Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang ..

Tergerak hati nak berkongsi cerita dan idea dengan rakan blogger dan pembaca tentang kerja part time bisnes ais krim yang mungkin boleh jadi lagi satu alternatif untuk tambah pendapatan keluarga.

Sebenarnya baru je lepas menonton siaran Majalah 3 yang berkisar tentang sepasang suami isteri berbangsa Cina yang mendapat idea buat bisnes ais krim . Wah , teruja ai yang tengok siarannya tu tau … Tapi maaf lah, tak dapat nak ceritakan dengan terperinci sebab sambil menonton sambil surf internet juga . Hehehe ..

Macam-macam idea perisa ais krim yang suami isteri tu garapkan dalam bisnes ais krim mereka. Memang sangat menarik. Siap ada ais krim dalam buah kelapa muda lagi … Terus kecur air liur tengok ais krim tu. Perghhh macam best sangat .

Khabarnya ais krimย  dalam buah kelapa muda yang entah apa ke namanya tu pada hari-hari biasa dapat dijual sekitar 150 -200 biji. Harganya pula jika tak silap RM 10.50 sebiji . Haa bayangkanlah berapa yang couple tu dapat untuk sebulan . Memang masyukkk kan.

Ok , tak nak cerita panjang-panjang lebar . Siaran Majalah 3 tu bukannya saya sorang je tengok kat Malaysia ni kan ๐Ÿ˜€

Sebut pasal part time bisnes ais krim ni teringat ceritera zaman kanak-kanak dulu. Sebenarnya masa tu pun dah ada makcik-makcik atau mak kita sendiri yang buat part time bisnes ais krim . Cuma mungkin tak disedari je bahawa aktiviti tu laa sebenarnya part time bisnes.ย  Tapi bukanlah soft ice cream yang berlambak macam zaman sekarang ni . Masa tu , ais krim Malaysia je yang mak-mak kita pandai buat.

Ada perisa sirap , perisa MILO dan oren. Yang advance tu dapat la merasa perisa laici dan asam boi. Tak pun perisa bubur kacang hijau , kalau kebetulan ada bubur kacang yang tak habis dimakan.

Pic pinjam kejap dari Mr Google
Pic pinjam kejap dari Mr Google

Mula-mula buat suka-suka untuk anak-anak makan. Lepas penat main , ais krim tu lah yang diserbu anak-anak . Lepas tu apabila dah banyak , kita siap jual dekat kawan-kawan pula. 10 sen je sebatang ๐Ÿ™‚ Tak larat ahh nak bagi free sokmo.

Esok emak buat lagi banyak . Habis sekejap saja sebab cerita dah tersebar dalam kampung ๐Ÿ˜€

Itu cerita dulu-dulu lah .. Sekarang jarang sangat dah nampak perkara macam tu.

Agaknya lah , kalau cuba buat semula ais krim Malaysia dengan pelbagai perisa , lepas tu buat promosi mulut ke mulut melalui anak yang berkawan dengan anak jiran sebelah menyebelah tu .. agak-agak laku tak ?

Serius , agak-agak laku tak ?

Saya berani cakap ais krim tu akan habis sekejap aje. Sebab kanak-kanak dan orang dewasa pun suka dengan ais krim ni. Boleh bilang dengan jari berapa kerat orang Malaysia ni yang tak gemar ais krim. Woa , melampau betul ayat tu ..

Inilah sebabnya mengapa part time bisnes ais krim boleh jadi permulaan paling mudah untuk anda belajar berniaga. Jual ais krim Malaysia dulu . Perlahan-lahan dapatkan pengalaman , lepas tu boleh fikir untuk berkembang kepada soft ice cream .

Basic nak buat ais krim senang saja. Hanya perlukan susu segar perisa strawberry , Coffee Mate Krimer dan sesudu gula. Blend semuanya sampai berbuih , masukkan ke dalam bekas kemudian bekukan. Sebijik jadi macam ais krim branded yang kita beli kat kedai tu. Tak percaya , boleh cuba sendiri. 3 hari lepas saya dah cuba lepas baca kat blog ibu penyayang yang link nya ada kat sidebar blog ni.

Tapi kalauย  nak buat ais krim yang lebih ohsem , nak tahu nak kena guna bahan apa bukan satu masalah besar. Anda boleh belajar langkah demi langkah dalam ebook Panduan Bisnes Aiskrim yang ditulis oleh anak Chef Rusly @ Chef Li ni. Semuanya diajar secara terperinci tanpa terlepas satu langkah pun.

Ok, cukup dulu cerita bab aiskrim hari ni. Insya-Allah dalam masa terdekat, jika tiada apa-apa halangan saya akan kongsikan dengan anda di mana anda boleh dapatkan soft ice cream machine dengan harga yang sangat berpatutan.

Jumpa lagi.

17 Comments

    1. Author

      Apa-apa perkara sekali pun, kalau diusahakan dengan baik Insya-Allah boleh berjaya

      1. Author

        Apa2 pekerjaan sekali pun , rajin usaha kunci untuk kejayaan …

  1. Sekarang saya tak jumpalah orang jual aiskrim Malaysia seposen. Tak tahulah kalau saya terlepas pandang.

    1. Author

      Betul … yg saya ceritakan tu adalah cerita zaman kanak-kanak dulu . Sekarang memang tak ada

  2. cik tom dari kecik sampai ke skang mmg peminat tegar aiskrimm..memang bagus buat bisnes aiskrim..menguntungkan kalau kena gayanya…

    1. Author

      Memang kena kaji pasarannya dulu, tapi kita boleh test market sekitar rumah sendiri dulu

  3. Saya jual aiskrim Malaysia sebagai punca rezeki saya.selepas saya buat….bagaikan satu fenomena…satu kampung pun nak jual aiskrim ni.saya jual pelbagai rasa.Super oreo,Milky mango,Milky strawberry dan pelbagai lagi. Boleh lawati fb saya.mizwair ice cream.Alhamdulillah syukur atas idea dan rezeki yang dikurniakan Allah untuk saya…setelah habis kontrak kerja….inilah kerja saya.

    1. Author

      Wah, Tahniah puan … bermakna jual aiskrim pun boleh jadi sumber pendapatan utama kan. Moga puan terus sukses

Leave a Reply to Azzahairi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *