PERMOHONAN MASUK KE SEKOLAH SENI SESI 2014

Salam,

Info ringkas yang ingin saya kongsikan untuk entri kali ini adalah berkaitan permohonan masuk ke sekolah seni sesi 2014. Sama seperti kemasukan pelajar ke sekolah sukan, permohonan masuk ke sekolah seni sesi 2014 juga menetapkan beberapa syarat kepada para pelajar yang berminat.

Jika anda sebagai ibu bapa berhasrat untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah ini, pastikan anak  anda memenuhi  syarat-syarat berikut .

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut :
  3. (seni visual / seni tari / seni muzik / seni teater)
  4. Tidak mengalami sebarang kecacatan
  5. Lulus Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat)
  6. Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2013

Maklumat Umum

  • Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 6 September 2013
  • Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke Sesi Serlahan Seni (Uji Bakat)
  • Borang permohonan hendaklah dicetak dalam DUA salinan
  • Guru Besar/Pentadbir Sekolah hendaklah membuat pengesahan di ruangan yang
    disediakan di kedua-dua salinan.
  • Satu salinan borang permohonan dihantar kepada sekolah rendah di mana anda
    belajar sekarang dan satu lagi hendaklah dibawa sewaktu Sesi Serlahan Seni (Uji
    Bakat) yang akan diadakan pada bulan September 2013.

Pendaftaran atau permohonan dalam talian  serta maklumat lain yang berkaitan juga boleh didapati melalui pautan aplikasi e-SSeM .

 

10 Comments

  1. bagus juga bagi pelajar yg minat dalam bidang seni…ni macam sekolah teknik juga kan..

  2. tak pernah pula murid2 kami mohon ke sekolah ni
    molek sangat untuk mereka yang berminat

  3. Baru tahu ada juga sekolah seni rupanya. Selama ni hanya dengar sekolah sukan. Terima kasih untuk info.

  4. masih boleh mohon ker ni ?


Leave a Reply to ema Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *