Komisen Pertama Job Di Rumah Dan Kerja Translator

Assalamualaikum dan salam hormat semua

Dengan ruang dan kesempatan yang ada petang hujung minggu ni, saya nak share dengan sahabat semua tentang komisen pertama Job Di Rumah dan Kerja Translator .

Mujurlah dapat komisen ni. So ada laa modal nak update blog kali ni. Kebiasaannya petang-petang hujung minggu macam ni kami outing lah sekitar Alor Setar dan Jitra. Window-window shopping , lepak kedai buku atau makan mee udang Restoran D’Sungai. Tapi minggu ni kami rehat-rehat di rumah je. Tak dapat makan mee udang, makan mee maggi pun ok lah hihi.

Ok yang bebenornya saya tak berapa sihat sebab selesema dan batuk. Waktu malam lagi menjadi – jadi batuk ni sampai macam nak terkeluar anak tekak dan seluruh isi perut. So far saya makan ubat batuk dan amal petua rawat batuk macam yang saya pernah ceritakan dulu. Berharap sangat agar batuk ni pulih dengan cepat, sebab ada job mengacarakan majlis sempena HAC yang menunggu saya Khamis depan. Kalau tak, memang spoil lah.

Eh eh ni nak cerita pasal batuk ke nak cerita  bab komisen pertama job di rumah dan kerja translator  sampai melalut-lalut ni ..

Heheh, ok back to the future topic kita ye …

 photo 62ba2765-bb1c-468e-b105-214e0e506c1a_zpsl5o8lcdw.png

Komisen pertama job di rumah  dan kerja translator ni sebenarnya saya terima berasingan dalam tempoh 3 minggu kebelakangan ni. Komisen kerja translator ni saya terima 3 minggu lepas manakala komisen job di rumah ni pula dapat 4 hari lepas. So maknanya saya menunggu mereka transfer bayaran lah. Waktu yang sama saya juga terima lagi satu komisen dari Klik Jer. Kiranya 3 rezeki serentak lah.

 photo 09b32080-a51e-47ea-85aa-27a865d87f13_zpse1xvqsvn.png

Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana blog ni walaupun sekejap tenggelam sekejap timbul 😀 tapi masih juga mampu menjana sedikit pendapatan secara pasif. Walau pun tak meriah macam rakan blogger lain , saya sangat bersyukur kerana usaha blogging yang dulu pernah dipersoalkan oleh my soulmate sendiri telah menunjukkan hasil sekaligus menyangkal pandangan bahawa menulis blog hanya kerja sia-sia.

Alhamdulillah, alhamdulillah …. pada masa yang sama hati kecil saya sering berbisik agar jangan sampai saya  leka dan riak pula  mengejar komisen dan kemudiannya update kepoh-kepoh kat blog. Rezeki kita Allah boleh bagi dan tarik kembali bila-bila masa . Sama seperti kesihatan kita juga. Allah boleh sembuhkan atau jadikannya lebih rumit bila-bila masa saja.

Ok sharing saya tentang komisen job di rumah dan kerja translator sampai di sini saja. Kepada rakan-rakan blogger yang masih belum berjaya menjana income dengan Job Di Rumah dan Kerja Translator, teruskan usaha.

Saya sendiri kalau korang nak tahu mula mempromosikan JDR ni sejak tahun 2013 atau lebih awal lagi tapi baru sekarang pula dapat merasa hasilnya sedangkan ada blogger lain yang dah 300 kali lebih dah menjana komisen dengan JDR ni .

Apalah yang nak dirisaukan atau dicemburukan …. rezeki masing-masing. Mungkin ada silap di mana-mana atau penulisan kita masih banyak kekurangannya.

Jadi daripada dok jaki baca cerita kawan-kawan blogger dok update komisen masing-masing, baiklah kita renung dan cari kesilapan yang mungkin kita tak perasan. Baiki kelemahan dan berdoa kepada -Nya. Insyaallah ada laa hasilnya nanti.

Hehe, jadi edisi motivasi pulak dah entri kali ni.. Terima kasih sudi baca.

10 thoughts on “Komisen Pertama Job Di Rumah Dan Kerja Translator”

  1. betul tu… rezeki tu dari Allah dan bila2 boleh ditarik balik dgn pelbagi cara jika kita tidak mensyukurinya…. tahniah atas komisen tu.. baru bersemangat nak update lagi blog kan ..

Leave a Reply to Hairul Hissam Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top