TIPS KESELAMATAN PERJALANAN JAUH BAGI WANITA HAMIL

Salam hormat

Masih lagi entry berkaitan kehamilan.

Terkadang ada masa-masanya sudah menjadi tabiat tak rasmi saya menulis beberapa entri berfokus kepada sesuatu topik. Tujuannya sekadar memberi kesinambungan bagi setiap entri terdahulu. Biar ada kepuasan dalam menulis dan kepada mereka yang singgah mencari rujukan, biar persinggahan mereka tidaklah menjadi sia-sia. Jadi, jika ada yang berasa kurang selesa dengan ragam sebegitu saya mohon berbanyak maaf. Saya hanya cuba memberikan yang terbaik mengikut persepsi dan cara saya sendiri.

Lagi sekali terskema … 😛 . Apa daya, suka tak suka inilah cara saya.Ha ha ha ..

Ok, sedikit tips keselamatan perjalanan jauh bagi wanita hamil. Diringkaskan dalam bentuk senarai supaya kalian tak bosan membacanya.

  • Tak kira sama ada suami atau anda sendiri yang memandu, pastikan pemanduan diselang-seli dengan rehat.

Maksudnya berhenti selepas 1 atau  2 jam pemanduan di mana-mana kawasan Rehat & Rawat ( R&R) atau kawasan-kawasan lain yang selamat dan sesuai. Benarkan isteri anda keluar berdiri atau berjalan-jalan bagi melancarkan edaran darah. Memanglah tempoh pemanduan akan menjadi lebih panjang serta lewat tiba daripada biasa kerana banyak berhenti, namun perlu dipertimbangkan secara bijak yang mana lebih penting sama ada cepat sampai atau keselamatan isteri serta bayi yang dikandung.

Ini kerana dalam keadaan mengandung kepekatan darah ibu hamil juga boleh menjadi berbeza berbanding ketika tidak hamil. Akibat kepekatan ini, ibu hamil berisiko mengalami pembekuan darah pada vena. Jika ini berlaku, darah beku ini akan berpotensi menyumbat saluran paru-paru serta mengurangkan paras oksigen dalam darah. Gejala yang dipanggil sebagai pulmonary thromboembolism ini boleh mengancam nyawa kedua-dua ibu dan anak.

  • Pemanduan berhemah serta memakai tali pinggang keledar

Kedudukan shoulder belt hendaklah berada di paras atas daripada kandungan atau rahim. Lap belt pula perlu dipakai lebih rendah daripada kawasan ari-ari. Paling penting untuk memastikan tali ini tidak dipakai merentasi kandungan kerana dibimbangi jika anda membrek secara mengejut, sentapan tali pinggang yang kuat akan memberi tekanan ke atas rahim.  Dalam keadaan ini, uri lekang atau abruption placenta boleh berlaku.

  • Cara duduk di dalam kenderaan

Elakkan duduk menyilang kaki sebaliknya cuba lurus dan gerakkan kaki seperti membuat senaman ringkas. Contohnya menggoyang-goyangkan kaki atau menggerak-gerakkan jari kaki supaya darah mengalir dengan baik.

  • Pakai stoking khas yang menggalakkan peredaran darah. Stoking jenis ini banyak terdapat di pasaran. Cuba survey di farmasi-farmasi utama,insyaallah ada.
  • Minum banyak air putih dan sebaliknya kurangkan minuman berkafein atau beralkohol untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Rancang perjalanan anda. Jika isteri anda sudah sarat dan hanya menunggu masa, seboleh-bolehnya tangguhkan dulu perjalanan jauh tersebut kecuali ada keperluan-keperluan lain yang tidak dapat dielakkan.

Ok, diharapkan tips yang ringkas ni berguna buat anda. Thanks kerana sudi membacanya.

 

9 Comments

  1. perjalanan jauh memang memenatkan
    elok sangat banyak berhenti rehat

  2. tq for sharing tips berguna ni kak, teringin nak menagndung lagi ni insha allah hehhehe

    1. Author

      masa muda ni elok tambah anak,usah tunggu berumur…nanti banyak masalah 😛

    1. Author

      kalau tak penting, tunda dulu tunggu sampai lepas pantang

  3. Sebelum ni saya kalau memandu jauh jarang berhenti rehat..nampak gayanya lepas ni kalau isteri berbadan dua kena ambil inisiatif untuk berhenti rehat la selang 1 atau 2 jam..

    1. Author

      eloklah tu … baru dikatakan suami prihatin. Biar le lambat sampai sikit pun x apa

  4. ibu hamil lebih suka duduk di belakang ketika perjalanan jauh

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *