Teringat satu cadangan yang pernah dikeluarkan oleh seorang Menteri berkaitan naikkan harga gula demi mengurangkan subsidi gula dan secara tak langsung membendung penyakit kencing manis @ diabetes yang kian menular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tak tahu nak diklasifikasikan dalam kategori apa saranan orang besar ini … 😀 . Apapun biarlah, perkara sudah berlalu kan…
Hakikatnya bukan sedikit rakyat Malaysia yang ketagih gula. Makan nasi tak kira malam atau siang pasti bersulam air sirap, oren, bandung dan sebagainya. Itu tak termasuk sarapan pagi yang selalunya diserikan dengan teh tarik.
Kadang-kala apabila ke kedai runcit atau super market untuk mendapatkan barangan dapur, dapat dilihat ramai sungguh yang menjadikan minuman berkarbonat sebagai minuman wajib beli. Tak cukup dengan itu, jika ada anak-anak yang turut serta menemani mak bapa dalam sesi ‘belian borong’, maka ais krim akan jadi ‘saguhati’ untuk permata keluarga.
Bukan mengata,tapi hanya berkata-kata 😛 sebab yang buat semua tu termasuk juga Cik Kiah sendiri. Ayoyo …
So, bukannya masing-masing tak tahu yang pengambilan gula berlebihan hanya mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan. Apa kata kita semua pakat-pakat cuba tukar menu minuman wajib yang sebelum ni kepada ‘sky juice’ sahaja. Jimat dan menyihatkan.
Tips untuk dikongsi kali ini adalah tips cegah ketagihan gula, baik dalam kalangan orang dewasa mahupun kanak-kanak. Cakap memang lah mudah, tapi cubalah untuk berubah secara perlahan-lahan. Belum cuba belum tau kan ..
Tips Cegah Ketagihan Gula
- Elakkan membeli dan menyimpan terlalu banyak minuman bersirap @ kordial di rumah. Sediakan sekadar hanya untuk keperluan jika ada tetamu yang berkunjung.
- Jika sebelum ini anda banyak membeli gula pasir dan gula perang, cuba untuk kurangkan kepada sejenis sahaja. Dalam hal ini, gula perang pernah dikatakan sebagai lebih baik atau lebih sihat daripada gula pasir.
- Ketika lapar dan terasa ingin makan atau minum sesuatu yang manis, cuba gantikannya dengan buah seperti betik, kurma dan buah-buahan kering seperti kismis gred tinggi. Makanan jenis ini lebih selamat kerana kandungan gula semulajadinya.
- Minum banyak air kosong saat terasa inginkan minuman manis. Semua orang tahu, air kosong sangat baik untuk kesihatan.
- Gantikan ais krim dengan buah sejuk beku yang selalunya didatangkan dalam bentuk puri.
- Amalkan 3 makanan harian utama setiap hari yang menggabungkan karbohidrat kompleks dan lemak sihat. ** Makanan ini membantu untuk mengekalkan paras gula dalam darah sepanjang hari yang tentu sahaja dapat mengurangkan ketagihan gula.
- Kenyangkan perut anda terlebih dahulu ( pasti saja dengan menu yang sihat ) sebelum keluar rumah juga dapat mengurangkan risiko anda terlajak mengambil sejumlah makanan tinggi kandungan gula.
- Tidur secukupnya, dapatkan matahari pagi dan banyakkan bersenam bagi mengurangkan keinginan terhadap gula. Selain itu banyakkan aktiviti riadah yang menyeronokkan serta secara tak langsung dapat membantu anda melupakan sebentar keinginan terhadap minuman dan makanan manis.
- Belajar urus tekanan dengan betul. Ini kerana stress, kebimbangan dan gejala tekanan lain kerap mendorong seseorang mengambil sejumlah makanan dan minuman di luar kawalan diri.
- Tambahkan multi vitamin atau suplemen tambahan dalam rutin makan anda.
Menteri kata naikkan harga gula, orang akan kurangkan gula. Saya kata boleh juga turunkan harga air supaya orang tambah air dalam gula…kuranglah manisnya. Hehe
Hehe ada juga logiknya tu 😀
setuju dengan semua tips di atas.. rumah aiza kalau beli guna 1kg tu boleh bertahan sampai 2-3 bulan sebab memang tak bancuh air manis.. kami sekelaurga selalu minum air kosong saja.. gula hanya kami gunakan jika membancuh air kepada tetamu yang datang atau sekadar penambah perisa di dalam masakan..
Bagus ni,jarang sangat 1 kg dapat bertahan lama camtu
stok minuman bergula memang sentiasa ada dirumah kak, skrg ni mmg dlm proses nak kurangkan gula dan garam tapi dugaan hebat melanda bila lapar itu datang, grrr tak bleh tahan hihihi
Kalau dah ketagih memang susah sikit Aju huhu
yang penting makan baca doa, makan lepas itu baru minum air ..
admin apa khbar sihat ke?
Batuk2 tak lega lagi….maaf tak sempat nak berkomen di blog Suri. Insyaallah later
betul kak. setuju. naikkan harga minyak bukan penyelesaian terbaik atasi maslaah ni.uhuh
Errrr…harga gula kot Pahan.. hihi
gula yang berlebihan memang tak elok untuk kesihatan, tapi kerana kemanisan rasanya ramai yang tak memikirkan tentang akibat jika terkena penyakit kencing manis
Sebab tu ada pepatah mati semut kerana gula kan..
terima kasih atas tips tersebut.. memang kena diamalkan..
Sama2 🙂
Memang bahaya ambik gula berlebihan ni. Tapi masalahnya kalau naikkan harga gula, makanan lain pun akan turut naik. Cuba guna pendekatan yang lain.
Pilihan atas kita,tinggal nak tak nak aje kan …
Tak dapat lari dari gula.. Sebaiknya makan buah jika terasa ingin makan makanan manis..
Tepat sekali…. cuma kena pilih jenis buah. Durian tak sesuai 🙂
punca utama ialah kerana tak ikut peraturan dan berlebih2an
bukan kerana harga
jom sama2 kita ikut peraturan untuk hidup sihat dan selamat
dunia dan akhirat
Yup,apa2 sekalipun berbalik atas kita semula