Hidup sebagai blogger dalam dunia blogging ni adakalanya aneh ..
Tiba pada satu tahap apabila timbulnya keperluan untuk update dengan segera, hobi bersiar-siar, keluar makan2 atau window shopping mudah saja ditolak ketepi, sedangkan dahulu bersantai-santai dengan keluarga pada hujung minggu itulah merupakan aktiviti wajib yang kalau ditangguhkan boleh bikin anak2 atau diri sendiri ‘ moody ‘ sehari suntuk. Ehh, buruk betul perangai kan … huhu.
I’m talking about myself. Mungkin blogger lain tidak. Tapi, so far saya belum lagi membenarkan diri sampai ke tahap itu. Apa2 sekali pun, family first ! Walaupun, idea sebakul datang bertandang, tapi kalau dah berjanji hendak keluar, semuanya saya ketepikan dahulu. Mereka sudah banyak berkorban untuk saya, so dalam apa hal sekalipun mereka adalah keutamaan.
Itu kalau mood untuk update menyala-nyala, tapi jika apabila virus M menyerang … isk, isk tawarkan apa2 pun tak jalan. Serius malas dan tak ada mood ! Jangan harap dapat pujuk Cik Kiah tau …
Sebenarnya, isu ketandusan idea serta hilang mood untuk update merupakan perkara normal yang biasa dilalui oleh mana2 blogger tak kira dari kategori cap ayam atau pun cap ferrero rocher 🙂 Masing2 pernah melaluinya.
Tapi cara merawatnya mungkin berbeza-beza di antara setiap blogger.
Apabila mood untuk update tenggelam timbul atau kehilangan rentak untuk menulis, saya lebih suka blogwalking. Ronda sana ronda sini, seluruh pelusuk saya pergi tapi yang kerap dilawati adalah pakar pantun, blogger @ cikgu, lecturer kecil molek, young entrepreneur yang kecil molek juga, suami mithali, si manis yang suka shopping ( agaknya lah ), blogger pencinta dan bapa mithali ni termasuk blogger wanita yang bagi saya sangat awsome ini. Berkunjung ke blog2 ni boleh dikatakan setiap hari, tapi mostly as a silent reader saja. Suka sangat2 dengan cara mereka menulis.
Membaca artikel yang ditulis kemudian lajak ke bahagian komen atau ulasan, mood menulis bangkit semula. Semangat untuk mencapai ke tahap hebat seperti mereka menyala-nyala. Ternyata terapi yang sangat berkesan bagi saya.
Ye, semudah itu sahaja 😛
kadang2 fikir
jalan2 ke blog sama seperti jalan2 ambil angin sebelah petang
memang dapat segarkan jiwa
betul3x… mmg setuju sgt tu
sebenarnya mood blog sama saja, semua blogger rasa kejap ke laut kejap ke darah..hehe
nak nak kalau pompuan, hormon tu berselirat sana sini, complicated sungguh
Complicated…tapi tetap menyerikan tak gitu hehe
complicated but superb =)
Byk kali jugak terjadi benda2 camni…hehe
Blogwalking dah jadi macam ‘terapi minda’
terima kasih selitkan link ambe…moga2 menjadi doa utk ambe 😛
Sama2…support utk rakan blogger je tu
saya pun kadang-kadang ada juga penyakit M melanda, kdg2 bila ada mood line plak takde. tp bila tak sihat, mmg tinggalkan terus blog dan senyap je jadi silent reader.
Samalah kadang kala saya pun rasa mcm tu juga…hehe
Takder mood,jgn tulis blog,gi jenjalan dulu hehehe..
Betul tu.. x pun gi jogging,tido ke..lps sgr semula,insyallah mood dan idea dtg menyerah diri