Assalamualaikum buat semua pembaca dan rakan blogger yang sudi singgah ke sini. Terima kasih daun keladi atas sokongan kalian semua ye.. hihi.

Sumber : Google Images

Hari ni dah masuk 5 hari kita yang beragama Islam ni berpuasa. Harap-harap tu tak ada la yang  kena serangan gastrik bermusim ye.. Ehemm,  nama pun  kat belakangnya ‘ tricks ‘ kan ….. ish,ish,ish 😉

Rata-rata rakan blogger memilih cerita-cerita berkaitan puasa atau keberkatan Ramadhan untuk dikongsikan bersama pembaca sepanjang tempoh ni. Tapi lain ceritanya Cik Kiah hari ni. Hari ni Cik Kiah nak cerita tentang  tips buat biskut raya yang sedap dan gebu .. Eh, belum pun seminggu puasa kau dah sibuk nak bercerita kisah buat kuih raya pula. Hmm, kalau dah pompuan .. ( hai sinis nampak ?! )

Eh, ni kan blog Cik Kiah so suka ati Cik Kiah nak tulis apapun. Ada Cik Kiah kisah berapa hari puasa pun.. hoho, dah meroyan pulak.

Ok, serius. Bukannya tak ada bahan nak bercerita bab bulan penuh barakah ni. Akan menyusul nanti insyaAllah.

Nak tak nak kena fikir juga bab persediaan menyambut hari raya ni. Lagipun encik-encik juga yang nak makan biskut tu. Encik-encik juga yang berhajat nak buat rumah terbuka nanti kan..

Sebenarnya saya pun tak pandai bab-bab nak buat biskut yang gebu dan sedap ni. Tiap tahun pun main tunjuk-tunjuk je kat kedai atau kat katalog. Asalnya tadi masa mengemas, terjumpa satu artikel dalam majalah lama tentang tips buat biskut raya yang sedap dan gebu. Majalah pun dah lama sangat, entah tahun bila punya edisi. Kertasnya pun dah bertukar warna. Nasib baik belek-belek dulu sebelum bakar. Terjumpa la artikel yang saya kira sangat berguna pada musim-musim macam ni. Ok jom kita baca …

  1. Terdapat lebih kurang 3 jenis doh yang dihasilkan untuk membuat biskut moden iaitu jenis yang rangup, lembut dan kenyal.
  2. Bagi biskut jenis yang ranggup seperti chocolate chip, oatmeal dan raisin, chocolate rolling cookies, biskut badam, biskut cornflakes dan sebagainya, penggunaan lemak adalah lebih banyak berbanding penggunaan cecair seperti air, susu dan jus tertentu.
  3. Biskut yang lembut atau cair sebaik dimakan, biasanya menggunakan lebih banyak cecair seperti susu dan air berbanding penggunaan lemak. (Contohnya biskut kacang, biskut jagung, spritz cookies, bahulu, samperit dan lain-lain lagi )
  4. Biskut yang kenyal seperti macaroon pula lebih banyak menggunakan gula.
  5. Bagi biskut jenis lembut dan lembap, sesuai dibakar di bawah tahap masak maksima ( underbake ). Tujuannya adalah untuk mengekalkan kelembapannya.
  6. Anda perlu tahu bahawa setiap biskut akan melalui proses mengembang, berbeza dengan kek yang akan melalui proses menaik. Proses menaik ini berlaku dalam kadar yang sedikit @ kecil  berbanding dengan proses mengembang bagi biskut.
  7. Baking powder atau nama Melayu nya serbuk penaik adalah sejenis bahan yang diperlukan dalam proses menaik seperti membuat kek manakala soda bikarbonat pula digunakan agar biskut dapat mengembang dengan sempurna. Kena tahu perbezaan kedua-duanya tu ye.
  8. Dalam kebanyakan persediaan membuat biskut moden, bahan seperti gula, telur dan mentega tidak dipukul keterlaluan hingga begitu mengembang. Cukup sekadar untuk memastikan ia sebati, mungkin boleh dipukul dalam tempoh sekitar  3,4 minit sahaja.
  9. Pastikan kepanasan oven @ ketuhar berada pada takat sederhana agar biskut dihasilkan tidak hangit 😛  Suhu 180 – 190 darjah Celcius adalah suhu yang sesuai.
  10. Tepung berprotein tinggi (tepung roti) kurang sesuai untuk penyediaan biskut jika dibandingkan dengan tepung gandum biasa.
  11. Terdapat 3 kaedah dalam pembuatan biskut iaitu secara one stage method ( kaedah paling mudah iaitu dengan mencampurkan semua bahan sekaligus lalu dipukul sekitar 2 atau 3 minit, direhatkan sebentar lalu dipukul semula), creaming method ( menyerupai kaedah membuat kek . Cara ni sesuai untuk biskut jenis rangup atau yang kurang menggunakan cecair) dan sponge method ( kaedah span sama seperti kaedah membuat bahulu tradisional. Gula dan telur perlu dipukul sehingga betul-betul kembang, baru dimasukkan tepung ) .

Ok, itulah serba sedikit tentang tips buat biskut raya yang sedap dan gebu. Sebenarnya ada banyak lagi tips penting untuk hasilkan biskut yang sedap dan gebu. Jika musykil jangan sesekali tanya saya, sebab saya surrender awal-awal lagi bab ni hu hu hu.

Sila kemukakan pertanyaan kepada pakar biskut , kerana beliau adalah pakar membuat biskut moden dan tradisional. Nak tanya resepi pun boleh.

Ok, jangan lupa datang lagi ke blog ni. InsyaAllah jika tiada aral melintang, esok saya akan kongsikan pula tentang istilah-istilah bahan yang digunakan dalam membuat biskut raya.

Tungguuuu…..

 

24 Comments

  1. Suka “kuih bakar” yang cair di mulut. Susah nak dapat sekarang ini, biasanya terpaksa beli di Kuala Perlis kalau teringin nak makan.

    1. Author

      Ha’ah mmg sedap sgt kan kuih tu Shubhi.. Eh, asal utara ke ?

  2. selamat membakar biskut
    kalau ada yang nak kirim, aku terima je
    hehe
    selamanya aku hanya tahu makan

  3. tengah plan nak buat biskut tapi habiskan jahitan baju anak..ibunya dulu huu…
    dah mula buat kuih raya ker?

    1. Author

      Bulan puasa ni tengok apa pun nmpk mcm sedap ye dak.. 🙂

  4. Tips yang sangat bermanfaat… Boleh cuba sendiri di rumah ni… kalau tak jadi boleh tanya yer… TQ..

    1. Author

      Ok,bereh…tips khas untuk mengeraskan biskut hingga baling ke dinding pun tak pecah..hehe

  5. sebut pasal kuih ni memang menelan airliur je kak, tahun ni buat kuih raya ke kak?

    1. Author

      ehh…. mesti laa buat Aju… buat kat kedai ehehe.akak pandai makan je

    1. Author

      bagi yg pandai buat memang terasa keseronokannya ustazah …

    1. Author

      Elok lah….lagi molek kalau turun padang jadi tukang bakar kuihnya sekali 🙂

  6. Saya memang suka makan kuih yang gebu2 dan lembut…terima kasih kongsikan..

  7. saya ada resepi turun temurun…8 cawan tepung gndum..4 cawan margerin….3 cawan gula dan 2 cawan oat… saya pukul gula dan margerin dulu hingga kembang….kemudian masukkan tepung dan last kali oat….biskut ni biskut potong….di atas disapukan blueberry jam. knp biskut saya berminyk dan x mengembang.dia juga tak masak di tengah tetapi di permukaan bawah dah warna keperangan.terima kasih..

    1. Author

      Sis pun tak arif sangat Adzny bab2 biskut ni, tapi rasanya sukatan majerin tu yg macam terlebih sikit kot..dan kebiasaannya orang masukkan sedikit serbuk penaik agar naik cantik

  8. Salam ukhuwah,

    Terimakasih kerana berkongsi pengalaman. Saya bukanlah pakar, cuma pengalaman membuat dan berniaga cookies yang agak lama mengajar saya untuk membuat cookies yang rangup dan sedap. Disini saya kongsikan satu petua yang anda tidak boleh lupa atau abaikan. Pastikan setiap bahan yang digunakan masih segar dan baru. Ini termasuk tepung yang digunakan. Tepung yang lama akan meninggalkan rasa yang pelik pada cookies anda. Periksa tarikh luput, dan ayak tepung anda. Kalau banyak bendasing didalamnya, sebaik mungkin jangan guna. Harap ini dapat membantu peminat cookies semua

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *