Wanita

PETUA PULIHKAN KULIT WAJAH TERBAKAR

Salam,

Sudah 4 bulan sesi persekolahan untuk 2013 ni berjalan. Walaupun April sudah menjengah, namun masih ramai cikgu2 yang masih lagi sibuk melatih anak didik dalam olahraga, sukan dan permainan bagi mewakili sekolah ke peringkat kawasan, daerah dan juga negeri.

Impak latihan pagi petang, ada cikgu2 perempuan yang putih melepak sudah bertukar warna kulit menjadi merah dan kehitaman  bagai udang kena panggang. Orang putih kata ‘sunburn’.. yang dalam Bahasa Melayu nya membawa maksud kulit wajah terbakar.

Haa habis lah kulit wajah yang gebu-gebu ala-ala Rozita Che Wan tu. Untuk memastikan kulit wajah kembali ke asal tentulah menyebabkan tuan punya badan tak senang duduk kerana ia tentu memakan masa . Dalam masa yang sama, ‘saham’ sikit merudum lah…hehe.

Ok, don’t worry. Penyelesaiannya ada. Cuma mahu dicuba atau tidak sahaja.. Tunggu apa lagi, ambil catatan beberapa petua pulihkan kulit wajah terbakar yang tersenarai di bawah ni..

1. Campurkan satu sudu teh susu tepung, satu sudu teh jus lemon, satu sudu teh madu bersama setengah sudu teh minyak badam. Gaul sebati bahan-bahan tersebut lalu lumurkan campuran itu ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih. Petua ini bukan sahaja dapat mencerahkan wajah, malah mampu melicin dan menghaluskan kulit.

2. Sapukan wajah dengan sedikit serbuk kunyit yang dicampur dengan jus limau nipis.Biar sehingga kering,baru dicuci.

P/s: untuk pengetahuan anda, jus limau nipis adalah agen pemutih semulajadi yang paling berkesan.

3. Kisar tomato bersama jus limau nipis sehingga lumat. Sapu pada wajah dan biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Lakukan 2 kali sehari selama 2 minggu untuk kesan menakjubkan!

Ok, cukup lah dahulu dengan 3 petua tu. Apa kata cuba dahulu, lihat bagaimana hasilnya.

Jika nak cari petua2 lain berkaitan kecantikan, atau mencari tips menguruskan badan kalian boleh buat temu janji di Dunia Dari Kaca Mataku ye.

 

SisHaza

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

5 thoughts on “PETUA PULIHKAN KULIT WAJAH TERBAKAR

    • Heheh… penampilan cantik & kemas 1 bonus utk menarik perhatian murid,pendapat peribadi saya laa

      Reply
  • budak perempuan suka la ni dapat petua terbaik
    budak lelaki tak kisah sangat
    gelap pun masih kacak
    haha

    Reply
  • hmmm petua yg mudah utk dicuba, jimat pun ye, anak2 aju sibuk nak berkulit putuh macam ibu dia 😉

    Reply
  • Petua yang bagus..tapi setakat ni saya lebih selesa denga kulit yang kurang putih ni..

    Reply

Leave a Reply to ajumohit Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *