Sambal belacan sebagai identiti blog ni ?! Huhuhu ….ok tak ? Sesuai tak ?
Bukannya apa pun. Keyword ini terus panas dan panas di blog ni. Kebetulan entri hari ini juga masih lagi berkisar tentang tips tambahan membuatkan sambal belacan lebih sedap.Ringkas sahaja kerana yang empunya kalam dalam fasa tersangat-sangatlah sibuknye. Diharapkan tips tambahan membuatkan sambal belacan lebih sedap ini berguna untuk kalian.
Pertamanya bakar atau panggang terlebih dahulu ketulan belacan yang hendak dijadikan ramuan sambal belacan tu untuk beberapa minit. Selesai memanggang, tumbuklah sambal belacan seperti biasa.
Kedua, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng semua cili, ketulan belacan serta gumpalan asam jawa secara sekali harung sahaja. Angkat dan toskan sekejap lalu tumbuk @kisar seperti biasa. Kemudian bolehlah ditambah bahan perasa seperti garam dan gula serta perahan daripada gumpalan asam jawa yang digoreng tadi. Suka diingatkan agar anda tidak memotong atau membelah cili sebelum proses menggoreng dilakukan untuk mengekalkan kesegarannya.
Cubalah, insyaallah sambal belacan yang anda buat akan lebih menarik ( kelihatan berkilat ) dan lebih sedap rasanya 😀
sambal belacan menggunakan belacan dari Kota Belud mmg sedap. Belacan ada ‘bahan tambahan’ yang membuatkannya sedap
Menarik….. apa bahan tambahan tu agaknya ye ?
selalunya puteri goreng belacan tu sikit tanpa minyak lepas tu baru tumbuk dengan dengan cili
Haa Puteri, ada juga yg buat macam tu. Senang je kan ..
saya tak makan sgt belacan tp kalau dah mkn ..memang tak ingat