BEGINILAH ADAB ORANG KITA

Pagi Sabtu semalam, saya & Mr Hubby pergi ke pasar pagi. Biasalah, mencari stok dapur untuk seminggu. Bila dah masuk kerja, memang tak sempat. Beli bukan main banyaknya…lastly,beli lauk kat kedai jugak. Hi hi hi

Semasa berada berdekatan dengan gerai makcik menjual akhbar, saya nampak seorang lelaki muda dalam lingkungan 20 an. Dia asyik membelek-belek akhbar di gerai makcik tu. Dari satu halaman ke satu halaman. Saya jangka, tentulah dia hendak membeli akhbar tersebut. Macam yang biasa dibuat orang lain, selak satu dua halaman, kemudian barulah  bayar.

Tak semena-mena, dia menengking makcik penjual akhbar berstatus warga emas  tu.

” Hey makcik, orang tak jual lah  surat khabar macam ni ! ”

Sedikit tersentak warga emas itu. Sejurus menengking, lelaki itu  juga menghempas surat khabar tersebut ke atas timbunan akhbar2 lain yang disusun oleh makcik tu. Sebahagiannya melorot jatuh ke tanah. Lelaki muda itu selamba sahaja berlalu, macam tak ada apa2 pun yang berlaku. Banyak mata melihat kejadian tu. Sepasang suami isteri yang kebetulan memilih majalah di gerai itu hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Seorang lelaki lain, tunduk mengutip helaian akhbar yang telah bercerai dari naskahnya.

Balik ke rumah, saya membelek-belek KOSMO. Berita apakah yang dibaca lelaki tadi ? Apa cerita sehingga tiba2 sahaja dia menyinga begitu ? Puas dibelek,mencari-cari kalau2 ada berita hangat luar biasa…. tapi tak ada apa2 lah…. biasa2 sajalah beritanya. Saya terus berteka-teki sendiri. Dalam fikiran, saya ada beberapa jawapan. Agak2 sahaja.

Sayang sekali, pakaian dan penampilannya yang kelihatan berciri islamik, tidak membayangkan peribadi sebenar. Makcik penjual akhbar yang tidak tahu hujung pangkal menjadi mangsa pemikirannya yang dangkal. Pelbagai jenis akhbar  pro kerajaan dan pihak pembangkang dijual bersama aneka jenis majalah. Tentu sahaja pelbagai pilihan harus diletakkan untuk pelanggan kerana di situ punca rezekinya. Salahkah dia ?

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

4 Comments

  1. pelik juga ye, sampai begitu sekali. kalau kot ye pun tak suka kandungan dlm tu, jgnlah sampai org lain jadi mangsa.. bukan makcik tu yg buat suratkhabar tu, dia tukang jual je.. kesian..

    harap2 kita bukanlah dlm golongan itu..

    1. Author

      itulah dia…penampilan @ pakaian kdg kala tak menunjukkan peribadi. Tak kira apa kepercayaan kita,di pihak sebelah manakah kita, patut ada rasa hormat tak kira pd siapa.. nak2 lg kpd warga emas yg seusia ibu bapa sendiri.

      Mudah2an ank2 kita dijauhkan dr akhlak buruk begitu 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me