Mencari Ikhtiar Hidup

Mencari ikhtiar hidup pada zaman ini memang mencabar.

Ketidak stabilan ekonomi negara pada masa ini, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST ) dan kejatuhan nilai ringgit dikatakan mula memberi kesan kepada rakyat. Ekoran daripada 3 perkara tersebut, diberitakan seramai 255 staf Kilang NAZA yang terletak di Gurun, telah diberhentikan kerja selepas jualan kenderaan kilang tersebut jatuh mendadak sekitar 40 % tahun ini.Berita penuh pemberhentian kerja staf kilang tersebut boleh anda baca terus di sini.

Memang menyedihkan apabila mendengar berita tersebut. Andai kata yang terlibat itu diri kita sendiri, pasti sekali sangat tertekan dan buntu memikirkan ikhtiar hidup seterusnya.

Tak tahu lah macam mana agaknya ya.. Tak terbayang bagaimana peritnya hendak meneruskan kehidupan selepas tu. Nak melengkapkan keperluan makan pakai keluarga , membiayai pendidikan anak-anak, belanja perubatan, mak bapa di kampung lagi, hutang rumah, hutang kereta,pinjaman bank … Ohhh 🙁

Mudah-mudahan mereka yang sedang diuji ini, diberikan sebesar-besar kekuatan dan jangan sampai putus asa untuk mencari ikhtiar hidup.

rezeki quotes

Mencari ikhtiar hidup semua orang tahu perlukan ketekunan. Seperti kisahnya lelaki penjual keropok lekor yang saban minggu datang ke sekolah saya ni. Sanggup menyewa sebuah teksi untuk membawa berkotak-kotak keropok lekor untuk dijual.

Ya, sebuah teksi ! Kenapa setiap kali datang dengan teksi yang disewa ?

Ertinya, dia tidak mempunyai kenderaan sendiri dan apa lagi yang dapat disimpulkan selain inilah satu-satunya sumber utama mata pencariannya. Jadi dengan atau tanpa kenderaan , dia tetap perlu berikhtiar.

Perihal keropoknya…, ditinggalkannya keropok-keropok lekor tu di bilik guru bersama sebuah balang kosong , sebelum dia bergerak ke sekolah berdekatan untuk tujuan serupa. Andai kata ada cikgu-cikgu yang nak membeli, masukkan saja wang tersebut ke dalam balang yang ditinggalkan.

Perginya mungkin dengan tawakal kepada Allah dan Alhamdulillah saya tak nampak pun ada yang cuba mengambil kesempatan menipu dan sebagainya.

Di sudut hati terasa juga sedikit sebak melihatkan perihal si lelaki penjual keropok lekor ni. Kebiasaannya yang datang menjaja buku, kerepek hatta jagung sekali pun, datang dengan kenderaan sendiri. Walaupun hanya sebuah kereta buruk yang hampir luruh pintunya, tapi masih ada kenderaan sendiri buat mencari ikhtiar hidup.

Buat kita semua yang hari ini masih ada kerja tetap, lagi punya kesempatan untuk melakukan pelbagai jenis kerja sambilan, bersyukurlah atas rezeki Allah yang masih melimpah ruah. Pada masa yang sama, buat persediaan lebih awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan. Rancang tabungan keluarga dan cari sumber lain yang boleh dijadikan sandaran , andai kata berlaku sesuatu.

Mana tahu sedikit masa perkara sama boleh berlaku ke atas diri kita. Tak ada yang mustahil pun bukan ..

Related Posts

12 thoughts on “Mencari Ikhtiar Hidup

  1. betul kak situasi ekonomi skg mmg membimbangkan, contohnya biasa gaji masuk hujung bulan, tetiba gaji tu postpone ke awal bulan depannya,, memang stress memikir nak bayar komitment keliling pinggang

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *