Tudung kanak-kanak
MENGAPA SAYA MINUM MINYAK KELAPA DARA ? – Kongsi Macam2 Cerita

MENGAPA SAYA MINUM MINYAK KELAPA DARA ?

Salam Sejahtera,

Makin lama makin jarang update blog erk …

Sungguh saya akui, tahun 2014 ni saya sibuk berganda-ganda. Jauh lebih sibuk daripada tahun-tahun sebelumnya. Mungkin ini ada kaitannya dengan ke dua-dua permata hati saya. Ya, kini kedua-dua beradik ni sudah berada di alam menengah. Haluan yang berbeza , seorang ke utara sehala dengan laluan saya ke tempat kerja, manakala Si Hafiy pula berulang-alik ke selatan. Jam 3.30 atau jam 4.00 petang adalah waktu mereka pulang. Ye lah, Si Abang akan menduduki SPM tahun ini. Banyak kelas tambahan, terkadang  ada extra classes on the spot, jadi waktu baliknya memang tak menentu.  Ada ketikanya, saya stay back kat sekolah kerana mahu mengelak daripada pi mai pi mai dok ambik depa … Tak larat cik akak tau.

Rutin menghantar dan menjemput mereka pulang saya gilirkan dengan Mr Hubby. Tak sampai hati  pula biarkan dia mengurus semua lantaran penyakit hyperthyroidnya sering membuatkan dia letih, adakalanya mengalami ‘kelumpuhan ‘ serta pelbagai masalah lain yang timbul akibat penyakit ini.

Nak tahu lebih lanjut tentang gejala, punca serta rawatan penyakit ni ke ? Nantilah, ada ruang  dan masa akan saya kongsikan di sini buat tatapan semua ye ..

biovco

Minyak Kelapa Dara ( VCO ) BIOVCO – 150 ml

Buat masa ini, saya belikan Mr Hubby VCO  ( virgin coconut oil ) atau lebih dikenali sebagai minyak kelapa dara. Sebelum-sebelum ini Mr Hubby makan ubat-ubatan hospital seperti juga penghidap-penghidap hipertiriod yang lain. Sudah 2 kali doktor yang merawat Mr Hubby tulis   surat rujukan  untuk ke Gleneagles atau HKL bagi rawatan  terapi radioaktif tapi nampaknya belum ada rezeki kerana tahap hormon T3 dan T4 nya tidak stabil, acapkali  turun naik turun naik. Selepas lebih 10 tahun disahkan menghidap hipertiroid, baru-baru ini ada benjolan yang mula kelihatan pada sisi leher sebelah kanan Mr Hubby. Hal ini memang merisaukan kami berdua, jadi saya mula buat ‘ homework ‘, study banyak perkara berkaitan  ubatan atau makanan alternatif untuk merawat penyakit tersebut. Sebenarnya sejak disahkan hipertiroid, doktor awal-awal lagi memaklumkan tiada ubatan untuk memulihkan penyakit ini sepenuhnya. Jadi apa saja jenis ubatan yang diberi adalah bertujuan untuk bertahan sahaja. Silap-silap gaya, ubatan yang diberi perlu diambil seumur hidup ! Inilah yang cuba kami elakkan. Maklum saja, side effect nya tetap ada.

Mengapa saya pilih VCO untuk diberikan kepada Mr Hubby. Tentu sekali atas sebab-sebab berikut :

  • Saya dan anak-anak mahu dia pulih seperti sediakala. Seperti saat mula saya kenalinya dulu sebelum kami diijabkabulkan 🙂
  • Mengurangkan kebergantungan beliau kepada Camazol 5 mg ( ubat penstabil rentak jantung ) dan Proponolol ( ubat yang biasa diambil oleh penghidap darah tinggi ). Pengambilan ubat-ubatan untuk jangka panjang memberi kesan kepada buah pinggang, hati dan sebagainya.
  • Mengurangkan keletihan dan gejala kelumpuhan yang dialami semenjak disahkan menghidap hipertiroid.
  • Merawat jantungnya yang beberapa bulan terdahulu membengkak akibat ketidakstabilan rentak jantung.
  • Merawat masalah angina dan penghadamannya.
  • Minyak VCO jenama BIOVCO adalah 100 % organik, insyaallah. Juga dipercayai mampu membantu merawat banyak masalah kesihatan yang lain.

Ingin tahu khasiat VCO ? Insyaallah pada entri lain akan cuba saya kongsikan dengan kalian.

Saya juga memilih untuk minum VCO ( minyak kelapa dara BIOVCO ). Orang lain yang sakit, orang lain pula yang menyibuk sama. Mengapa saya minum minyak kelapa dara ?

Akhir-akhir ini saya alami keletihan melampau. Tidak pasti sama ada kerana peningkatan usia, penyakit tersembunyi, penyakit sedia ada atau mungkin kerana cuaca panas melampau yang kita sama-sama alami akhir ini.

  • Mengatasi masalah tekanan darah rendah yang memang saya alami sejak dari zaman anak dara sehingga jadi mak teruna.
  • Mengatasi masalah migrain dan vertigo yang sesekali melanda diri saya
  • Mengurangkan ‘ saiz ‘ , maksudnya berat badan yang membuatkan saya kelihatan ‘comel’ sekarang ini 😀
  • Untuk kecantikan luaran dan dalaman ….. isu yang memang tak dapat dipisahkan semestinya.
  • Paling utama, agar saya kekal sihat . Jika saya sendiri ‘ jatuh’ , bagaimana pula mahu menguruskan ketiga-tiga lelaki istimewa dalam hidup saya dunia dan akhirat ini.

Saya sekadar berusaha. Sembuh atau tidak hanya atas izinNya jua. Lagi cerita perihal hipertiroid dan minyak kelapa dara pada entri-entri seterusnya. Sudi-sudikan membaca nantinya.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

8 Comments on "MENGAPA SAYA MINUM MINYAK KELAPA DARA ?"

  1. dugaan Allah buat kita utk uji kesabaran hambanya kan kak, moga akak sentiasa kuat utk uruskan rutin harian, dulu aju makan juga mkd ni, mmg elok utk badan

  2. Moga sis haza dan suami diberikan kesihatan yg baik…ameen ameen ameen

    Usaha ttp usaha…moga Allah makbulkan doa2 sis haza….ameen

  3. Salam, sy tertunggu tunggu post seterusnya mengenai tiroid ni…saya pun salah sorang pengidap hipertiroid

  4. Mcna nk dptkn minyak kelapa dara biovco ni

  5. Saya ada menjual vco, primros, voo, habbatus sauda jenama halagel. Jika berminat boleh hubungi saya utk dapatkan harga ptomosi dan agent. 011 5279 0273

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me