Salam sejahtera semua,

Walaupun Ramadhan belum lagi tiba, saya pasti ramai antara kita terutama kaum ibu yang sudah mula mengira-ngira bajet hari raya untuk seisi keluarga pada tahun ni. Walaupun baju baru, langsir baru, perabut baru bukan satu kemestian untuk menyambut hari penuh meriah nanti, tapi semacam dah jadi satu trend pula pada zaman sekarang nakkan yang baru-baru je pada hari raya nanti.

Jangan lupa ye puan-puan, asyik minta encik suami belikan yang serba baru, nanti tak pasal-pasal dapat ‘rakan kongsi’  baru pula ;P Haa, kan dah susah… bukannya apa, orang lelaki ni tak boleh nak dipercayai sangat kan,kan,kan…

Heheh jangan marah uolls. Gurau-gurau je lah. Lelaki atau wanita sama sahaja, masing-masing boleh buat silap.

Ok, berbalik kepada bajet untuk menyambut hari raya nanti, sikap bersederhana tu penting. Dalam Islam sendiri menegaskan yang pembaziran tu amalan yang harus dielakkan. Nanti jadi saudara syaitan pula kita.

Tapi tak dinafikan sebagai ibu bapa, susah macam mana sekalipun sememangnya tetap juga akan berusaha untuk menyediakan sepasang dua baju baru untuk anak-anak kesayangan. Hati mana tak terhiris melihat anak bersedih tak berbaju baru seperti rakan-rakan yang lain. Mereka bukannya tahu kesusahan ibu bapa. Nama pun kanak-kanak …

Tahu tak, sahabat semua  masih ada masa untuk mencari duit lebih jika betul-betul mahu hari raya tahun ini lebih berseri dan lebih meriah daripada tahun-tahun lepas. Mungkin ada target nak balik kampung, so perlu perbelanjaan lebih sikit..

Di sini saya ingin mencadangkan beberapa idea bisnes bulan Ramadhan yang mungkin boleh dipraktikkan untuk mencari duit tambahan. Cuba lihat yang mana satu sesuai dengan keupayaan dan kesanggupan kalian.

  1. Bisnes tudung: Beli secara borong daripada pemborong tudung. Cuba ‘google’ di internet, boleh dapat banyak senarai pemborong tudung. Bawa jual kepada kawan-kawan setempat kerja, saudara-mara atau kepada jiran-jiran satu taman.
  2. Bisnes baju kurung : Modal lebih besar sedikit tapi cara operasi sama macam step di atas. Jika susah nak mendapatkan senarai pembekal, kalian boleh cuba dapatkan di sini.
  3. Bisnes dropship tak kira produk apa seperti baju, tudung, handbag dan sebagainya : Jika tiada modal, boleh cuba dengan cara ini. Cuma agak banyak step pada permulaan seperti perlu mencari pihak dropshipping, daftar dan ikat perjanjian lebih kurang, buat promosi, terima bayaran dan uruskan tempahan.
  4. Bisnes kuih -raya: Jika pandai buat sendiri, satu bonus. Jika tidak, mohon jadi agen kuih raya.
  5. Bisnes makanan dan minuman : Bisnes paling untung pada bulan puasa. Pernah saya dengar cerita bahawa jual lauk-pauk sebulan bulan puasa boleh dapat income bersih RM 2ok. Maklumat daripada rakan sendiri yang jual lauk-pauk pada bulan puasa.

Dalam banyak-banyak idea bisnes bulan Ramadhan, bisnes jual makanan dan minuman memberikan untung paling cepat dan paling lumayan. Bulan puasa, orang terliur macam-macam. Yang bekerja pula, kadang tak sempat nak masak. Jadi mereka beli sahaja.Even jual kacang kuda pun boleh laku.

Tapi kalau kalian mahukan bisnes yang ringkas dan mudah, tak ada step yang renyah-renyah, cuba jual air soya dan puding taufufah cukup. Kalau rajin, tambah menu ABC. Haa, yang ini senang. Tak pun  jual putu. Tak perlu peralatan yang banyak, tak perlu bangun pukul 3,4 pagi nak sediakan semua, tak perlu modal besar dan tak perlu gajikan pembantu yang ramai. Buat berdua dengan encik suami atau puan isteri pun boleh. Tapak bazar Ramadhan dah habis orang tempah, jual di tepi jalan atau hadapan rumah.

Hasil tak lumayan ? Ohh, kalian silap besar jika fikir begitu… memang silap besar. Kalau nak tahu, bisnes air soya dan puding taufufah boleh berikan pendapatan lumayan. Sebagai contoh, cuba lihat lelaki ini.

Jika kalian masih tak berminat dengan idea di atas dan nak cari idea lain, mungkin ini boleh membantu.

Ok, selamat mencuba

 

13 Comments

  1. saya mmg berniaga tiap kali bln puasa, jual juadah berbuka dan kuih raya

    1. Author

      itu lah …rezeki ada kat mana2 kan eila. mesti masyukk ni

  2. banyaknya mana satu nak pilih huaa..rambang mata saya ni

  3. Emm belum tiba puasa lagi, dah fikirkan bajet raya..memang macam ni lah selalunya bila pendapatan sederhana..emm semoga perniagaan sampingan itu akan membuatkan hari raya kita tahun ni lebih bermakna dari tahun-tahun lepas..aminnn

  4. bulan ramadhan..adalah bulan rezeki yang melimpah ruah bagi yang berniaga.

    p/s : tak baik curiga dengan pasangan masing2..kalau dah ada bukti bolehla..

    1. Author

      Ye memang itu le yg sepatutnya. Tak ada niat provokasi pun…sekadar usik-mengusik shj. Jgn ada yg terasa ati ye 🙂

  5. boleh tambah duit poket nak menyambut syawal kan kak, nak raya ni mmg permintaan brgan di atas meletup2

  6. bulan ramadhan ni macam-macam bisness boleh dibuat yang penting kena rajin dan terus berusaha 🙂

  7. Saya idea untuk jual bulan ramaddan.tegs sis for your idea

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *