TIPS AGAR KUCING TIDAK ‘BUANG’ MERATA-RATA

Salam petang,

Dalam entri Baka Kucing Bengal, ada saya katakan bahawa saya akan menulis sedikit tip bagaimana nak elakkan agar si comel kesayangan anda tidak berak merata-rata. Sebenarnya dah banyak entri berkaitan ni ditulis oleh blogger2 lain. Just untuk dikongsi sambil tumpang2 biar meriah… 😛

kucing berak

Bab ni memang tak tahan, apalagi kalau si comel kesayangan anda tu ‘buang’ di garaj atau tempat2 strategik di rumah. Kalau terpijak dan tak perasan, terus masuk dalam kereta dan waktu tu baru terhidu ‘semerbaknya’, huiih mau pengsan @ muntah hijau dibuatnya. Kalau dalam rumah, lagilah…. mau hangin satu badan kan.

Ok, terus saja kita ke tips agar kucing tidak buang merata-rata.

  1. Sejak anak kucing tu masih kecil lagi ( dalam anggaran usia hampir 2 bulan ), biasakan letak mereka di dalam bekas pasir ( pasir untuk kucing yang ada jual kat petshop, kalau tak ada pasir biasa pun ok ) untuk beberapa minit.  Selepas tu keluarkan anak kucing manakala pasir tadi tu biarkan sahaja bersama mereka di dalam sangkar. Ulang lagi langkah sama esok, lusa dan seterusnya. InsyaAllah, nanti mereka faham itu adalah ‘tandas’. ** Biasa mak kucing yang ajarkan, tapi nampaknya tuan kucing kena campur tangan **
  2. Titikkan beberapa batang serai dan letak di tempat2 strategik di dalam rumah atau kawasan2 berpotensi yang juga menjadi kegemaran si comel untuk ‘membuang’. Dikatakan kucing tidak menyukai bau serai. Betul ke tak, wallahualam… Jika tak ada serai, beli cucian lantai bauan serai sebagai ganti.
  3. Satu lagi petua lama yang boleh dicuba adalah menggunakan seutas tali…tali apa-apa je lah. Kemudian ukur panjang ekor kucing yang dipelihara dengan menggunakan tali tersebut. Kalau panjang, panjang lah. Kalau kontot, kontot lah…. Heheh. Langkah seterusnya, acah tali tu pada kucing, biar ia melompat-lompat nakkan tali tu macam yang biasa dibuat orang pada anjing tu,  lalu campakkan tali tersebut ke tempat yang kita fikirkan strategik untuk  dijadikan tandas kucing. Insya-Allah,kucing tersebut akan membuang najisnya di tempat jatuhnya tali yang kita campakkan tadi. Petua yang menarik, tapi sejauh mana berkesan tak dapatlah dipastikan. Apa2 pun cubalah dulu …

Dah cuba nanti  jangan lupa inform ye 🙂

Kredit Ilustrasi :www.makbedthejournal.blogspot.com

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

45 comments

  1. Dari kecik mak aku dah train kucing tue berak kat tempat yang disediakan. So dah besar die dah reti nak membuang kat tempat yang ditetapkan.

    Melentur buluh biarlah dari rebungnye.
    Haha

  2. unik betul cara yang ketiga tu. first time dengar.

    masa bela anak kucing terbiar 4 ekor dulu pernah train diorang membuang dalam litter box. tapi sejak litter box diorang bertakung air hujan (bela kat laman belakang), diorang macam serik nak membuang kat dalam tu. selalunya diorang membuang je atas simen laman. tiap2 petang saya jadi tukang basuh sisa diorang.

  3. sy tak ada bela cat hee,tpi ada juga cat org letak rumh saya.. kalau sy ada pengalam nak kongsikan huhu..selalu guna cat kt kg utk halau tikus..skrg itu tikus tak der cat dah ilang

  4. Ada satu lagi cara. Bila bawak masuk kucing kesayangan dalam rumah. Kurung dia dalam satu tempat contohnya tandas. Biar dia tidur, makan minum dan membuang dekat situ. Biasa saya buat paling lama seminggu. Lepas waktu tu, janan risau, dia akan cari balik tempat tu walau apa keadaan sekalipun terutama waktu dia nak membuang.

  5. Kalau kucing liar atau kucing terbiar. Mungkin cik boleh cuba tips saya.
    Boleh gunakan produk rat repellent dari Jepun. Produk ni mengeluarkan bau yang menyebabkan kucing menjadi tak selesa dan terus beredar. Yang penting, murah, mudah dah tak menyeksakan binatang. Boleh lihat info produk di http://tenringgitshop.com.

    Tq. Harap dapat membantu

  6. Sblom ni,my cat mmg berak dlm box pasir tu, then letak dlm rumah. Tp smnjk die dh membesar ni,jd x tahan bau die kuat, then hntr la box tu keluar..mula2 ok..tp lme2 my cat mkin liar n xnk berak kt box. Skng ni,asal jmpe plastik,mesti die akn kncing kt stu..xkisah la plastik tu ade sampah or tak..klu berak plk,mesti kt alas kaki dpn toilet..event dh cuci n basuh pn, tetap gak die berak kt stu. Smpai satu tahap,saya kurung die dlm toilet satu hari suntuk..merayu2 die nk keluar..esoknye saya keluarkan xde kncing n berak langsung, tp die keluar je dr toilet,terus die terkencing kt lantai..hurm..xtau da nk buat camne..plish gimme some idea guyz..takan nk letak blk box pasir tu dlm bilik blk..tak tahan woo bau die…

  7. Kucing saya, dia mmg pandai berak kat litter box. setiap kali saya dan family keluar pergi bercuti, dia tinggal kat rmh. tp time tu lah nnt dia berak sepah2 kencing sepah2. time kita org keluar je dia buat hal. macam mana ekk ? ada cadangan x nak buat apa ?

