Selamat Hari Malaysia

Janji hari tu nak sambung kongsi cerita tentang tips menjadi penulis berwibawa hanya setelah kebah demam UPSR. Tup, tup  kertas Sains UPSR ditangguhkan pula. Ditambah pula dengan ulang jawab kertas Bahasa Inggeris pada 30 September ni. Ini bukan nak kebah, tapi jatuh sakit terus !

Perihal kebocoran soalan UPSR ni tak akan saya ulas di blog ni. Biarlah orang lain saja yang bercerita .. Sudah ramai pun  yang berbuat begitu sebenarnya. Sebagai pendidik, tempiasnya tetap terasa. Cuma mohon agar anda fikir dan renungkanlah sendiri. Yang terlibat dari mula hingga akhir dalam seluruh proses peperiksaan ini bukannya guru semata-mata. Ramai lagi. Panel penggubal, bahagian cetakan, tukang hantar, pegawai PPD / JPN, ketua atau pengawas peperiksaan dan macam-macam lagi. Tidak pasti pun  siapa yang membuat onar .. tapi kerana nila setitik, rosaklah susu yang sebelanga tu .. Opsss

Ok, berbalik kepada tips untuk menjadi penulis berwibawa yang mahu kita bincangkan untuk kali ini. Terdapat banyak pandangan dan idea tentang tips atau syarat menjadi seorang penulis yang berwibawa atau berkesan. Seperti mana beberapa tulisan oleh beberapa penulis yang sempat saya rujuk hasil tulisannya ( buku ), masing-masing ada pendapat tersendiri berkaitan cara atau persediaan untuk bergelar seorang penulis. Hasil pembacaan dan pengamatan, bagi saya sendiri  terdapat 5 perkara yang dapat dirumuskan sebagai perkara asas atau ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang penulis.

Tips Untuk Menjadi Penulis Berwibawa

  • Minat

Perkara paling asas dan paling penting yang perlu ada dalam diri setiap individu yang berhasrat untuk menjadi penulis. Sama seperti bidang pekerjaan yang lain, minat diperlukan untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya.

  • Kesungguhan

Kesungguhan dalam menghasilkan karya merupakan satu ciri yang membolehkan penulis berkembang ke arah yang lebih baik hari demi hari. Jika minat sahaja yang ada namun tiada kesungguhan, nampaknya impian untuk menjadi penulis yang berkesan akan tinggal angan-angan kosong.

  • Ketekalan

Ketekalan atau maksud lainnya konsisten. Untuk menjadi penulis yang baik serta diterima idea atau karyanya, seorang penulis perlu konsisten dalam menulis sebarang karya baik cerpen, rencana, novel mahupun penulisan entri blog. Ketekalan dalam menulis, biarpun hanya beberapa baris atau satu perenggan sehari dapat membantu memperbaiki hasil penulisan dan mengatasi kelemahan-kelemahan sebelumnya. Hmm, ciri ini nampaknya memang tak ada pada penulis blog ni ..malas update maknanya kurang tekal huhuhu.

  • Banyak membaca

Ciri ini memang sangat perlu bagi seorang penulis. Pada ketika-ketikanya akan ada pada bahagian-bahagian tulisan kita yang perlu disokong oleh fakta-fakta tertentu. Mana lagi datangnya pengetahuan-pengetahuan sebegini, jika tidak daripada pembacaan selain daripada pengalaman dan pengamatan sendiri ? Siapa yang mahu terus membaca hasil tulisan kita jika banyak tulisan atau karya yang dihasilkan lebih kepada omongan kosong yang tidak mampu pun untuk membantu para pembaca.

  • Kesedaran / Kebertanggungjawaban

Setiap penulis WAJIB ada ciri ini jika  mahu dikenali sebagai penulis yang berwibawa. Ini kerana menulis juga boleh disifatkan sebagai cabang dakwah terutama jika penulisan setiap kata dan baris ayat itu berupaya membuatkan orang lain berfikir dan berubah ke arah yang lebih baik. Sebagai penulis, perlu kita tahu dan sedar tentang apa yang ditulis dan bersedia untuk bertanggungjawab terhadap kesannya ke atas pembaca.

????  Rahsia Besar Penulis  ????

Ok, terasa macam skema sangat la pulak ye 😀 Sebenarnya banyak lagi tips untuk menjadi penulis berwibawa yang boleh dijadikan panduan buat anda yang berhasrat untuk menjadi seorang penulis. Bukan sekadar 5 perkara seperti di atas. Terdapat banyak buku fizikal yang boleh anda dapatkan di kedai-kedai buku yang memberikan tips berguna untuk anda mula menulis. Sehingga kini, saya juga sudah memiliki 3 buah buku rujukan berkaitan persediaan untuk menjadi seorang penulis. Dah 3 buah buku pun, tapi masih banyak ciri yang perlu dipupuk nampaknya heheh .. 🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

8 Comments

  1. Ya, minat, membolehkan kita berusaha dengan gigih, walaupun badan dah letih. Banyak membaca pun mesti, melatih minda menjana idea dan isi penulisan. Saya dah lama tak baca buku, asyik baca blog jer. He he. 😀

  2. minat ilmu kemahiran masa tenaga
    semua perlu diadun sempurna untuk mandapat hasil yang baik

  3. seronok dapat berkongsi sesuatu yg bermanfaat kan kak, menulis memang memerlukan minat dan bakat itu sesuatu anugerah yg sangat berharga

  4. Minat dan kesungguhan tu yang paling penting..disamping masa untuk menulis…

  5. Terima kasih atas perkongsian. Sebenarnya buat apa pun kena ada minat dan kesungguhan, kan?

    1. Author

      Betul tu Ieja. Kena ada usaha & kesungguhan baru boleh berjaya

  6. Huhu..menarik artikelnya..terima kasih kongsikan..nak konsisten tu susah gak sebenarnya..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me