Rumah tangga

4 Petua Mudah Mengilatkan Cermin

Salam Ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke-4 umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Walaupun kita masih berada di permulaan Ramadhan, namun saya percaya ramai suri rumah sudah mula berkira-kira membuat persiapan hari raya untuk keluarga tercinta.

Berapa banyak wang perbelanjaan perlu diperuntukkan bagi sambutan hari raya kali ini, perlukah untuk menukar langsir baharu, bila hendak mula mengemas atau mengecat semula dinding rumah yang sudah mular pudar warnanya dan macam-macam lagilah perancangan mula diatur ..

Apabila menyebut tentang mengemas rumah ni, teringat masalah yang sering dihadapi oleh para suri dalam usaha mengilatkan semula cermin tingkap, cermin sliding door, cermin hiasan dan bermacam-macam jenis cermin lagi lah yang ada kat dalam rumah tu .
Sering kalinya cermin yang dicuci, tidak berkilat seperti yang diharapkan disebabkan debu serta kesan tempias hujan yang menyebabkan cermin tingkap bertompok-tompok dan berlumut.

wiping the window

Jadi untuk perkongsian kali ini saya sertakan 4 petua mudah mengilatkan cermin untuk para suri khasnya. 4 petua mudah mengilatkan cermin ini tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi, cukup sekadar dengan memanfaatkan bahan-bahan yang sedia ada di dapur rumah kita sendiri.

4 Petua Mudah Mengilatkan Cermin

  1. Basahkan surat khabar dengan sedikit air lalu taburkan bedak talkum ke atasnya. Gunakan surat khabar tersebut dengan mengelapnya pada permukaan cermin yang kotor di rumah anda. Lakukan langkah sama berulang kali sehingga anda berpuas hati.
  2. Gunakan sehelai kain lembap untuk mencuci cermin yang berkaitan. Selepas itu taburkan atau lumurkan serbuk kapur tulis yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan seketika kemudian bersihkan cermin tadi dengan kain lembap yang telah dibilas dengan air bersih berulang kali sehingga cermin kelihatan bersih dan berkilat.
  3. Masukkan sedikit cuka ke dalam bekas. Celupkan kain ke dalam bekas cuka untuk digunakan bagi mengelap cermin. Lakukan berulang kali dan anda akan dapati cermin anda kelihatan berkilat dan seperti baharu.
  4. Basahkan kertas akhbar kemudian lap pada cermin dengan cara sehala saja. Lakukan sehingga kesan-kesan atau tompokan hitam dan berlumut itu hilang

Demikian saja 4 petua mudah mengilatkan cermin. Anda boleh meminta bantuan suami atau anak-anak untuk membersih dan mengilatkan cermin tingkap atau lainnya agar tugas-tugas membersih dan mengilatkannya jadi lebih mudah dan cepat beres.

Selamat mencuba 🙂

SisHaza

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

5 thoughts on “4 Petua Mudah Mengilatkan Cermin

  • Petua yang last sekali tu biasa dah guna..cuma yang tabur bedak tu masih belum cuba lagi..dah baru tahu sebenarnya..haha

    Reply
  • wah raya ni berkilatlah cermin rumah kak, memang pernah dengar tips guna paper tu tapi belum pernah praktikkan lagi, silau gitu 🙂

    Reply
  • Mohon Share and ada sedikit Penambahan saya letak dalam tips tu…:)

    Reply

Leave a Reply to soffiah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *