Kesihatan

4 STRATEGI HOLISTIK UNTUK KURUS

Kredit : GOOGLE Images

4 Strategi holistik untuk kurus ini sangat sesuai dan patut diberi perhatian oleh sesiapa saja yang sedang berusaha untuk menguruskan badan.

Ini kerana 4 strategi ini memberi penekanan menyeluruh melibatkan sikap, aktiviti fizikal, aspek rawatan perubatan dan  corak pemakanan. Ok terus saja kepada isi utama entri kali ini sebab hari ni Cik Kiah tak berhasrat untuk melalut dan merapu menulis panjang berjela macam yang selalu dibuat 🙂

Penurunan berat badan atau impian untuk menguruskan badan sebenarnya boleh dicapai jika anda mempunyai keazaman yang kuat serta sanggup melaksanakan 4 strategi holistik untuk kurus seperti di bawah ini ;

1. Bakar lemak dengan aktiviti fizikal

Jika anda suka bergolek-golek depan tv  menonton drama bersiri sambil mengunyah kerepek dan sebagainya maka lupakan niat untuk kurus !

Untuk kurus, anda perlu bakar lemak dengan kegiatan fizikal seperti aerobik, berbasikal, berolahraga dan sebagainya lagi. Kegiatan fizikal sebegitu secara teratur akan menjadi mesin pembakar lemak yang efektif. Badan menjadi lebih fit manakala dari sudut psikologi akan memberi lebih rasa yakin untuk mencapai matlamat kurus serta kelegaan dari segi emosi berbanding dengan mereka yang duduk sahaja menunggu badan menjadi kurus.

Pembakaran lemak juga boleh dilakukan di tempat kerja iaitu dengan memilih untuk menggunakan tangga berbanding lif, mengambil sesuatu sendiri seperti fail-fail berbanding menunggu pembantu am rendah menyediakannya untuk anda.

** Kurus Dengan Teknik ATKINS **

** Strategi Holistik Kurus Langsing **

** Panduan Diet Seimbang **

** Formula Diet Extreme **

2. Mengubah tingkah laku

Sudah tentu saja strategi ini penting untuk menjayakan misi kurus. Motivasi diri sangat perlu dan jika anda turut mendapat sokongan padu daripada mereka yang hampir dengan anda, ia akan sangat membantu. Disiplin diri untuk mengarah & mengawal diri agar dapat mematuhi jadual aktiviti fizikal seperti di atas akan membantu mempercepatkan lagi matlamat langsing dan kurus.

3. Pengubatan

Berjumpalah dengan doktor untuk berbincang tentang jenis kegemukan yang anda alami, puncanya serta rawatan atau ubat-ubatan yang mungkin ada serta dapat membantu mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan  secara ideal dan efektif. Perbincangan dengan pakar perubatan juga akan menolong anda menyasarkan jumlah penurunan yang sesuai dengan fizikal anda serta apa yang perlu dilakukan agar berat badan tidak meningkat secara mendadak semula.

4. Merancang pola pemakanan

  • Mengambil makanan yang mengandungi gizi penting sangat berguna untuk memperbaiki sel-sel tubuh dan membangunkan sumber tenaga. Zat gizi makanan haruslah mengandungi mineral dan vitamin yang berfungsi mengatur keseimbangan cecair tubuh, pertumbuhan tulang, pembentukan sel darah merah,membantu proses metabolisme dan membentuk hormon dan enzim.
  • Patuhi keperluan diet atau pemakanan yang baik iaitu karbohidrat sebanyak 50%, protein 20 %, dan lemak 30 % dari jumlah keseluruhan keperluan kalori harian.
  • Kurangkan lemak. Mengapa ye ? Ini kerana 1 gram lemak menghasilkan 9 kalori sedangkan 1 gram karbohidrat atau protein hanya menghasilkan 4 kalori. Ertinya 1 gram lemak nisbahnya 2.5 kali lebih besar daripada jumlah kalori yang dihasilkan oleh 1 gram karbohidrat atau protein.
  • Secara dasarnya makanan berlemak menghasilkan rasa lebih enak, mudah dikunyah tetapi kurang mengenyangkan yang secara langsung mendorong kita untuk makan lebih. Makanan berlemak, bergoreng dan bersantan inilah yang menyukarkan kita mengawal atau menurunkan berat badan.

Dah tu macam mana laa nak kurus ye dak .. 😐

SisHaza

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

7 thoughts on “4 STRATEGI HOLISTIK UNTUK KURUS

  • Merancang pola pemakanan memang berkesan. Para atlet profesional memang mengamalkan aturan makanan yang betul untuk mengekalkan kecergasan.

    Reply
  • kadang-kadang rasa kurus kekadang rasa berisi, confius, tp suami kata ok jer, hipokirt muahahhahahaha

    Reply
    • Hahaha….tu tanda ada kepentingan yang nak dijaga sebab tu dia cakap macam tu 🙂
      By the way, Aju memang dah kurus,confirmlah !

      Reply
  • bab disiplinkan diri untuk jaga makan tu yang susah sikit.. hehe..

    Reply
    • Sis memang betul2 berpantang makan…..tapi pantang tengok le, terus belasah hihihi

      Reply

Leave a Reply to TehR Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *