Assalamualaikum & Salam ceria
Lama benar rasanya tak berkongsi petua dengan para suri, golongan pembaca paling banyak mengunjungi dan memeriahkan blog ni. Asyik-asyik dengan promosi ebook dan produk affiliate aje kan hihi…
Maaflah, nak buat macam mana lagi kan… Ini caranya saya mencari sedikit rezeki untuk anak-anak melalui blog. Alhamdulillah, dapatlah juga merasa sedikit hasilnya selain daripada hasil iklan Nuffnang. Emm sebut pasal Nuffnang, terima kasih ye kerana Nuffnang bermurah hati beri CPUV baru kepada blog ‘rojak ‘ ni, menjadikan semuanya 7 cpuv baru yang sedang running semasa entri ni ditulis. Kalian jangan segan2 klikkan ye heee .. 😀
Baiklah, hari ni saya nak kongsikan sedikit tentang petua menghilangkan hanyir ikan air tawar. Bagi yang suka makan ikan air tawar ni, tentu perasan bahawa ikan air tawar ni hanyirnya lebih kuat sedikit berbanding ikan air masin. Mungkin sebab ia tinggal dalam kolam yang tidak bergerak airnya atau pun disebabkan banyak tumbuhan atau daun-daun kayu yang terendam lama dalam habitatnya. Haha, teori agak-agak je ni ..

Silap cara menguruskan atau membersihkannya, spoil lah masak tempoyak atau asam pedas yang nak dihidang untuk mak mertua dek baunya yang hanyir. Jadi apa kata , cuba petua menghilangkan hanyir ikan air tawar ni dulu sebelum memasak sebarang menu. Mana tahu kalau2 berkesan.
Petua Menghilangkan Hanyir Ikan Air Tawar
- Selepas ikan disiang dan dibersihkan, cuba lumurkan ikan dengan beberapa sudu makan tepung gandum atau tepung beras. Perapkan selama 10-15 minit sebelum dibilas bersih.
- Jika tiada stok tepung, cuba lumurkan ikan tadi dengan perahan air limau nipis selama beberapa minit. Selain limau nipis, asam jawa juga boleh digunakan sebagai bahan ganti. Cuci atau bersihkan hingga bersih dan masaklah seperti biasa.
- Rendam ikan yang telah disiang dan dibersihkan ke dalam air basuhan beras selama 15 -20 minit. Bilas hingga bersih.
- Ramas daun pisang kelat bersama sedikit garam dan air. Lumurkan air ramasan daun pisang itu pada ikan. Biarkan beberapa minit barulah dicuci bersih.
- Ramas segenggam daun senduduk bersama daun serai. Lakukan seperti petua di atas.
- Gunakan beberapa genggam daun jambu batu yang diramas dalam sebesen kecil air. Rendamkan ikan buat beberapa minit . Cuci hingga bersih sebelum digoreng atau dimasak.
- Masukkan beberapa helai pucuk kaduk dan daun kesom ke dalam masakan yang menggunakan ikan air tawar sebagai menu utama. Insyaallah bau hanyirnya akan hilang dengan sendirinya.
Ok, itu saja untuk entri kali ini. Kalau dah cuba, berilah feedback anda di ruangan komen kat bawah ni ya ..
Ada yang saya pernah dengar, basuh ikan tersebut dengan air asam jawa. Ha’ah, banyak pulak CPUV, macam pelik pula rasanya, dulu nak dapat CPUV ni punyalah payah. 😀
Itulah hairan juga saya…nak ikutkan semuanya ada 12, tapi banyak yg serupa pula.. Sebelum ni tak pernah pula si Nuff tu bermurah hati sampai macam tu..Nuffnang tengah pening kot huhu
Ada juga yang kata basuh dengan belimbing buluh. Memang banyak petua nak hilangkan hanyir. Tapi bagi saya, ok je ikan sungai ni kalau masak macam tu je. Sesapa yang tak tahan tu, memang tak makan langsung ikan sungai.
terima kasih atas tips2nya:)
saya cukup suka ikan sungai ni kak, goreng mcm tu je dah best sangat, hahahah saya ni tolak batu kayu je bab makan ni hehehe
Sama laa kita Aju ..hehe
sedapnya ikan sepat
yang dikeringkan pun sedap kalau digoreng
Memang pun cikgu…makan pula dengan pulut,fuhhh meleleh air liur 😀