Dunia akhir zaman memang macam –macam hal lahhh … Hai pening, pening !

Untuk santai-santai rehatkan minda , jom layan apa kisahnya dengan wanita Jepun yang angaukan Shabani si gorilla kacak. Agaknya spesies lelaki yang betul-betul berkarisma dan mampu menarik perhatian wanita dah pupus dari dunia ni kot 😀

Kisah Shabani Si Gorila Kacak ini ada disiarkan dalam segmen Global- Harian Metro, muka surat 75.

Emmm... kacakkkkk ker ? Huhuhu
Emmm… kacakkkkk ker ? Huhuhu

Gorila kacak berusia 18 tahun yang menjadi popular kerana dianggap sebagai ‘ikemen’ atau lelaki kacak ini tinggal di Zoo dan Taman Botani Higashiyama,Nagoya Jepun sejak dipindahkan dari Zoo Taronga, Sydney Australia.

‘ Abang sado ‘ yakni Shabani si gorilla kacak itu sering kali menjadi perhatian pengunjung wanita yang berkunjung ke zoo tersebut.
Rata-rata pengunjung wanita yang berkunjung ke sana menyatakan bahawa Shabani adalah gorilla yang terlalu kacak dan berperawakan menarik. Mereka juga sering mengabadikan gambar bersama Shabani si gorilla kacak ini untuk dimuat naik ke laman sosial .

Allan Schmidt , penjaga zoo di Zoo Taronga berkata, Shabani dibawa ke Zoo Taronga bersama keluarganya dari Belanda pada usia 2 bulan pada bulan Disember 1996.

Ia mula menarik perhatian ramai apabila berjaya dirakam meniti tali di zoo itu dan aksinya menjadikan ia popular di internet.
Perawakannya yang kacak dan menarik itu dipercayai berpunca daripada persekitaran tempat ia tinggal dan membesar. Ia memiliki keluarga yang stabil jadi tidak hairanlah jika ia memiliki personaliti yang menarik. Wallahualam … 🙂

Haru-biru juga agaknya jika Shabani dipindahkan ke Zoo Negara. Agaknya ramai pula wanita Malaysia nanti akan jadi tak keruan, lawan tarik rambut kerana angau dan berebutkan Shabani si gorilla kacak huhuhu … Tolonglah  ye kaum wanita, jangan memalukan Cik Kiah okkkk.

Alahai, apa nak jadi … 😐

9 Comments

    1. Author

      Hahaha …. habis laa semua lelaki kacak kat luar sana 😀

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *