BISNES DROPSHIP: Nak Jual Apa ?

Selamat Hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. Jom kita semua bersatu untuk pertahankan keamanan negara. Toksah lah dok berpecah-belah, takut nanti tanah air kita tergadai ke tangan orang lain pula.

Ok, semalam saya ada tulis en3 berkaitan bisnes dropship.Amacam,dah faham ke ? Kalau masih samar2, baca sekali lagi

Now, nak tentukan apa jenis produk atau barang yang sesuai untuk diniagakan. Tak boleh la main tangkap jer. Kena kaji market juga supaya usaha yang kita buat tu akan memberi pulangan yang setimpal. Kata orang biaq berbaloi.

Kat sini disenaraikan beberapa pihak yang menyediakan servis dropship untuk dicuba. Ada yang 100% percuma.Ada juga yang kenakan sedikit yuran pendaftaran. Contact mereka melalui SMS, e-mail atau sebagainya untuk apply sebagai agen dropship

1). Pembekal produk kecantikan & kesihatan ( memang banyak sangat produk boleh dipilih dengan mereka)

2). Produk kesihatan & kecantikan dan keperluan wanita

3). Online Muslimah Boutique ( t’shirt / blouse muslimah )

4). Abaya & Jubah Arab ( kedai jubah online terkenal ni )

5). Kain pasang & baju ready made

6). Kain sulam Bukit Tinggi serta pakaian wanita yang lain

7). Telekung

8). Produk berciri islamik

Actually, ada banyak lagi pihak yang menawarkan program dropship ni. Saya cuma listkan yang mana saya tau saja. Kena rajin google2 lah.. Macam kat Majalah.Com ni. Ada 1000 lebih tawaran dropship dengan puluhan produk. Daripada baju kurung, tudung, coklat sehinggalah kepada ikan kering..

Saya tak dapat komisyen apa pun bila senaraikan mereka ni. Kot depa yang tersenarai ni ada terbaca post ni dan terlintas nak bagi komisyen  dua tiga ratus … kecik tapak tangan,padang bola saya tadahkan ahaksss 🙂

Sebenarnya sekadar cuba bantu. Nama pun 1 perkongsian kan.

Personally, daripada dok surf internet berjam-jam baca gosip, main game dan entah apa2..elok le try . Masyukkk jugak kan. Lagipun ini kan abad di mana orang banyak membeli secara on9.

Dan sudah menjadi trend kebanyakan orang hari ni especially kaum Hawa, bekerja dari rumah untuk cari duit lebih. Why not give a try ?

 

SisHaza

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

2 thoughts on “BISNES DROPSHIP: Nak Jual Apa ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me