    1. Misha, Sis ni bukan pakar kucing tapi ada beberapa kemungkinannya seperti kucing tu stress @ tertekan, boleh jadi ketakutan atau kebosanan.. Percaya atau tidak kucing juga seperti manusia ada emosi tersendiri.. Untuk atasi masalah tu, jujur Sis akui Sis pun tidak pasti caranya. Mungkin Misha boleh rujuk kepada pakar haiwan atau bahan bacaan yang berkaitan dengannya.

  8. Kalau kucing jantan kita boleh ajar dia kencing dan berak dalam toilet tak? sebab kucing jantan kan selalunya main pancut ikut suka hati dia je.

    1. Kay,
      Setahu Sis lah …. nak train kucing guna litter box atau apa pun, biasanya tak ada pula ikut jantina.Cuma latihan tu mungkin perlu dibiasakan sejak ia kecil lagi agar berkesan. Mungkin juga yang suka pancut merata tu disebabkan ‘proses menanda jajahan ‘ terutama pada musim mengawan … Wallahualam 😀

  9. Kucing saya baru berusia 2 bulan.. Saya letak dlm sangkar, tp dia xnk lak buang dlm sangkar.. Dia buang kat tmpt kebiasaan dia.. Nak kurung dlm toilet cian takot lemas.. Mcm mana ehk??

  10. saya ada dua ekor kucing..adik beradik – jantan dan betina. umur dalam 7 bulan. siang lepaskan, malam masukkan dalam sangkar. on la berak dalam bekas pasir yg disediakan dlm sangkar. da hampir dua minggu ni, simpan sangkar sbb nak bagi x stress terkurung, tapi bekas pasir, minum dan makanan disediakan. yg jantan tu, ok..maish berak kat bekas disediakan. yg betina tu, berak kat tempat lain – longgokan pasir di bonggol dpn rumah jiran. da try buang longgokan pasir tu, dia berak juga kat kwsn berdekatan bonggol jalan tu. susah hati betul kami. gangu jiran..takut kereta jiran2 terlanggar..haru :(. kalau tuan/puan ada tips, minta tolong yer. tq

  11. sy x suka bela binatang dlm umah.tp bile tikus dh jd king kt dlm umah tpakse gak amik kucing buat bodyguard.sy rembat ank kucing member 2 ekor (member ngadu kucing dia ilang.kuikui)smpai umah je trus ltak dlm jamban gan kotak skali.sehari sejam dua je bg main kt luar.lepas seminggu alhamdulillah,mmg kt jamban je dia berak.sekarang tikus pun lari dah.tp 1 je problem.time org nk membuang time 2 gak la dia pun nk membuang.dh jd gado plak.xkan nk berak sesame plak.

  12. q cik atas infonya. 1st time saya dengar. Boleh jugak saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk menghalau kucing berak merata ni. Lebih2 lagi bukan kucing kita sendiri, tapi kucing liar atau mendatang. Harap2 dapat selesaikan masalah semua.
    Boleh cuba gunakan produk “Cat Repellent” dari Jepun ni. Produk ni bila letak akan keluarkan bau yang menyebabkan kucing tak selesa & lari.
    Yang bukan sahaja murah & mudah tapi tak menyeksa binatang. Produk ni ada saya nampak di website ni
    http://www.tenringgitshop.com
    Selamat mencuba yer.

  13. Sye ad seekor kucing betina.. skrng nie die dh berank ad 4 ekor ank… mak sye x kasi sye bela kucing bnyk2 tkut x trjge and berak merate-rate.. mcm mne care x nk bgi ank kucing tu berak merate-rate…

  14. Saya ada dua ekor kucing sepasang. Yg betina alhamdulillah ok berak dalam litter box yg jantan ni uwaaa nak nangeh. Berak bnyk kali dan di tempat yg sama. Dah letak serai. Cuci ngan clorox masih x jalan. Please need help sgt. Satu lagi dia berak cair. Dah deworm pun pun sama.

  15. Sy awl dpt kucen sy trus kurung kt toilet.. Tp xberak.. Skli tgk dia berak kt bilik mndi… Smpai skrg tu ja lokasi dia.. Payah jgk nk sembur pagi mlm. Huhu

  16. assalam kak . kucing saya umur dalam lingkungan 5 . saya baru bela , saya daa belikan pasir untuk die dan letakkan dalam tandas . tapi die kencing merata gak . berape lame nak ajar kucing biar die faham hahahah

  17. Yang bau serai tu,,,, hampehh aje.. kucing kt rumah, siap makan pokok serai lg ada.. kdg-2 tu smpai korek tong smpah nk ambik btang serai.. hehe.. 🙂

  18. Assalam,saya ada tjumpa kucing jenis parsi.
    Saya bawa pulang ke rumah,saya mandi dan bersihkan bulunya yg kotor,usia dalam setahun kot..masalah skarang kucing ni kencing atas lntai dlm rumah..kalau kucing ni masih bayi boleh la nk ajar,ni agak dh remaja..cmna tu nk bntuk dia..tolong2..

  19. Anak kucing sy plk ssh nk di ajar da bnyk kali da ajar tp still beràk dan kecing kat luar bekas pasir…dàh potong misai pun still lg..dan bubuh serai tp still berak lg
    …da buntuh…kdg dia kecing dan beràk dlm bekas tp sllu dia kecing n berak kat luar bekas pasir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me