Salam sejahtera,

Hari ni pergi bazar Ramadhan lagi tak ? Saya dah nak masuk 13 kali pergi bazar Ramadhan… teng teng teng  😉 ( buat bunyi muzik ala-ala dalam filem seniman P.Ramlee tu ).

Boleh dikatakan tiap-tiap hari saya ke bazar Ramadhan yang terletak berdekatan dengan rumah sepanjang 13 hari kita berpuasa kali ini.  Biasanya waktu tengah hari tu, dapat le sekali sekala tonton Shiela Rusly dalam ketuk-ketuk Ramadhan. Masuk pukul 6 petang, ajaibnya ketuk-ketuk bertukar jadi tunjuk-tunjuk je dah ehehe …. rajin betul lah mom blogger sorang ni masak kan,kan,kan…

Oh, tak lah.  Sebenarnya petang2 tu pergi jemput si adik dari kelas. Maklum sajalah, kan UPSR is around the corner…terpaksalah berkorban sikit. So, on the way balik saya akan singgah beli air kelapa. Favourite Mr Hubby sebenarnya tu. Saya tumpang-tumpanglah sekaki 🙂

Air kelapa seperti kata orang tua-tua banyak khasiatnya. Begitu juga yang dikatakan oleh para penyelidik. Tetapi air kelapa yang ori lah, yang belum dicampur apa-apa termasuk gula. Kalau yang kat gerai tepi jalan atau kat bazar Ramadhan kebanyakannya dah dicampur air dan gula. Ada juga sesetengahnya memasukkan air berkarbonat iaitu ais krim soda untuk menambahkan rasa umphh nye tu. Kalau yang itu, jangankan khasiat. Tambah penyakit lagi ada.

Ok, apa kata sambil-sambil fikir-fikir juadah apa nak disediakan buat berbuka hari ni, kita tengok dulu apa khasiat air kelapa muda.

  • Dapat membantu membersihkan sistem endokrin ( adrenal,tiriod,ptuitari,ovari)
  • Membaiki daya penglihatan
  • Menyejukkan badan pada tahap suhu yang ideal
  • Menghidratkan semula badan ( air kelapa merupakan minuman isotonik semulajadi)
  • 99% bebas lemak dan berupaya membantu menggantikan  bendalir tubuh yang hilang selepas bersenam
  • Menyekat keinginan terhadap makanan bergula / manis & mengawal diabetes
  • Meningkatkan tahap metabolisme tubuh
  • Membantu mengurangkan berat badan & mengempiskan perut
  • Meningkatkan sistem imun
  • Membersihkan saluran penghadaman  & membantu pencernaan semua jenis makanan
  • Menyingkirkan racun atau toksin daripada hati
  • Melegakan sakit sendi
  • Mencantikkan & menguatkan kulit,rambut serta kuku kerana kandungan mineralnya yang tinggi
  • Membantu tubuh menentang virus-virus yang menyebabkan selesema,herpes & AIDS
  • Menggalakkan sirkulasi tubuh
  • Menjadi penawar segera untuk kes-kes terminum racun atau keracunan lain
  • Merawat ginjal dan penyakit batu karang
  • Merawat senak atau kembung perut
  • Menurunkan pH dan mengurangkan risiko kanser
  • Meningkatkan tenaga dan menyihatkan tubuh secara keseluruhan

Wah, banyak betul kan khasiatnya tu. Lepas ni, bolehlah minum air kelapa kerap-kerap. Mungkin dengan cara itu dapat membantu mengatasi apa-apa masalah kesihatan yang mungkin kita hadapi. Mana lah tahu kalau-kalau serasi.

16 Comments

  1. baru je tebang pokok kelapa jiran depan rumah ni, kalau tau boleh kurus tu rela pokok tu tinggi melangit 😉

    1. Author

      bahaya juga kalau biar tinggi melangit, nanti tumbang hempap rumah pula

  2. Air kelapa memang sedap kalau minum petang-petang…

    1. Author

      Ha’ah nak2 pula ada keropok lekor ke apa…wah,memang terangkat kan Joe

  3. Banyak sungguh khasiat air kelapa ini. Patutlah Pepsi dan Coca-cola berebut melabur dalam ladang kelapa untuk dibuat minuman. Air kelapa yang dibotolkan sekarang makin mendapat tempat di Amerika.

  4. air kelapa muda memang sedap
    tapi rasa lemah badan je bila selalu minum

    1. Author

      Betul tu sebab sesetengah org kalau minum air ni jd lenguh, sakit badan sakit urat …mcm saya le huhu

  5. suka minum yang original punya tak ada campurna gula baru ar best

  6. saya suka air kelapa muda yg original berbanding coconut shake,

  7. wah teringat air kelapa blended yang MB selalu beli untuk berbuka puasa.. sedap…

    yup, air kelapa banyak khasiat..

    1. Author

      Betul tu MB… sedap dan mcm ketagih pula dah…tp yg tak tahannya, sakit urat le hihi

  8. terbaik!
    punyalah Allah letak banyak kebaikan dalam air kelapa, kita duk jugak nak minum air gas…. =)

    petang ni mmg sambar air kelapa sejag

    terima kasih sis haza berkongsi

  9. Wahh banyaknya kebaikan air kelapa yer..hehe..rasa nak minum air kelapa je ptg ni..haha

Leave a Reply to ajumohit Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *