Rapuhnya Bahagia
Hati yang remuk , luluh atau terluka ibarat gumpalan kertas . Sekali gumpalan dibuka , ia tak akan lagi secantik asal. Walau segigih mana pun kamu mencuba, kesan renyuk tetap tak akan hilang.
Begitulah rapuhnya sekeping hati, seperti mana rapuhnya bahagia.
Oleh itu berhati-hatilah dengan setiap bicara yang kamu lafazkan. Berhati-hatilah dengan setiap tindakan
Usah kamu mencari sempurna, justeru kesempurnaan itu milik DIA sahaja, milik DIA yang menguasai langit dan Bumi, milik mutlak DIA yang meniupkan ke rongga hatimu bayu cinta kasih, rindu dan sayang umat manusia
Dalam sesebuah perhubungan, bersedialah menerima setiap kelebihan dan kekurangan . Jangan dicari kesempurnaan justeru kamu sendiri pun sebenarnya penuh dengan kekurangan.
Yang muda akan tua, yang cantik tak lagi menarik, yang manis akan menjadi pahit, yang ceria akan menjadi hambar. Begitulah lumrah hidup manusia
TUHAN MENGUJIMU DENGAN CINTA
TUHAN MENGUJIMU DENGAN BAHAGIA
Selain diuji dengan kesulitan dan kesedihan, kita juga akan diuji dengan cinta dan kebahagian. Namun, kadangkala ketika kita diuji, kita tidak bersedia. Kerana ketika kita senang dan bahagia, hati kita lemah dan berasa sombong serta melupakan Allah. Begitu juga saat kita diuji dengan kedukaan, kita tidak terus redha dan sabar. Malah menyalahkan takdir dan berkeluh kesah sampai memakan diri.
Sesungguhnya rasa cinta dan bahagia itu adalah pinjaman dari yang Maha Kuasa. Tidak ada satu pun cinta yang kekal melainkan cinta-Nya. Dia yang memiliki seluasnya kasih dan sayang. Tanda Dia berbicara dengan kita hambanya, adalah saat bilamana kita diuji.
Rungkailah satu-satu ujiannya dengan penuh hikmah, pasti BAHAGIA akan terus berbunga CINTA.
***
“Tidaklah seorang Muslim menderita kerana kesedihan, kedukaan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampuni dosa-dosanya.” (HR. BUKHARI)
<<< TUHAN MENGUJIMU DENGAN CINTA >>>
Dalam perhubungan juga, bersedialah untuk memberi di saat kamu asyik menerima. Bersedialah lah untuk menghargai jika kamu juga mahu dihargai. Bukalah ruang untuk menyayangi , jika kamu damba disayangi.
Mungkin kamu lupa, kasih sayang itu tidak pernah DIA jadikan bersyarat. Kamu sahaja yang pentingkan diri dan sesuka hati meletakkan syarat .Perlu sentiasa cantik, ingin sentiasa muda, harus sentiasa manja, perlu sempurna segala-gala untuk disayangi dan dihargai.
Rapuhnya hati seperti rapuhnya bahagia, apabila kamu hidup penuh dengan kemahuan dan keinginan yang tiada batas. Membuatkan kamu jadi kufur dan tidak tahu erti syukur. Bahagiamu pantas sahaja berkubur
<<< TUHAN ,ANDAI DIA JODOHKU >>>
Carilah bahagia wahai teman. Ia ada dalam dirimu, ia ada di segenap mahligai cintamu. Usah jadi biadab, menyelinap ke seluruh kota bukan milikmu semata-mata mahu cari dan bina bahagia di atas keruntuhan orang lain. Usah jadi kejam, kerana bahagia mu juga mungkin sekelip mata hilang dalam kelam
<<< REFLECTIONS FOR NEWLYWEDS >>>
Rapuhnya bahagia bukan sahaja kerana rapuhnya cinta, namun rapuhnya iman dalam perhubungan