Cek Nuffnang Dah Sampai

By | October 13, 2015

Hoooyehhh …. Cek Nuffnang dah sampai , cek Nuffnang dah sampai !!

Hishh bukan main jakun lagi bila cek Nuffnang sampai hari ni. Orang lain 23 kali terima pun tak ada kepoh-kepoh macam ni. Diam-diam aje kan ..ย  ini tak, mau satu dekad mencanangnya hehe.

Alhamdulillah cek Nuffnang yang saya nantikan dah pun selamat diterima. Al kisah CPUV dan cashout komisenย  Nuffnang , kalau nak baca boleh baca kat sini.Jumlah ?

 photo fcb95e23-aa38-41ed-a406-fe7f3b59f3d5_zpsl5tumvjv.jpg

Tak ada lah banyak mana pun. Sekitar RM 2++ saja. Sikit saja kan , tapi alhamdulillah bolehlah buat belanja anak2, Mr Hubby and my parents makan-makan. Dan iklan Nuff yang sedang running ni pun, jumlahnya pun dah boleh cashout kalau nak. Tapi rasanya biar lah dulu kot. May be tunggu hujung tahun ni untuk cashout sekali lagi. Masa tu boleh lah buat beli kapal selam ………. mainan heheh ๐Ÿ˜€

Teruja dengan khabar ni ?

Sebenarnya , jumlah yang saya terima ni kecil saja. Kalau nak tahu , ramai blogger terkenal yang part time income mereka dengan Nuffnang cecah ribu-riban setiap bulan. Haa, jangan tak percaya ye ..

Emmm, blogger terkenal boleh laaa …. Eh,eh jangat cepat give up. Kita pun mampu mencapai tahap tu kalau rajin berusaha. Usaha kan tangga kejayaan ( tetiba je switch mode jadi motivator pula .. ๐Ÿ™‚

Ok, bagaimana blogger terkenal boleh capai tahap begitu bukanlah tips yang nak diselitkan di sini. Tak layak den nak bercerita tentang tu huhuhu.

Seriously , blogger biasa macam kita-kita ni pun boleh rasa buat duit dengan Nuffnang ni. Ramai yang bagi tips itu ini , tapi bagi saya 2 perkara asas yang WAJIB buat selepas pasang Nuffnang dalam blog adalah kerap kemas kini / update entri-entri terbaru dan keduanya kena rajin blogwalking.

Mengapa WAJIB kemas kini / update atau publish entri baru ?

Jawapannya , orang datang ke blog kita kerana mereka mencari maklumat tertentu . Yang boleh bantu mereka selesaikan masalah , yang boleh bantu mereka tambah pengetahuan baru , yang boleh cheer up mereka punya mood ketika jemu , ketika bersedih dan macam-macam lagi.

Kalau 2, 3 kali jengah masih cerita lama , peratusan untuk beralih ke blog lain yang lebih berinformasi dan terkini tu tinggi . Haa, kan dah lari kita punya readers. Haishhh, baca sekali lagi ni macam kena kat batang hidung sendiri jer pulokย  ni ngeeee ..

Mengapa perlu rajin blogwalking ?

Tujuannya tak lain tak bukan seperti mempromosikan diri sendiri . Dengan blogwalking orang tahu kewujudan blog kita. Blog yang dikunjungi insyaallah akan menjadi seperti highway yang membawa trafik ke blog kita. Mula-mula mungkin sedikit saja macam kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Timur-Barat pada waktu malam , tapi insyaallah dengan content yang menarik lama kelamaan akan jadikan blog kitaย  macam Highway Utara-Selatan pulak . Huk alohh … Ha ha, gituuuuu perbandingannya faham ?!

Selain daripada tujuan promosi, blogwalking juga secara tak langsung membantu kita belajar blogging dengan lebih baik. Belajar apa yang boleh dan apa yang tak dibenarkan dalam dunia blogging , berkenalan dengan blogger dan juga pembaca yang lain.

Nampak tak mengapa 2 perkara asas tu penting untuk mendapatkan hasil daripada Nuffnang .. lepas tu baru lah fikirkan hal-hal lain ye.

Asal nak cerita tentang cek Nuffnang dah sampai je. Terbabas pula ke cerita lain ..

Kepada rakan blogger pemula, kalau masih belum berjaya merasa income dari blog , cubalah amalkan tips di atas dengan konsisten untuk tempoh sebulan dua. Insyaallah anda akan nampak hasilnya. Masa tu bolehlah kepoh-kepohkan dalam blog ” hoooyeah … cek Nuffnang dah sampai “.

Kik,kik,kik ๐Ÿ˜€

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ๐Ÿ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ๐Ÿ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

11 thoughts on “Cek Nuffnang Dah Sampai

  1. mrhanafi

    tahniah…bukan senang nak dapat check nuffnang..

    memang blogwalking boleh dapat trafik tetapi penyumbang 10 % sahaja ..90% adalah dari Google,ping service dan media sosial..

    Reply
  2. zik

    dah lama tak login dan tak dapat lagi dah nuffnang.. rindu pulak dekat nuffnang nih.hehe

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Cik Tom tak buka pun tak pe , income blog dah lebih dari masyukkk . Sis tau prestasi blog Cik Tom sebelum ni ๐Ÿ˜€

      Reply
  3. Pingback: Selepas Setahun Tak Jenguk Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me