KENALI NAMA BAHAN DALAM PEMBUATAN BISKUT,KEK DAN PASTRI

Salam,

Walau agak lewat, janji ditepati …ehehe.

Hari ni saya tak akan bercakap banyak. Bukannya apa, melalut di bulan mulia ni,takut kurang pula pahala puasa. Lagipun kalian nak bahan yang bermaklumat kan, bukan baca celoteh mengalahkan Mak Enon lagi.

Mak Enon ? Alah pelakon dulu2 zaman p.Ramlee tuu…

Ok, jom kenali nama bahan dalam pembuatan biskut,kek dan pastri. Maaflah kerana hanya sempat senaraikan beberapa jenis istilah yang sering digunapakai dalam bidang masakan @ penyediaan biskut dan kek. Sebenarnya banyak lagi istilah atau nama bahan yang jarang didengar. Cuma saya aje yang tak sempat nak masukkan semuanya. Emm, mungkin nanti akan update sikit-sikit …. So, rajin-rajinlah singgah check ye. Diharapkan senarai ini dapat membantu.

  • Krim tartar

Sejenis serbuk putih yang gunanya adalah untuk memberi keseimbangan kepada putih telur dalam penghasilan meringue khasnya. Selain itu ia digunakan untuk menahan pembekuan gula yang biasanya terbentuk seperti kristal ketika proses penyediaan icing.

  • Meringue

<< Jom Belajar Buat Biskut Raya >>

Putih telur yang dipukul sehingga kembang bersama gula. Biasanya digunakan dalam penghasilan kek span, kulit pastri berlapis dan aneka krim. Tujuan penggunaan meringue adalah bagi mengurangkan tekanan atau meringankan adunan kek, kastard dan mousse. Juga sering digunakan sebagai lapisan hiasan bahagian atas biskut atau pai.

  • Ovalette

Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek  span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.

  • Mollases

Cecair gula pekat kehitaman yang dihasilkan daripada gula tebu seperti air gula cendol.

  • Lemak

Jenis lemak yang digunakan untuk pembuatan produk pastri seperti mentega,majerin dan minyak lepa sayur-sayuran.

  • Baking Powder

Campuran  antara tiga bahan iaitu soda bikarbonat, sejenis asid dan tepung jagung. Digunakan untuk menaikkan sesuatu jenis biskut,kuih atau kek.

  • Soda Bicarbonat

Campuran di antara soda dan krim tartar. Digunakan dalam ramuan sesuatu pembuatan biskut, kek atau kuih untuk memberi keseimbangan dari segi kandungan asid.

13 Comments

  1. Semua tu dah diadaptasikan kepada bahawa Melayu ke? atau tak ada istilah dalam bahawa melayu?

    1. Author

      aha itu lah…. nak kena check juga statusnye tu…kang terkena free je

  2. kakak saya jual kuih semua ni, tahu jugaklah bahan tu, tp saya tak reti buat, tak berapa minat lagi kak 😉

  3. macam payah je nak ingat semua
    haha
    jadi tukang makan je la…

    1. sama lah..Saya selesa jadi jong makan jer..yang ni biar isteri yang take care..hehe..terima kasih kongsikan..


Leave a Reply to sendiriDOTnet Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *