Salam Ramadhan,
Semalam saya ada menyiarkan satu entri berkaitan ‘Fadhilat Solat Sunat Tarawih’. Walau bagaimanapun entri tersebut telah saya keluarkan rentetan komen dari seorang rakan blogger yang bertanyakan tentang kesahihan hadis berkaitan tajuk tersebut.
Sebaik menyemak semula dan membuat rujukan di beberapa laman yang berkaitan dengan isu itu, saya mengakui bahawa maklumat yang disiarkan berkaitan tajuk di atas adalah dikhuatiri palsu.
Lantaran itu saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog ini dan berharap agar entri itu tidak menyebabkan kekeliruan atau apa saja keadaan yang boleh menyebabkan kita selaku umat Islam, terpedaya dan terpesong dari segi akidah.
Terima kasih kepada rakan blogger yang prihatin kerana menyedarkan saya. Ini merupakan satu pengajaran berguna agar saya lebih berhati-hati dalam memuatnaik sebarang artikel berbentuk keagamaan.
hati2..dunia sekarang macam2…huhuhu..
ye Shafwan, kadang di luar jangkauan kita
kene lebih berhati2 skrg ni ye kak
betul tu Aju.. tak nak la subahat sama
molek sangat
nampak gaya kena semak juga entri lama yang pernah saya terbitkan