PANDUAN BEKERJA SECARA SAMBILAN

By | September 13, 2013

Salam. Masih lagi memperkatakan tentang isu kerja sambilan.

Salah seorang saudara  saya bekerja tetap di bahagian pentadbiran salah sebuah  institusi pengajian tinggi awam tempatan. Pada malamnya pula beliau membuka gerai char kuey teow yang 100% diuruskannya sendiri. Saya pun hairan, waktu bila agaknya si saudara saya ni berehat 😉

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Ok, tujuan utama bekerja secara sambilan pasti saja untuk menambah pendapatan. Faktor minat , mahu mencari pengalaman baru atau apa saja sebab bekerja sambilan, lazimnya faktor-faktor tersebut jatuh di tempat ke-2.

Bagaimana agaknya cara terbaik mengurus masa bagi menjalankan kerja sampingan tanpa menjejaskan tumpuan terhadap kerjaya utama ? Jika anda gagal, tentu saja situasi ini akan menimbulkan banyak masalah baru kepada semua pihak yang berkaitan dan khususnya kepada diri anda sendiri.

Panduan bekerja secara sambilan di bawah ini mungkin sedikit sebanyak  dapat membantu:

  • Berbincang dengan majikan di tempat kerja sambilan anda agar dapat memberikan shif atau masa bekerja yang sesuai agar tidak berlaku pertindihan waktu dengan kerjaya utama atau waktu kuliah anda.
  • Rancang jadual anda sendiri agar kedua-dua tugas anda itu dapat diuruskan dengan baik
  • Bagi pelajar ,disiplinkan diri agar tidak perlu ponteng kuliah semata-mata mahu menyelesaikan kerja sambilan
  • Ingat tujuan sebenar mengapa anda memilih untuk melakukan tugas-tugas tersebut ( belajar,bekerja ambilan atau kerjaya utama ) agar anda tidak hilang fokus dan tersalah tindakan
  • Dalam keadaan tertentu, keperluan -keperluan kerjaya utama seperti menghadiri kursus,mesyuarat, menyiapkan fail-fail penting harus didahulukan berbanding kerja sampingan
  • Bahagikan masa dengan bijak menguruskan kerja-kerja sambilan agar waktu berkualiti dapat diperuntukkan untuk keluarga anda
  • Bagi pelajar, usah bertangguh menyiapkan tugasan atau mengulangkaji untuk peperiksaan hingga ke saat akhir sebab ini pasti saja akan menimbulkan kesukaran. Anda juga yang akan pening kepala 😛
  • Elakkan sama sekali mencampur aduk masalah dari kedua-dua tempat kerja agar tidak timbul konflik dengan pihak pengurusan kerjaya utama yang memungkinkan anda dipecat akhirnya
  • Kerja,kerja juga .. namun kesihatan harus diutamakan. Pastikan anda mempunyai masa rehat secukupnya untuk diri sendiri
  • Pilihlah kerja sambilan yang sesuai dengan kemahiran anda, rendah risiko dari aspek keselamatan dan kesihatan

Ok, jika anda mahukan kerja sambilan tapi bukan sebagai pembantu kedai, bukan sebagai jurujual atau sebagainya, anda bolehlah cuba pohon kerja sambilan Job Di Rumah. Kerja sambilan jenis ini boleh anda buat sambil goyang-goyang kaki di rumah … 😛

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

11 thoughts on “PANDUAN BEKERJA SECARA SAMBILAN

  1. ajumohit

    jika berusaha pasti apa yg diidamkan akan menjadi kenyataan, walau bekerja dari rumah namun boleh juga jana pendapatan

    Reply
  2. Hafizul

    Hehe..bukan semuanya mampu kerja sambilan ni..masa kena urus dengan baik..tambah2 yang dah bekeluarga..terima kasih kak kongsikan..hehe

    Reply
  3. da yana

    Betul..klu ad 2 kje..kne pandai bagi masa…sy ble dok kl asik amik jer peluang if ad buat duit….mcm2 aslkn kje tetap ad…part time pn ad…

    Reply
  4. cik tom

    tips yg bagus sis….skang smua harga brg naik lepas naik harga mnyk 20 sen..nak x nak kita kena pandai cr kerja sambilan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me