain. Hanya usahawan yang boleh memahami pola pemikiran usahawan lain.
Banyak kekangan atau punca mengapa ramai peniaga tidak mampu bertahan dan gagal menjadi usahawan yang berjaya. Salah satu yang menarik perhatian saya dan mungkin perlu diberi perhatian oleh anda juga ialah kegagalan peniaga membina networking ( rangkaian ).
Anda bergerak dan bertindak sendirian, tiada rangkaian untuk belajar dan bertukar idea, tiada panduan untuk bisnes yang bersistem, maka adakah ini petunjuk serta langkah yang baik untuk berjaya dalam perniagaan ?
Berita baik bagi anda yang ingin belajar berbisnes dengan cara yang bersistem, MentorNiaga.Com bakal menganjurkan satu seminar / bengkel khas untuk membantu para usahawan online dan offline bagi mempertingkatkan lagi perniagaan anda.
Kepada semua usahawan, kecil atau besar, yang ada blogshop atau buat dropship, yang gunakan FB untuk berniaga atau sesiapa saja yang berminat, jom sertai bengkel khas untuk Bumiputera – ” Mudahnya Bisnes Yang Bersistem ” Anjuran MentorNiaga.Com untuk membantu bisnes anda berkembang lebih pantas !
Tajuk Bengkel : ” Mudahnya Bisnes Yang Bersistem “
Tarikh : 11 Jun 2014 ( Rabu )
Masa : 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
Tempat : TH Hotel, Kelana Jaya
Bayaran : RM 50 / peserta – ** Harga Istimewa Early Bird RM30 sahaja, terhad kepada penyertaan sebelum 31 Mei 2014
Senarai Atur Cara :
8:30 pagi : Pendaftaran Peserta
9: 00 pagi : Ucapan Alu-aluan
9:15 – 10 15 pagi : How To Build An Autopilot Business
10:15 – 10:45 : Pelancaran Portal MentorNiaga.Com
10:45 – 11:00 : Rehat / Sesi Networking
11:00 – 12:00 : Online Marketing Tools Yang Berkesan
12:00 – 1:00 : Mudahnya Perniagaan Dengan ICT
1:00 – 2:00 : Jamuan, Sesi Networking & Bersurai
@
Untuk info lanjut, seperti cara daftar, senarai speaker yang terlibat atau sebarang kemusykilan lain, anda boleh hubungi :
Cik Aaina Dalila : 03-61516566
Cik Hidayah : 016-9273430

menarik bengkel yang dianjurkan…cuma tak pasti date yang sama ada program atau tak lagi.
Memang menarik Ema … peluang yang jarang2 datang ni
peluang baik untuk siapa yang mahu buat bisnes
ilmu mesti sentiasa dicari
tapi siapa yang berada jauh, payah juga nak ambil peluang ni
Ye, macam kita berdua susah la sikit kan Mr Teh .. tapi tak apalah, berkongsi untuk rakan2 yang dekat. Sekadar memenuhi permintaan kerjasama dari pihak MentorNiaga. Moga ini dapat membantu
Emm jauh la pulak..memang menarik bengkel ni..harga bayaran pun berbaloi-baloi..
Buku Chef Li tu, saya belum sempat baca, dalam senarai akan dibaca.
Buku yang sangat menarik dan memberi inspirasi … saya dah lebih 2 kali baca
siapa yang berminat dan ada masa lapang bolehlah pergi sertai program yang berilmiah ini
Betul tu, insyaallah banyak manfaatnya nanti
Sangat bermanfaat untuk sesiapa saja yang hendak menambah ilmu dan wawasan perniagaan.