Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ucapan khas Selamat Hari Guru buat semua rakan guru tidak kira di mana jua mereka berada. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan untuk terus mendidik anak bangsa tidak kira apa jua cabaran seterusnya.

Syukurlah sambutan Hari Guru di sekolah hari ini berjalan lancar walaupun beberapa hari sebelum ini timbul sedikit kontroversi yang ternyata agak ‘menghuru-harakan ‘ juga segala perancangan sebelumnya.

Apapun, entri  rezeki dan doa hari ini langsung tiada kaitan dengannya. Selagi ada ruang masa dan bidang blogging masih menjadi pilihan, perkongsian cerita serta maklumat semasa akan tetap saya teruskan. Insyaallah dengan izinNya jua.

Good news, semalam saya terima lagi satu email dari Ashadee.Com ( dahulunya JomNiaga.Com ) mengatakan ada komisyen baru berjaya diperoleh. Alhamdulillah, walaupun tidak banyak namun jumlah terkumpulnya sudah melebihi daripada had minimum yang ditetapkan untuk cash out.

Alhamdulillah sekali lagi , walaupun blog ini bukannya blog  yang popular seperti blog-blog yang lain tetapi ia sudah membawa hasil sebagai pulangan usaha saya menulis selama ini.

Jika ada yang berhasrat untuk menjadikan blog sebagai punca rezeki biar pun secara pasif, mungkin anda boleh mencuba di Ashadee.com. Mana tahu rezeki anda ada di situ … who knows kan ?!

Bercakap pasal rezeki, sememangnya ia sudah ditetapkan untuk setiap orang. Bezanya banyak atau sedikit sahaja. Mahu banyak, kenalah berusaha lebih. Jika usaha ala-ala kadar sahaja,maka hasilnya pun tentu ala-ala kadar saja kannn…..

Sebenarnya untuk mendapatkan rezeki yang lebih atau kerap disebut orang dengan istilah murah rezeki, selain usaha yang berterusan tanpa jemu dan putus asa ada juga hal-hal lain yang bersangkutan dan perlu diperhatikan.

Contohnya amal ibadat kita – adakah kita laksanakan kewajipan itu dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan atau sekadar ‘main-main’ sahaja, hubungan kita dengan Sang Pencipta, hubungan kita dengan  ibu bapa, jiran, kawan-kawan dan tak terkecuali juga dengan makhluk ciptaan Allah yang lain iaitu haiwan . Semua ini mempengaruhi murah atau mahalnya rezeki seseorang.

Selain itu, amalan-amalan harian kita dengan membaca atau menghafal surah-surah tertentu seperti surah Yassin, surah Al-Waqiah, surah Al-Kahfi dan lain-lainnya juga sememangnya ternyata membantu kita untuk menjemput rezeki agar datang lebih dekat dan kerap.

Amalan-amalan di atas yang dilengkapi dengan doa berpanjangan, insyaallah akan membantu memurahkan rezeki kita. Ya, kuasa doa sememangnya tidak boleh dinafikan. Selepas semua usaha sudah dilakukan, maka berdoa adalah ikhtiar yang sangat dianjurkan oleh agama sebagai tanda penyerahan dan pengharapan kita terhadap Yang Maha Berkuasa.

Allah menyuruh kita berdoa , meminta dengan sepenuh rasa rendah diri sebagai hamba kerana Dia mahu memberi. Benar, dia  mahu kita berusaha untuk meminta kerana Dia tidak akan menghampakan permintaan itu. Allah itu maha mendengar, jadi mintalah ( berdoalah ) kerana sesungguhnya Dia telah berfirman …

“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.” [Al-Baqarah2 :186]

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!

Namun meminta dari Yang Maha Besar lagi Maha Berkuasa itu harus dengan adab-adab atau tertibnya. Jika kita boleh beradab, mematuhi setiap etika atau garis panduan ketika memohon kerja daripada seseorang manusia misalnya , maka apalagi saat kita meminta daripada Sang Pencipta, Dia yang maha besar lagi maha berkuasa ke atas segala-galanya.

Ayuh, berusaha dan berdoalah. Insyaallah, sampai ketikanya makbul 🙂

*** Entri-entri berkaitan rezeki dan doa yang mungkin anda ingin baca ada di sini..

Waktu2 Terbaik Untuk Berdoa

Mengapa Susah Dapat Rezeki

Rezeki Oktober

Rezeki Ramadhan

Rezeki Panduan Soya & Taufufah

5 Comments

  1. Tahniah! Menjana pendapatan pasif. Moga ia terus mengalir. 🙂

    Selamat Hari Guru.

  2. tahniah kak, saya masih belum pernah dpt lagi komisen dgn ashadee ni, yg penting usaha n insha allah berjaya

    1. Author

      Alhamdulillah Aju … ada jodoh dengan Ashadee ni hihi . Alaa.. income butik Aju tentu lagi masyukkk kan

Leave a Reply to amirulfaiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *