Dalam akhbar Harian Metro hari ini ( ** Mr Hubby memang beli akhbar ini sejak dari dulu-dulu lagi di samping Berita Harian. So, itu sebabnya sumber rujukan saya banyak datang dari akhbar ini ) ada dinyatakan bagaimana cara pelaksanaan undi awal dalam sesuatu pilihan raya dijalankan.
Bukan semua orang suka membeli akhbar. Sesetengahnya hanya tumpang baca di kedai kopi. Yang lebih advance membacanya daripada internet. Tak kurang juga yang merujuk kepada blog-blog sahaja. Oleh itu, inisiatif ini saya ambil agar para pembaca ( especially pengunjung setia blog saya…ehemmm, ada ke ? ) ada pilihan sendiri untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki mengikut citarasa dan keselesaan masing-masing.
Ok, fahami dulu apakah yang dimaksudkan dengan undi awal sebelum kita melihat cara pelaksanaan undi awal dilakukan. Siapa atau golongan mana yang terlibat dengan undi awal ?
Pengundian awal dilaksanakan at least 3 hari sebelum hari mengundi atau hari membuang undi berlangsung. Biasanya undi awal ini melibatkan golongan anggota keselamatan seperti polis, tentera,pasangan tentera , pasangan PGA dan yang berkaitan dengannya.
Proses ini adalah sama seperti pengundian biasa. Cuma sedikit berbeza kerana ia dijalankan di dalam premis PDRM dan ATM seperti balai polis dan kem tentera.
Berikut adalah proses pelaksanaan undi awal mengikut urutan atau kronologi.
1. Proses Undi
Petugas yang mengendalikan proses undi awal terdiri daripada kalangan orang awam yang dilantik secara sah oleh SPR. Anggota PDRM, ATM serta pasangan yang sah namanya didaftarkan dalam daftar pemilih akan beratur di luar premis mengundi.
2. Proses Pengesahan Identiti
Pemeriksaan dokumen pengenalan diri untuk membolehkan kerani pengundian pertama memeriksa nama dalam daftar pemilih, membuat pengecaman wajah dan memeriksa tangan pengundi agar bebas daripada sebarang tanda dakwat kekal. Selesai proses pengesahan identiti, pengundi awal akan diarahkan bergerak ke kaunter kerani pengundian kedua.
3. Proses Meletakkan Dakwat Kekal
Ketika ini, kerani pengundian kedua akan mengenakan dakwat kekal ke jari telunjuk tangan kiri pengundi. Serentak proses ini, kerani pengundian pertama tadi akan melaungkan nombor siri, no i/c dan nama pengundi bagi memudahkan ejen calon membuat penandaan dalam daftar pemilih kepunyaan mereka.
4. Proses Menanda Kertas Undi
Pengundi akan memperoleh kembali kad pengenalan. Kemudian, pengundi akan bergerak mengambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga. Pengundi akan diarahkan ke petak mengundi untuk menanda ( memangkah ) kertas undi, melipatkannya semula dan memasukkannya ke dalam peti undi.
Kertas undi ini perlu dimasukkan ke peti undi yang betul. Pastikan kertas undi calon Dewan Rakyat dimasukkan ke dalam peti undi Parlimen manakala bagi calon Dewan Undangan Negeri ( DUN ) dimasukkan ke dalam peti undi negeri.
5. Selesai Pengundian
Pengundi bergerak keluar dari bilik mengundi mengikut pintu ditetapkan.
6. Penutupan Tempat Mengundi
Selepas tamat proses membuang undi, peti undi akan dimeterai. Ketua tempat mengundi menyempurnakan Borang 13. Borang 13 ini akan diberikan kepada ejen calon yang hadir. Berbeza sedikit dengan undi biasa, kertas undian awal tidak akan dikira di saluran atau tempat mengundi tersebut. Sebaliknya ia akan dimeterai dan disimpan di tempat selamat seperti di dalam lokap polis. Kertas undi itu hanya akan dikira selepas jam 4 petang pada hari pengundian biasa.
tapi ada blogger yang reka cerita polis dah buang undi..aduyai..mungkin nak popular tp silap teknik tu..hehe
….heheh pilih jd blogger yg beretika sj 😀
belum pernah ada pengalaman macam ni
hanya mengundi di hari mengundi je
Baru tahu cara mengundi awal dijalankan..terima kasih info..