Kesihatan

PUNCA BADAN BERBAU DAN TIPS MENGATASINYA

PUNCA BADAN BERBAU DAN TIPS MENGATASINYA

Bau badan yang tidak menyenangkan tidak kira sama ada bau busuk, masam atau hapak  sememangnya menjadi masalah yang memalukan bagi kebanyakan orang.

“ Eee …. Busuknya badan kau ! Dok jauh-jauh sikit boleh tak ? “. Haa mau histeria kalau ada yang cakap macam tu  kepada anda kan …

Atau bayangkan jika mereka yang berada di kiri dan kanan anda acapkali dilihat menekup hidung dengan tangan tatkala berbual-bual dengan anda. Tentu ada sebabnya bukan ? Bagi yang lebih peka ( masih mencuba menjaga perasaan anda ) mungkin mereka cuba mengawal diri daripada bertindak sedemikian namun pada masa yang sama mereka menjarakkan diri dengan berdiri agak jauh sedikit daripada anda semasa berbual.

Perlakuan ini adalah petanda atau petunjuk bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri anda. Mungkinkah bau badan menjadi puncanya ?!

Ok, dalam entri kali ini saya cuba kongsikan dengan anda punca badan berbau dan tips mengatasinya. Mana tahu kalau-kalau ada diantara tips yang disenaraikan dapat membantu.

Punca Badan Berbau

1. Mandi yang tidak bersih. Dalam erti kata lain mandi kerbau atau mandi koboi 😀  Mandi pula sekali sehari sahaja huhu …

2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam. Dari pagi membawa ke malam, masih pakai baju yang sama. Ada sesetengahnya tu berhari-hari masih lagi pakai baju yang sama.

3. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri. Bulu ketiak dicukur setahun sekali … uweekk nak muntah. Hehe ada ke yang buat macam tu .. ?!

4. Faktor pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau seperti bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya.

5. Masalah penghadaman ( sembelit ) dan kegemukan. Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.

Rahsia Menguruskan Badan Dengan Terapi Minda! Klik Sini!

6. Faktor genetik. Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja  terlalu aktif.

Tips Mengatasi Badan Berbau

Apa- apa hal sekali pun, jangan bimbang. Masih ada cara untuk mengatasinya. Cubalah ikuti tips di bawah ini.

1. Mandi lebih kerap. Semua sedia maklum bahawa negara kita mengalami iklim yang agak panas, jadi mandilah lebih kerap sekitar 3 atau 4 kali sehari. Mandi dengan cara yang betul iaitu meratakan air ke seluruh badan dan ambil masa yang agak lebih sedikit untuk membersihkan diri.

2. Gunakan sabun antiseptik seperti yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang ini. Contohnya Dettol, Lifebuoy, Sebamed dan sebagainya. Sabun antiseptik mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan berbandi sabun wangi yang biasa.

Kredit : Google Images

3. Mandi dan tukarlah pakaian dengan lebih kerap terutama jika anda jenis yang mudah berpeluh atau  baru sahaja melakukan aktiviti berat dan lasak seperti bersukan, gotong-royong mahupun mengemas dan memasak di dapur. Sekadar menyebut beberapa contoh …

4. Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh agar bakteria pada badan tidak bercampur dengan peluh yang boleh menghasilkan bau busuk.

Menurut Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, Pakar Perubatan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan melalui laman sesawang DEMC, kelenjar apocrine setiap manusia wujud pada bahagian tubuh yang mempunyai banyak folikel rambut seperti ketiak dan bahagian sulit. Kelenjar apocrine ini mengandungi sebum dan bahan yang berlemak di mana peluh dirembeskan.

5. Jadi cukurlah bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya dengan lebih kerap. Ini kerana bulu yang terlalu lebat atau panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria  lalu menghasilkan bauan yang tidak menyenangkan.

6. Gunakan deodoran dan pewangi. Terdapat banyak pilihan deodoran dan pewangi dalam pasaran sekarang yang dicipta untuk memastikan bahagian ketiak atau bawah lengan kekal kering dan mengurangkan pembiakan bakteria di kawasan tersebut.

7. Kurangkan makanan berlemak serta jenis makanan yang disebutkan di atas. Banyakkan makan makanan  berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta air kosong bagi menggalakkan proses metabolisma tubuh serta melancarkan proses penghadaman dan pembuangan bahan kumuh.

8. Amalkan petua mengatasi bau badan yang menjadi amalan turun-temurun warisan tradisi nenek moyang kita.

Insyaallah, petua mengatasi bau badan ini akan menyusul nanti. Jangan lupa singgah lagi untuk mengetahuinya.

SisHaza

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

30 thoughts on “PUNCA BADAN BERBAU DAN TIPS MENGATASINYA

  • ada sesiapa yang tak pernah cukur bulu ketiak ke?
    haha

    kebersihan sebahagian daripada iman

    Reply
  • Terima kasih cikgu untuk tips ni..harap2 saya bukan tergolong dalam salah seorang yang dikategorikan badan berbau.. 🙂

    Reply
    • Insyaallah kita geng blogger ni semua wangi-wangi hihi 😀

      Reply
  • skang ni musim panas..rs badan cepat je berpeluh n berbau..huhu…mmg sesuai sgt praktis tips akak bg ni esp. sapu deodorant n kerap mandi tue..hehe

    akak plugin ashadee tu xupdate lagi bt ms ni…baik deactivate dulu…nanti dh update baru activate balik…hehe…

    Reply
    • Itulah .. nampak macam tak stabil sikit ashadee tu kan Cik Tom. Thanks sudi singgah n ingatkan akak 🙂

      Reply
  • Cukur bulu ketiak tu saya setuju. Selalunya, kat situ la bau peluh paling kuat. Lagi lebat, lagi kuat baunya. Sama macam bau ketiak bangla dalam bas Rapid. Haha

    Reply
  • Tak tahan btoi, kalau bau badan di kedai mamak huhh !^

    Reply
  • Pakai sabun pun terkadanga masih ada tercium aroma badan yang tidak sedap.

    Reply
  • haha seram pulak baca tak cukur bulu ketiak setahun! ade ke orang gitu?

    Reply
    • Dalam dunia ni macam2 orang ada …tak mustahil ada yang sampai macam tu 😀

      Reply
  • saya ada kawan yg bau badan , sampaikan satu tahap balek dari kolej lepak atas katil reramai bau dia to kadang sampai pening nak muntah terlalu kuat sngt bau nyeee

    Reply
  • Setuju…pemakanan berempah serta berkari juga antara pencetus masalah bau badan. Bukan mudah nak menegur orang yang mengalami masalah bau badan, tapi jika orang tersayang mempunyai masalah tu, lebih baik kita berterus terang 🙂

    Reply
    • Ya, sekurang-kurangnya kita dapat bantu si dia mengatasinya

      Reply
  • Salam ukhwah .

    kat opis saya ada sorang mmg pening la bila lalu tepi dia .. ta ktau la nk nasehat cmne .. kdg2 sesok nafas 🙁

    Reply
    • Haha …memang kena try slow talk lah dengan dia. Kesian pulok kan …

      Reply
  • MrCrab

    Badan saya kerap berbau . tambahan bau di bahagian belakang . kenapa ya. saya jadi segan bila nak berhadapan dengan orang .

    Reply
  • Tak sangka ramai juga yg hadapi masalah ni. Tq cik atas infonya.

    Saya pun nak share satu satu petua atau produk yg saya tgk kat internet ni. Pad Ketiak anti Basah dan Kekuningan.Nampak macam boleh settle problem ketiak ni secara instant.

    Boleh tgk kat website ni
    http://www.malaysiatrendshop.com

    Harga pun kira murah gak. Sapa yg pernah guna boleh share pendapat

    Reply
  • tips yang membantu.
    ramai yang maish anggap bau ketiak adalah masalah kecik..

    Reply
    • Betul tu, ramai yang pandang remeh hal-hal macam ni sedangkan boleh beri kesan besar tanpa disedari

      Reply
  • arjuna akustika

    Bulu ketiak
    Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
    Templat:Bulu manusia

    Bagaimana pun, membuang bulu ketiak samada dengan mencukurnya atau menggunakan cara lain, meningkatkan jumlah lembapan yang melekap di kulit dan sekiranya ia bergabung dengan litupan asid terganggu yang disebabkan oleh penggunaan sabun (pH asas) mungkin membawa pada peningkatan bau badan. Jadi teori yang menyatakan bahawa bulu ketiak yang dicukur dapat mengurangkan bau badan adalah tidak benar.

    Reply
  • syira

    saya ad kwn yg ad masalah bau badan ni … nk tegur takut dia malu atau terasa hati … mcm mne yea nk tegur dia tu supaya dia x terasa hati ?

    Reply
  • X yah nasihat….doakan aje. Sbb ia benda yg mguris hati gitu.

    Reply
  • Jgn duk mgata kat org yg berbau…bkn dia x cube hilangkn. Masalhnye mmg x blh ilang. Kalu ade produk yg bleh ilangkn selamanya…dah lama org beli. So cube2lah bsyukur anda x diuji begitu…

    Reply

Leave a Reply to syukur Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *