Dimulakan dengan Bismillah …

Bagaimana dengan cuti sekolah kali ini ? Sudah terlaksana apa yang dirancang ? Jika belum, kalian masih ada  peluang. Cuba cari ruang untuk melaksanakan trip yang telah dirancang. Moga-moga akan  menjadi percutian yang dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dan mengembalikan kemesraan 🙂

Alhamdulillah, jam 7.30 petang semalam kami sekeluarga selamat kembali ke rumah setelah 3 hari balik kampung di negeri penyu bertelur. Ini antara percutian paling singkat dek kerana masing-masing ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.

Balik kampung kali ini langsung tak berpeluang ke mana-mana sekalipun. Niat untuk ke Pasar Kedai Payang pun tak terlaksana. Hanya sampai ke Pasar Bukit Diman sahaja kerana membeli keperluan untuk majlis kenduri. Selebihnya  duduk di rumah membantu kakak ipar menyediakan persiapan untuk majlis Tahlil arwah ibu mertua. Majlis yang telah lama dirancang, namun kebetulan hanya cuti kali ini saja masa yang sesuai dan berjaya melaksanakannya. Walaupun tak dapat ke mana-mana, namun saya tetap gembira kerana dapat bersua dan bertanya khabar ipar duai.

Cik Ngah dan Cik De ada menyatakan hasrat untuk datang ke rumah kami di sini cuti sekolah Disember nanti. Wah, teruja si Hafiy dan si Abang apabila dapat tahu mak saudaranya bercadang datang ke sini cuti nanti. Siap berangan nak bawa jalan-jalan ke Wang Kelian lagi , shopping-shopping kat Padang Besar, jogging ke Tasik Melati dan malamnya makan ikan bakar dan seafood kat Kuala Perlis. Beriya -iya 😀

Memang excited apabila dapat tahu mereka nak datang ke sini, apatah lagi Cik De yang sekali pun belum pernah sampai ke Perlis ni. Tapi apabila merenung siling rumah, memandang ruang tamu .. hai terasa risau pula. Selesakah mereka nanti bercuti di rumah adik ipar yang kecil dan sempit sebegini ?

Kalau kalian nak tahu, rumah saya kecil sahaja. 3 bilik tidur dan 2 bilik air boleh dikatakan  menepati standard rumah masa kini, tapi saiznya kecil sahaja. Sempit dan ditambah dengan cuaca panas yang melanda , terasa sesak nafas pula !

Untuk kali yang entah ke berapanya, saya dan Mr Hubby mula berbincang lagi untuk melakukan pengubahsuaian rumah 😀  Mungkin mengubahsuai ruang garaj menjadi ruang tamu utama . Tapi masalah utamanya  budget lah. Semua sedia maklum kan sekarang ni nak buat pinjaman bank pun sudah agak sukar kerana pihak bank sudah mula mengambil kira berapa banyak hutang yang kita ada sebelum menentukan jumlah pinjaman yang boleh diluluskan. Hmm, nampak gayanya perlu aplikasikan 77 tips dan teknik hias rumah seperti yang dicadangkan oleh designer ini lah kalau gagal juga buat pinjaman.

Apabila berada dalam situasi sebegini, barulah faham bagaimana rasanya apabila menghadapi masalah kediaman yang kecil dan tidak menyelesakan. Turut menambahkan tekanan apabila kita memiliki terlalu banyak barang, cara hiasan yang tidak betul menyebabkan ruang yang sempit menjadi bertambah sempit.

 photo nuffnangkeywords_zps1b551f39.png

Nak Hias Rumah Dengan Budget Rendah ? Klik Sini!

Petunjuk carian daripada Nuffnang di atas menunjukkan ramai tercari-cari cara menghias bilik yang sempit . Bukan saja pembaca di luar sana sahaja yang sering tercari-cari langkah sesuai bagi menghias ruang yang sempit menjadi lebih teratur dan yang paling penting selesa serta sedap mata memandang, tapi saya sendiri juga demikian keadaannya.

Sejujurnya tidak ada cadangan khusus yang dapat saya utarakan buat mereka yang sedang cuba menyelesaikan masalah ini disebabkan saya bukannya orang yang pakar dalam bidang ini. Tak berani saya nak memandai-mandai beri tips itu ini, tak pasal-pasal jadi ajaran sesat pula ha ha ha … Cuma yang dapat saya sarankan adalah agar anda rujuklah kepada majalah-majalah hiasan dalaman yang ada di pasaran seperti Anjung Seri, Impiana dan beberapa buah majalah dekorasi yang lain.

Pernah juga saya kongsikan beberapa tips menghias bilik yang sempit di sini dan di sini namun ia tidaklah lengkap seperti ebook panduan dekorasi : 77 tips dan teknik hias rumah ini.

77 tips dan teknik hias rumah ini adalah jalan penyelesaian yang saya kira mungkin sesuai bagi anda yang benar-benar serius mahu mengubah tata letak dan hiasan bahagian dalaman rumah kerana ia dapat membantu anda menyelesaikan masalah ruang sempit dengan dekorasi yang sesuai tanpa budget yang besar. Ulang suara, tanpa budget yang besar tau  hihi . Iye lah ingat upah juruhias dalaman tu murah sangat ke .. ?! Lebih penting lagi, banyak idea yang mungkin tidak pernah anda baca atau dengar  akan dapat anda aplikasikan setelah membaca buku panduan ini.

Paling utama, tips-tips yang bakal anda peroleh itu datangnya dari sumber yang sememangnya sahih serta boleh dipercayai kerana ia ditulis oleh seorang pereka dalaman yang sememangnya pakar dalam bidang itu.

Nak tahu apa yang dimaksudkan dengan 77 tips dan teknik hias rumah tu ? Klik banner comel kat bawah ni sekarang ..

Selamat mencuba.

 

12 Comments

  1. owh semalam mmg ada cari keywords ni dan terjumpa blog akak, rumah saya pun kecil kak, lebih afdal klu letak gmbr rumah akak sekali hihi

    1. Author

      Ohh tak sesuai la Aju, nanti kan jadi over exposed pula hiii

  2. Ruang yang kecil selalunya menghadkan peluang untuk melakukan dekorasi..harap dengan adanya tips dekorasi bajet tu, dapat memberi idea kepada yang memerlukan..

  3. mesti rajin mengemas
    rumah besar pun kalau tak mengemas
    alamat macam kapal pecah la
    haha

  4. salam ziarah kmbali…

    samalah kita… rumah kecila saja… mmg terimpi2 nak rumah besar, at least jenis semi-d. anak2 makin ramai dan makin membesar.. perlukan lebih ruang yg selesa…

    suka baca tips2 hias ruangan terhad ni

  5. umah memang perlu dihias yang menarik agar penghuninya juga merasa nyaman menempati rumah tersebut.

  6. Kalau pergi rumah orang yang kemas berhias, cepat2 nak balik…jeles smbil berangan nak kemas rumahlah. Tapi bila kat rumah sendiri?? Hikhiks

Leave a Reply to TehR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *