Hendak seribu daya .. , ha pakat-pakat sambung sendiri ye peribahasa tu . Ada berani 🙂 ? Hehe

Foto candid encik kambing ni sempat saya snap semasa berada berdekatan ampaian kain di belakang rumah. Tengoklah ia, bersungguh-sungguh berdiri pada pagar jiran yang bertutup atap zink terpakai semata-mata nak makan pucuk seri pagi. Tak hirau lagi dah apabila saya hampiri. Dihalau pun buat tak peduli saja … gamaknya dalam hati ada ia berkata-kata ‘ ada aku kisah ..’ hehe.

 photo DSC_0425_zpsa2e881e5.jpg
Eh,eh … buat derk je kambing jantan ni walaupun dihalau

Begitulah, hendak seribu daya .. tak hendak seribu dalih. Macam orang kita yang ramai menganggur sekarang ni. Memilih pekerjaan, hendakkan yang setaraf dengan kelulusan sahaja. Usahkan kerja tetap, peluang kerja sambilan yang berlambak di sekeliling seperti pam atendan, pembantu restoran , cleaner pejabat pun tak hendak. Alih-alih semua ‘ Mat Bangla’ yang conquer. Susah-susah sangat  mohon kerja dengan JobDiRumah aje lah. Ok what ?!.. 🙂

Ok,berbalik kepada kisah encik kambing tadi ..

Sebenarnya itu adalah kambing peliharaan ayah saya yang entah macam mana terlepas dari kandangnya. Jadi merayaplah ia sekitar pagar jiran yang tanahnya bersempadan dengan tanah tapak rumah saya. Saya cepat-cepat halau takut kalau-kalau  merosakkan pohon pisang milik jiran.

Lagi pun, ada sepohon pokok harumanis yang Mr Hubby tanam bersebelahan tu. Takut kalau-kalau diragutnya. Bukannya tak tahu, kambing kan suka pucuk-pucuk ni ( Nak-nak lagi kalau pucuk muda … hehehe. Ada faham ka Minaci ?! )  Hmm alamat tak merasalah buah harumanis tanaman sendiri. Dahulu, projek bela kambing ni diuruskan oleh adik tapi telah diambil alih oleh ayah. Cabaran membela kambing ni bukannya kecil, jadi kalau tak kuat semangat susah untuk berjaya.

Sekarang ada 22 ekor kambing dalam peliharaan ayah. Sentiasa dikurung dalam kandang dan hanya sesekali dilepaskan keluar. Bukannya apa, hidup berjiran di kampung perlu pertimbangkan banyak perkara. Tak boleh dilepaskan sesuka hati, dikhuatiri menceroboh kebun atau laman jiran. Tentulah nanti bermasam muka pula… Kalau dah jadi begitu tentu tak seronok sebab jiran ada hak-haknya yang perlu kita hormati. Sempit rezeki nanti kalau bermusuhan dengan jiran.

Dalam menyebut bab-bab rezeki ni, mungkin tak ada rezeki ayah. Banyak ekor juga kambing yang mati sebelum-sebelum ni. Ada anak yang mati dalam kandungan dan selebihnya mati kerana masalah kembung perut. Kalau tak, tentu dah ada hampir 30 ekor kambing ayah semuanya.

Ya, membela kambing perlukan banyak pengetahuan dan banyak kesabaran. Sebenarnya membela kambing taklah semudah yang disangka. Boleh dikatakan agak leceh … tak boleh sejuk nanti kembung, tak boleh beri sebarangan rumput untuk dimakan, macam-macamlah yang tak boleh lagi 😐

Namun saya respect ayah. Walau sudah tua, kudrat juga sudah berkurangan, acap kali sakit urat …Usaha ayah tetap berterusan, ibarat hendak seribu daya … ayah usahakan ternakan kambing ni betul-betul. Ke sana-sini tak kira masa mencari rumput untuk diberi kepada kambing-kambingnya. Hujan panas, sakit pening  tak pernah diambil kira.

Moga Allah berikan umur yang panjang dan kesihatan yang baik buat ayah  untuk terus mencari rezeki dengan ternakan kambingnya itu.

Aminnn…

 

 

 

13 Comments

  1. Siapa yang rajin pasti akan berjaya, kan?
    Usaha tangga kejayaan..

    * ciklaili suka makan kambing 🙂

    1. Author

      Mesti Cik Laili pandai masak resepi daging kambing ni 🙂

  2. banyak juga tu 22 ekor…
    dalam apa jua bisnes ternakan, risiko dan kos paling tinggi ialah kematian…
    so kena ada pengalaman dan ilmu spt kata kak sishaza…
    kalau tak, nangis oiiii.. heee

  3. kambing senang nak jaga tapi kena tahan bau die sikit larh.. tp kambing pang memg sedap..

  4. amboih pandai posing ye en kambing ni, tangkap buat lamb chop baru tau, arwah ayah dulu bela lembu, memang kak pokok pangkalnya rajin, mmg semua menjadi

  5. Sangat rajin, di tempat saya sudah susah mencari rumput jadi jarang yang pelihara kambing.

Leave a Reply to Hero Borneo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *