Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja dari sekarang anak-anak kita yang belajar di Tahun 6 akan menduduki UPSR. Adakah mereka sudah cukup bersedia ? Mudah-mudahan segala isi pelajaran yang diajar oleh guru akan kekal dalam ingatan mereka.

Bercakap tentang ingatan, banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi daya ingatan seseorang. Memanglah secara umumnya kemerosotan ingatan ini berlaku seiring dengan peningkatan usia seseorang. Namun, sudah semakin ramai golongan muda masa kini termasuk kanak -kanak yang dihinggapi penyakit lupa. Mungkin faktor pemakanan, persekitaran dan gaya hidup menjadi punca kepada gejala ini.

Namun,masih ada amalan-amalan atau petua kuatkan ingatan yang boleh kita praktikkan untuk menjauhi sindrom lupa ini. Berikut adalah petua  kuatkan ingatan yang sempat saya petik daripada majalah ANIS, sumbangan daripada salah seorang pembacanya. Apa kata kita cuba dahulu untuk melihat sejauh mana keberkesanannya.

PETUA KUATKAN INGATAN

  • Makan kismis hitam sebanyak 21 biji pada setiap pagi. Ingat, makan sebiji demi sebiji,bukannya sekaligus. Of course dahulukan dengan bismillah dan selawat ke atas Nabi.
  • Sesudu madu dicampur ke dalam segelas air suam. Minum, juga pada setiap pagi sewaktu perut masih kosong.
  • Biasakan diri tidur awal dan bangun awal. Ye lah,tidur yang cukup tentu sahaja mempengaruhi kecerdasan minda kita,bukan ?
  • Kurangkan makan makanan masam dan berjeruk , sebab ia dipercayai hanya akan menumpulkan akal.
  • Banyakkan pengambilan ikan, sayur, tempe, ubi & kekacang.
  • Kurangkan makan daging. Terdapat hadis yang menyebut bahawa makan daging melebihi keperluan bukan hanya menyebabkan seseorang mudah lupa, malah hati juga mudah menjadi keras ( degil ).
  • Tarik nafas melalui hidung sedalam-dalamnya dan tahan selama 4 saat, kemudian lepaskan perlahan-lahan melalui mulut. Lakukan sebanyak 10 kali setiap pagi.
  • Sebaik terjaga daripada tidur,jangan terus bangun / berdiri. Lakukan regangan seperti melunjurkan kaki, bongkokkan badan dan cuba menyentuh hujung jari kaki dengan tangan dalam keadaan lurus.
  • Pakailah penutup kepala semasa buang air besar & elakkan buka mulut ( berkata-kata ) : )
  • Elakkan melihat kemaluan & najis.
  • Elakkan tabiat menonton filem lucah dan perkara-perkara haram yang menaikkan syahwat. Hukumnya pun semua tentu dah tau kan…
  • Elakkan diri daripada mendekati atau menghadiri tempat-tempat maksiat ( walaupun dicabar oleh kawan-kawan :P, hmm ini kes orang lelaki khasnya )
  • Banyakkan membaca Al Quran setiap hari.
  • Bakar kemenyan Nasrani,wangian ros,sandal atau gaharu setiap minggu……hmm,belum pernah dengar lagi ni, tapi bolehlah dicuba.
  • Pakai wangian setiap hari apabila keluar rumah ( Untuk wanita, pakai ketika di rumah ).
  • Mandi pada setiap awal pagi, petang & selepas setiap kali membuang air besar.
  • Banyakkan amalan zikir, solat sunat, bacaan doa tidak kira pada waktu susah atau senang.
  • Tunaikan setiap tanggungjawab, sayangi ibu bapa, kaum keluarga & kanak – kanak

12 Comments

  1. Tips berguna…last sekali kena baca dan cuba ingat sampai ingat…kalau tidak tak akan kuat ingat sebab tak ada apa nak ingat!

    1. Author

      Hahaha…betul cakap Mr Shubhi tu. Kalau tak ingat, macam mana nak kuatkan ingatan ye dak…

    1. Author

      Sama dgn sis lah Juan.. apakata cuba bawa sebalang kecil ke tempat kerja,letak atas meja. So, tak timbul masalah tak ingat nak makan ..

  2. Kismis memang bagus untuk menajamkan ingatan terutama untuk kanak-kanak yang menghadapi peperiksaan,,,

    1. Author

      Ya,khasiat kismis ni memang tak diperlu dipertikaikan lg sebab tu kebanyakan produk minda tak kira untuk kanak2 ke orang dewasa ke..menggunakan kismis sebagai bahan utama

  3. mmg elok diamalkan untuk kerja harian, nak pula dh byk urat putus lepas bersalin ni hehehe


  4. Byk juga bertentangan..cthnya sebab pa plk x boleh lihat najis mesti bersebabkan n then x logiklh x boleh melihat kemaluan n najis sendiri..huyoo..bahaya..manalah tau msa buang air besar tiba2 ada darahkh..or..klu.pmpuan sy rasa patut tgk yg tu sebabkn nnti dtg haid mcm mana nk..clean hehe..fikir yg logik ek..

  5. Tq sbb sudi tulis tips nie .
    Byk membantu sy.ops lupa plk asslmmkm
    bye2

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *