Misi Pemulihan Blog

Dengan Bismillah…

I’am back.

Selepas beberapa pertimbangan, saya mulakan misi pemulihan blog.

Bukan mudah..Cari balik semua maklumat login ,password dan sebagainya. Beberapa kali hubungi pihak penyedia hosting dan bertanya  hal yang cukup mudah tapi sudah jauh dari ingatan. Maluuu..tapi buat bodoh sahaja. Terpaksa belajar semula dari A to  Z termasuk cara  memulakan semula penulisan setelah sekian lama . Belajar kembali selok belok blog pada umur yang semakin meningkat bukan sesuatu yang mudah. Namun bak kata orang lama, daripada cempedak biarlah nangka…, daripada tidak,biarlah ada. Hehhh faham ke idok awak 😀

Ramai yang berkata blog sudah tidak relevan pada ketika TikTok dan Threads mengambil alih. Nak survive macam mana tu ?

Tak mengapa, ini pilihan peribadi yang hanya diri sendiri sahaja faham sebabnya. Pedulikan cakap-cakap orang !

Menulis dan membaca bagi saya, sesuatu yang sangat menenangkan dan menghidupkan jiwa. Itu sudah cukup relevan untuk keputusan memulih dan menulis semula di blog.

In Sha Allah jumpa kalian di post seterusnya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *