Adakah kalian ada masalah berkaitan penjagaan kucing setiap kali ingin meninggalkan rumah untuk pergi bercuti, balik kampung, menghadiri kursus dan sebagainya ? Jika ada, maka anda patutlah  baca entri ini sehingga habis. Hi hi hi… kesian, Cik Kiah taip ni penat-penat tau 😀

Ok, sebenarnya entri berkaitan tips meninggalkan kucing di rumah sebelum bercuti ni sudah 3 minggu lebih terperap sebagai draft dalam blog ni. Tapi, entah tang mana silapnya, tak sempat pula nak publish sebelum Hari Raya. Sibuk ler katakan.

Apapun, entri tips meninggalkan kucing di rumah sebelum bercuti ni evergreen, boleh digunapakai bila-bila masa saja ye dak.. Sebagai pemilik kucing, saya faham ramai juga yang pening kepala memikirkan apa langkah yang terbaik untuk meninggalkan kucing dalam keadaan selamat dan pemiliknya boleh bercuti dengan senang hati.

Tips yang bakal dikongsikan bersama ini sebenarnya diperoleh daripada pembacaan. Saya sendiri tidak pernah mengamalkan tips yang bakal disenaraikan di bawah ini kerana walaupun mempunyai 4 ekor kucing, 3 ekor arnab , ikan guppy dan ikan emas, masalah meninggalkan ‘mereka’ ini tidak pernah timbul. Ada adik ipar yang baik hati dan boleh diharapkan memantau semua ‘ahli keluarga’ ni. Opps, bukan suruh jaga free tau, tapi saya siap bayar upah lagi. Ye lah, dia pun ada tanggungjawab dan tugasnya sendiri.

4 ekor kucing dari baka RegRagdoll dan Maine Coon milik saya, 24 jam berada bebas di luar rumah. Maklumlah tinggal di rumah kampung, jadi ada halaman sendiri tempat mereka bebas bergerak, bermain dan sebagainya.

yen1
‘Yen’- si kucing jantan baka Maine Coon berusia hampir 4 tahun ini berbulu kembang oren pudar keputih-putihan dengan berat badan 4 kg lebih
yen
Siri teroka dan siasat alam flora dan fauna

Jom terus kepada tips meninggalkan kucing di rumah. Jika nak bercerita bab kucing-kucing kesayangan saya mau le capai 3 hari 3 malam baru habis …kih3x, nampak sangat kelentong nye tu. Lain kali je laa kita cerita bab tu ye.

  1. Pastikan stok makanan mencukupi sesuai dengan tempoh mereka ditinggalkan. Letakkan di dalam bekas makanan yang telah dibersihkan. Terdapat sesetengah pet shop yang menjual sejenis alat yang dapat membantu penyaluran sejumlah makanan automatik setiap hari tanpa risiko menyepahkannya. Saya tak pasti apa nama alat ini, so langkah paling bijak boleh dilakukan adalah buatlah survey di kedai haiwan hihi … (p/s : namun mengikut pendapat sesetengah pakar kucing, alat ini kurang digalakkan penggunaannya kerana ia cenderung meningkatkan kegemukan pada kucing )
  2. Pastikan stok air minuman juga disediakan dalam bekas yang sudah dibersihkan.
  3. Pastikan pasir dalam bekas najis digantikan dengan pasir baharu dalam kuantiti sesuai kerana kucing adalah haiwan yang sangat pembersih. Ada kemungkinan ia akan berak atau kencing merata jika ‘tandasnya’ penuh dan tidak dibersihkan. Kucing pun sama seperti manusia, perlu kepada suasana yang selesa. Untuk bahagian ini, anda mungkin boleh dapatkan bantuan jiran atau kaum keluarga lain untuk membantu menukarkannya sehari atau 2 hari sekali.
  4. Pastikan kucing anda ada temannya untuk mengelakkannya berasa bosan dan melakukan perkara tidak dijangka seperti mengoyak kertas, mencakar sofa, menyepahkan barang-barang di dalam rumah dan sebagainya. Jika memang ia bersendirian, pastikan ada jiran atau rakan yang boleh diharap untuk menjenguknya di rumah.
  5. Sediakan alat atau permainan sesuai untuk kucing anda untuk membantu mengelakkannya dari diserang rasa bosan seperti bola getah. Rasionalnya juga sama seperti tips ke-4 seperti di atas.
  6. Pastikan juga tiada benda-benda atau objek kecil yang tajam dan berbahaya yang boleh mendatangkan kecederaan kepada kucing kesayangan. Ini kerana kucing suka bermain dengan apa sahaja objek yang berjaya ditemuinya.
  7. Pastikan tiada bahan beracun yang dengan mudah boleh dicapai @ dimakan  oleh kucing anda serta mendedahkannya kepada bahaya   sepanjang ketiadaan anda di rumah.
  8. Bagi yang berkemampuan anda bolehlah menghantar kucing anda ke pusat jagaan haiwan sementara anda pergi bercuti. Sekarang sudah ada banyak pusat jagaan haiwan yang diwujudkan. Tinggal pilih dan bayar saja 😀

Ok, begitu lah serba ringkas tips yang dapat dikongsikan pada entri kali ini. Jika anda seorang pencinta kucing, entri-entri berikut mungkin sesuai untuk anda.

Bagaimana cara mengatasi tabiat kucing yang suka berak merata-rata

Ciri-ciri kucing baka Maine Coon

Ciri-ciri kucing Bengal

Namun entri-entri lama di atas tidaklah selengkap panduan ini. Anda boleh belajar bagaimana untuk:

  • mengenal ubat-ubatan atau vaksin sesuai untuk penyakit kucing
  • cara mendandan kucing ( hooo ingat manusia saja ke yang suka berhias ?! ehehe )
  • cara mengatasi kucing yang kerap mengawan
  • cara atau teknik yang betul memandikan kucing
  • panduan mengajar kucing menggunakan kotak najis ( litter box )
  • menangani kucing yang stress ( kucing pun ada masa tension tau..)

… pendek kata  banyak lagi lah ilmu tentang penjagaan kucing.  Oh ya, anda boleh juga tonton rancangan ‘My Cat From Hell’ yang ada disiarkan di ASTRO bersama pakar kucing yang bertatoo si Jackson tu. Sori ah, tak ingat pula channel berapa.

Meowwwww…

 

18 Comments

  1. menjaga haiwan peliharaan sama juga macam menjaga anak kecil kan. Kena sentiasa pastikan kelengkapan mereka cukup dan keselamatan mereka terjamin 🙂

  2. Masa kat kampung dulu, main tinggal saja kucing peliharaan…sebab kucing tak pernah duduk dalam sangkar. Pandai-pandai lah mereka cari makan dan jaga rumah…

    1. Author

      Sama le mcm kucing2 saya. Yg tak tahannya sebab suka naik atas kereta. Calar-balar dibuatnya 🙁

    1. Author

      Wah, bertambah besar laa ‘keluarga’ ye cikgu…. beraya dgn ‘cucu’ baru nmpknya ehehe

  3. jiran sebelah ni pun suka bela kucing, yg pasti kat luar umah ni hancing bau kencing huhuhu

    1. Author

      Emm, jiran tu patut prihatin le. Kita patut pandai2 kalau nak bela supaya x ganggu org lain

  4. Salam Dja, Saya raya baru ni bawa sekali kucing putih balik kampung beraya sekali hihiih, Tak sampai hati nak tinggalkan sebab jenis tak pernah keluar rumah.

    Pernah juga emergency kes, hari tu tinggal 1 hari kat rumah tapi tu pun saya dah risau.

    1. Author

      Wslm Azie,wah ni mesti kes tak leh berpisah ni hihi… saya setakat bawa gi kedai atau bawa gi beli burger mlm2 tu ada la sesekali 🙂

    1. Author

      Eh,kucing boleh jd teman setia manusia tau..cer Mr Blackrose cuba bela dulu sekor 🙂

  5. Salam SisHaza.
    Saya minat nak bela maine coon. Ada ke kitten nak jual? Berapa harga?

    1. Author

      Waalaikumsalam Zul…kitten x ada, bapak kitten ada laa :p .. Saya tak jual kucing,just bg info je

  6. salam Sis ,

    makanan yg sesuai ape nye sebab kucing saya kadang2 makan,kadang tak nak makan….huhuu,tak thu dah nak bgi ape.

    1. Author

      biasa kalau nak tinggal tu org kasi pallet macam friskies tu ler… ada juga biskut untuk kucing,tapi kalau dah tak nak makan tu tak tau la camana nak buat.kena tanya pakar kucing lah nampaknya Ila 😉


  7. Boleh guna untuk arnab juga kan

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *