Alhamdulillah ..
Syukur malam ini masih bernafas di bumi Allah dan dipanjangkan umur untuk update 🙂
Congo bars addicted ….hoho bukan main gempakkkk lagi bunyi tajuk entri kali ni. Macamlah addicted sangat kannnn padahal baru je 2 kali buat hehehe.
Al kisahnya Khamis lepas, sehari sebelum hari terakhir persekolahan bagi tahun 2014 ni, kawan-kawan di sekolah saya bersepakat untuk adakan pot luck. Ini dah memang tradisi sekolah … buat makan-makan dengan membawa sebarang menu sendiri dan makan bersama-sama kat staff room apabila tiada jadual kelas. Mujur ada pantry, jadi tak adalah nampak ‘salah’ sangat kan. Lagi pun kita orang makan waktu mana yang free saja.
Hari tu saya memang ‘blank’, langsung tak ada mood nak memikirkan menu apa nak dibawa memandangkan penghujung tahun , jadi pelbagai urusan harus dibereskan sebelum cuti bermula. Petangnya apabila dah balik ke rumah, solat dan lelapkan mata sekejap barulah mula memikirkan apa yang nak dibawa esoknya. Dalam berkira-kira nak masak apa, teringatlah entri congo bar kat blog Ajumohit. Dia punya review macam tersangatlah bestnya jadi saya pun pilih untuk cuba resepi congo bar tu.
Bab baking membaking ni sebenarnya bukan kemahiran saya pun tapi apabila melihat langkah demi langkah atau cara-cara membuat congo bar yang nampak sangat mudah, saya pun nekad nak mencuba.
Hasilnya dapatlah seperti dalam gambar di bawah ni. Ok la juga kan walaupun rupa nampak macam kek buah je.

Oleh kerana saya kurang gemar kuih-muih atau masakan yang terlampau manis, so saya kurangkan gulanya. Dan dah memang jadi tabiat sejak daripada dulu lagi, saya suka mengubahsuai resepi ikut selera sendiri.
Gula dikurangkan . Tambah dengan serbuk Horlicks dan Quacker oat.
First time hasil baking membaking yang sempat bertahan untuk tak sampai sehari pun. Sebelum ni kalau buat kek atau resepi-resepi moden kategori macam ni, biasanya berbaki 2, 3 hari. Selalunya tak habis pun. Naik kulat lalu buang saja.
Oleh kerana tak puas makan, selang sehari iaitu pada hari Sabtu saya buat lagi congo bars ni. Kali ni dapatlah dihantar ke rumah ipar-ipar dan Alhamdulillah sukanya mereka dengan congo bars tu. Dan ada planning untuk baking lagi minggu depan atas permintaan my lil’ prince charming. Anak suka ibu setuju 😀
Lulus la kot nak dikatakan Congo bars addicted … hehehe
Ok, saya tidak sertakan resepinya di sini. Jika ada sahabat yang nak cuba buat boleh rujuk resepi asalnya di sini. Review kecur air liur boleh baca di sini manakala resepi yang saya gunakan saya tiru bulat2 di blog masakan ini.
Ok sekian saja entri kali ini. Berdebar juga menunggu keputusan UPSR 2014 yang bakal diumumkan esok. Tapi debarannya taklah seperti dulu, masa anak sendiri yang ambil UPSR. Lagi pun insiden kertas UPSR bocor nampaknya bagai memberi bayangan bagaimana keputusannya nanti. Apa-apa cerita sekali pun, selamat berjaya buat anak2 yang bakal menerima keputusan esok. Berjaya atau sebaliknya, bukanlah penamat sebuah perjalanan. Ia sebahagian daripada ujian dalam kehidupan kita yang bernama manusia. Setiap kejayaan mahupun kegagalan, ada hikmahnya.
haha..mujurlah baca artikel kat blog ajumohit..boleh la idea tu..nampak macamsedap..ada lebih???haha
sedapnya nampak
rasa malu pulak nak minta barang seketul dua
akak saje tau buat kita terliur hehe, malu pulak kita hehehe