Tiba-tiba aje idamkan KOMLI.

Semuanya gara-gara baca entri tentang buat duit dengan blog sejak dua menjak ni. Dalam banyak-banyak blog yang diziarahi, ada aje banner KOMLI. Terjah sini KOMLI, terjah sana pun KOMLI.

Serius saya memang tak tahu sangat apa itu KOMLI. Mula-mula tu ingatkan nama orang, macam penyanyi A. Romli tu Ā šŸ˜›

Dek naluri nak tahu sudah membuak-buak, KOMLI pun digoogle. Kesian, dah hampir 4 tahun berblogging, KOMLI pun tak reti ye.. Ohhh, KOMLI ni rupanya satu media pengiklanan yang dahulunya dikenali sebagai ADMAX. KOMLI membayar para blogger dalam matawang USD.

Ramai sudah rupanya blogger yang berjaya buat duit dengan KOMLI ni. Hasil kerjasama dengan KOMLI ni dengar ceritanya memang sangat lumayan, jauh berbeza dengan Nuffnang yang ensem tapi serius kedekut ! Hahah, ni kalau terbaca oleh Mr Nuff, gerenti lucut kerakyatan geligeli ku nanti….

Disebabkan sudah tertawan dengan si KOMLI ni, saya pun berani-beranikan diri untuk survey syarat-syarat untuk bersama dengan KOMLI. Mana lah tau kan kalau-kalau KOMLI punĀ ada terjatuh hatiĀ dengan saya kan.

Sekali, diberi gambaran bahawa untuk berdaftar dengan KOMLI ni, harusĀ maintain trafik blog anggaran 1K UV sehari. Huhuhu terus sentap.Malunye…. Ā UkurĀ  baju diĀ badan sendiri deyy!

UV blog ini sebenarnya tidak mencapai jumlah itu. Bilangan pelawat yang masuk pun boleh dibilang dengan biji asam sahaja šŸ˜‰

Dengan berat hati,nampaknyaĀ impian nak bekerjasama dengan KOMLI terpaksa di KIV. Dengan usia Cik Kiah yang makin meningkat ni, entah berpeluang ke tak buat duit dengan KOMLI. Apapun syukur,rezeki Ā blog picisanĀ – Ā ada juga menerimaĀ permintaan untuk buat servis review dari pihak individu tertentu.

Alhamdulillah.

 

11 Comments

  1. ye ke macam tu… saya pun banyak kali perasan iklan komli ni time blogwalking, kalau dah syarat psg iklan komli macam tu, blog saya pun tak layak lagi..huhu..anyway, salam perkenalan dr saya…:)-

    1. Author

      Ha,ah..setakat diketahui gitu le. Emm, x merasa la jwbnye.. hehe. Jemput dtg lg ye cikmatahari

  2. nak cuba tapi tak berani.. takat ni setia dgn nuff. klu rasa blh apa kata sis cuba dulu tak salahkan

    1. Author

      emm…ingat mau fokus kpd content dan trafik dulu, lepas tu akan try apply skli lg

  3. saya ada juga bercita-cita untuk mendapat iklan komli ini..buat masa sekarang belum lagi.baru sahaja blog ini bermula.

  4. dah pernah pasang iklan ni di blog saya dulu kak, tp rasanya earning tu lambat je nak membukit huhu skrg kembali ke nuff

  5. tak faham jugak pasal komli. dulu ingat mall ke apa komli ni. hahaahhahaha sadisnya anggapan -_-

Leave a Reply to kakiblog Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *